9 tips sebelum hantar notis berhenti kerja

Thursday, May 24, 2018

Image result for quit work

Assalamualaikum wbt..
Pernah tak terlintas di dalam fikiran untuk berhenti kerja disebabkan dah seronok dengan bisnes yang dijalankan..? Nak berhenti kerja tue boleh, tapi kena ada persediaan yang lebih rapi agar ianya tak menjadi kekusutan di fikiran kita kelak.. Kali nie saya nak berkongsi ilmu dan tips sebelum awak nak hantar notis berhenti kerja...

👣Kenal pasti jenis bisnes atau pekerjaan - sebelum nak ambik keputusan untuk berhenti, awak kena kenal pasti dulu apa yang awak nak usahakan sama ada nak cari pekerjaan lain ataupun nak uruskan bisnes. Kenal pasti jugak minat, kemahiran dan kepakaran yang boleh awak usahakan berdasarkan apakah bidang yang awak nak ceburi. 

👣 Tarikh jangkaan - dah berapa lama awak buat persediaan sebelum awak hantar notis pada bos? Pastikan awak dah sediakan kewangan dan jugak persediaan asas sebelum awak nak berhenti kerja. Awak kena tetapkan tarikh atau masa yang jelas tentang bila awak nak berhenti kerja, contohnya macam tiga tahun daripada sekarang ke atau sebaliknya. Jadi awak kena buat satu catatan nota kecik dan letakkan tarikh tersebut dengan jelas. 

👣 Bermula secara sambilan - ketika awak masih lagi bekerja, adalah disarankan untuk memulakan apa yang bakal awak nak lakukan secara sambilan, selepas awak berhenti kerja nanti. Mulakan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan kedua awak ataupun sumber persediaan awak sebelum nak berhenti kerja. Apabila awak dah usahakan sumber awak yang kedua ini, jangan mengambil satu sen pun dari bisnes ini, awak perlu biarkan ianya bergerak dan berkembang dalam satu akaun yang berasingan. 

👣 Persediaan kewangan - secara realistik, awak kena tulis semua matlamat kewangan yang perlu awak uruskan semasa masih bekerja. Matlamat kewangan ini haruslah jelas sama ada dari segi pengurusan hutang, perbelanjaan, pelaburan, tabungan dan sebagainya. Jadi, bincanglah antara suami isteri bagi membantu untuk memberikan matlamat yang baik, beli buku-buku pengurusan kewangan, pergi ke seminar atau bengkel kewangan sebagai persediaan.

👣 Berbincang dengan pasangan - ambiklah satu ruang yang khusus untuk berbincang dengan jelas tentang matlamat awak nak berhenti kerja dan jangan lupa jugak bincanglah perancangan awak selepas berhenti kerja. Awak perlu ingat, cabaran sebelum berhenti kerja nie ada banyak cabang, tapi cabaran selepas berhenti kerja nie tak terduga oleh kita. Awak perlu mintak nasihat dan pandangan daripada rakan-rakan yang terlebih dulu berhenti kerja daripada awak. Fokus kepada pandangan yang membina dan juga buat penyesuaian berdasarkan masalah yang awak akan hadapi nanti.

👣 Mulakan menyimpan - Awak perlu biasakan untuk mengumpul sebanyak mana wang simpanan untuk dijadikan sebagai modal untuk bisnes. Ini kerana bila kita dah ada simpanan jadi, tak perlulah kita untuk membuat pinjaman daripada bank untuk memulakan bisnes yang kita nak buat tue nanti.

👣 Kenal pasti pendapatan aktif dan pasif - Pendapatan aktif adalah pendapatan daripada sumber yang membantu awak untuk mendapat hasil secara harian dan berterusan. Manakala pendapatan pasif pulak boleh diperoleh daripada tabungan atau bentuk pelaburan yang hanya dilakukan sekali, tapi pulangannya boleh dapat berkali-kali. Contoh pendapatan pasif yang awak boleh lakukan adalah, rumah awak tue dah habis bayar pinjamannya dan rumah tue awak sewakan pulak kepada orang. Jadi duit sewaan tue awak akan dapat setiap bulan tanpa perlu awak keluarkan untuk bayar pinjaman rumah. 

👣 Menambah ilmu baru - Setiasa fokus untuk meningkatkan kemahiran baru sama ada ilmu bisnes, pemasaran, jualan dan sebagainya. Ilmu baru akan membantu awak untuk lebih bersedia dan sentiasa tahu untuk membuat penambahbaikan untuk diri awak dan jugak bisnes awak.

👣 Mencari kumpulan sokongan - Berada dalam kumpulan sokongan adalah salah satu cara untuk mendapatkan pelbagai idea, jadi dah tentu-tentunya awak akan dapat belajar daripada pengalaman mereka yang mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang banyak daripada awak. Cara ini jugak dapat membantu awak untuk mendapatkan sokongan terutamanya jika ketika awak berada dalam situasi yang getir semasa berbisnes. 

Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua, terutama pada sesiapa yang ingin berhenti kerja..

*sumber ini diperolehi daripada buku 'Jana RM daripada rumah'. 

7 comments

  1. Sepanjang hidup saya rasanya dah lebih 5x hantar surat resign, erm..contoh tak baik ni

    ReplyDelete
  2. kalau berenti disebabkan ada kerja yg lbh terjamin ok.. tapi kalau saja2 ssh nak hidup zaman sekarang ni. tips nak hantar surat pertukaran ada x? hehehe

    ReplyDelete
  3. Sebelum berhenti kenalah pastikan ada kerja yang menjamin. Karang susah pula belakang hari. Gud info

    ReplyDelete
  4. kena prepare betul2 kalau nk berhenti

    ReplyDelete
  5. kalau nak dikenang semula, time keje swasta dulu...
    3 kali aida submit resignation letter.
    utk pindah firm, dpt gaji tinggi :) hi hi hi

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧