Tuesday, May 22, 2018

Resipi teh masala

Image result for teh masala
*Sumber daripada Google Images

Assalamualaikum wbt..
Tadi masa saya belek-belek majalah masakan, saya tertarik pada satu resipi nie, nama resipi nie adalah teh masala... 

Selalu kita dengar teh tarik atau teh ais kan, teh masala nie diperbuat daripada rempah ratus masakan.. So pada sesiapa yang nak mencuba resipi baru, boleh try buat teh nie untuk hidangan berbuka puasa, sekali sekala tak salah kalau kita minum air panas walaupun cuaca agak panas.. 

Nak tahu resipinya..?

Bahan-Bahan Utama
500ml air
1 helai daun pandan - disimpul
3cm halia
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
½ cawan susu segar
2 sudu besar gula perang

Cara Penyediaan
Rebus air bersama dengan daun pandan, halia, buah pelaga, bunga cengkih dan lada hitam sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan uncang teh dan biarkan selama 10 minit. Keluarkan daun pandan dan uncang teh dan kemudian masukkan susu segar dan gula perang. Kacau rata dan hidangkan.

Walau nampak pelik tapi mesti berkhasiat sebab ada rempah ratus..  Selamat mencuba..!


8 comments:

  1. Salam Ramadhan Shikin..
    Sedap teh masala ni, LZ biasa buat.. Rempah dalam teh ni buat rasa teh lebih unik.
    Petang ni rasa nak buat untuk berbuka puasa. Bahan-bahan pun sedia ada di dapur.
    Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. macam sedap je ni tapi elok kalau orang yang pakar je buat takut lain jadinya :P

    ReplyDelete
  3. teh halia pun aida payah nak telan.
    tapi boleh la skit skit dan dgn syarat masih panas.
    ni kalau campur lain2 herba, aida x minum kot :) ha ha ha ha

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers