Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Noor Maizan

12:00 AM

http://starlavenderluna.blogspot.com
Assalamualaikum wbt..
Selamat Hari Pekerja kepada warga pekerja di seluruh Malaysia.. Seperti yang dijanjikan pada ENTRI yang lalu, saya akan melaksanakan 'task' mingguan saya.. 

So, kali nie siapa pulak yang bertuah untuk di review pada permulaan minggu pertama bulan Mei kali nie.. Jom kita berkenalan dengan beliau..

http://starlavenderluna.blogspot.com

Blog Noor Maizan... Atau lebih dikenali sebagai Cik Mai di kalangan dunia blogger, berumur dalam 25 tahun dan seorang yang suka dengan kucing, dan antara kucing yang disayangi oleh Cik Mai nie namanya Udin... Udin nie memang tau dan pandai bergaya depan kamera, ikut aje apa yang tuannya suruh.. hihihi

Cik Mai nie berasal daripada Kedah dan dia sudah berpunya tau (bakal mendirikan masjid tak lama lagi), so cik abang suma tak boleh rapat-rapat dengan Cik Mai yang kiut miut nie..  Seorang graduan 'biomoleculer science' (ambik kau, budak sains nie..hihi memang tak sepadan dengan diri hamba, budak ekonomi asas tapi ke laut...) dan kini dia bekerja dekat hotel.. Hotel mana..? Aihh mana boleh bagitau, hihihi.. Kalau awak nak tau, Cik Mai jugak boleh membuat 'makeup' yang cantik dan kiut pada template blog dan dah ramai yang dah guna servis dia.. So pada sesiapa yang nak rasa tukar 'baju' pada blog masing-masing, awak bolehlah hubungi Cik Mai nie.. Saya kenal dengan Cik Mai, sama seperti rakan-rakan saya yang sebelum ini, iaitu melalui segmen dan GA tapi sebelum Cik Mai menggunakan domain dotcom, terlebih dulu dia menggunakan nama blogmayyjiedotblogspotdotcom (kalau tak salahlah).. Cik Mai nie memang banyak travel dalam negara dan dia selalu jugak berkongsi informasi yang menarik untuk dibaca..

Antara yang menarik perhatian saya dalam entri beliau adalah TEDDYVILLE MUSEUM PENANG MEMANG COMEL SANGAT! ; PENGALAMAN MASUK GLASS MUSEUM PENANG (I-BLOX) ; TIPS CARI JODOH ONLINE dan banyak lagi entri yang menarik.. Cik Mai jugak selalu support kawan-kawan blogger dengan menyertai pelbagai segmen dan GA yang dianjurkan jika dia tak sibuk dengan kerjalah.. 

Saya memang selalu bersembang melalui whatsapp dengan Cik Mai, sebab minat kami sama iaitu KUCING, dan kucing Cik Mai memang comel sangat bila berdepan dengan kamera, apa kata orang, muka fotogenik gitu, dan ianya memang serupa dengan wajah tuannya, wajah fotogenik jugak.. hihihi


Untuk Cik Mai, akak nak ucapkan terima kasih pada awak kerana terus menerus menyokong akak walaupun kita belum pernah bersua wajah dan akak seronok dapat berkawan dengan awak.. Walaupun kita hanya sembang dalam facebook dan whatsapp tapi terasa amat dekat sekali dengan awak.. Semoga jodoh awak berkekalan hingga ke Jannah dan semoga awak terus sukses dalam dunia blogging nie..  

http://starlavenderluna.blogspot.com
Jom awak suma, kita jengah dan singgah ke blog Cik Mai a.k.a. Noor Maizan... Salam perkenalan semua..

#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang 


You Might Also Like

16 lovely notes

  1. geng kucing gak ni hihihi... baru kenal maizan rupanya duk kulim gak.. nanti boleh jumpa ni

    ReplyDelete
  2. Mai mmg best kalau edit template. sng nk berurusan :) smpai skrg guna header dr Mai. Syg nk tukar lain..hee

    ReplyDelete
  3. Baru je kenal dengan CikMai ni :)

    ReplyDelete
  4. Mek pun kenal mai melalui blogwalking cm tu. Sronok kenal dgn mai.

    ReplyDelete
  5. Ooo sama-sama minat kucing rupanya ye :)

    ReplyDelete
  6. Ciktie pun dah lama kenal mai ni tapi sekalipun tak pernah jumpa lagi. Selalu jumpa dekat FB, kat blog je hehe

    ReplyDelete
  7. selalu terjah blog Mai ,, Mai dengan kucing si Udin tue memang femes , hehe paling jelous ccl tngok si udin photoshoot dgn gaya tersendiri depan kamera

    ReplyDelete
  8. Alaa sweetnya semua orang kat sini... Thank you kak Shikin untuk kata-kata yang positif macam ni. Sayang kak Shikin!

    tak ada beza pun kita kak Shikin, cuma aliran saja, tapi yang penting sama-sama suka berblogging & kucing, hihi.

    Terima kasih juga promotekan servis editing saya <3

    Semoga akak & semua yang komen positif kat sini dimurahkan rezeki dunia akhirat.

    ReplyDelete
  9. Yeaa betul tu, sy suka dgn blog Mai yg friendly :) Blog sy nie pun mostly drp tunjuk ajar Mai juga .. Nice review Sis!

    ReplyDelete
  10. Syukurkan dapat kenal rakan blogger yang baik dan punyai minat sama.. Husniey pun senang hati berurusan dengan Mai dalam servis editing blog dan di dunia blogging ni.. Senang sungguh berurusan dengannya 😍

    ReplyDelete
  11. suka baca entri Mai & servis dia untuk makeup blog pun cantik sangat :D

    ReplyDelete
  12. wahh best nye segmen review mcm sis shikin buat ni. Good luck sis shikin!
    Blog mai ni zati suka singgah, sebab kemas je.. sejuk mata memandang hehe..

    ReplyDelete
  13. cik mai ni pandai dan rajin edit template, tiap kali singgah blog dia mesti template pun bertukar..hihi

    ReplyDelete
  14. Suka baca blog Cik Mai sebab banyak entry bagus bagus yang boleh kita baca :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators