Tuesday, May 22, 2018

Atasi sembelit dan buasir ketika hamil

Related image

Assalamualaikum wbt..
Bila seorang wanita tue hamil, perubahan hormon selalunya akan berlaku dan keadaan ini akan membuatkan beberapa perubahan yang sikit sebanyak memberi kesan kepada otot-otot badan termasuklah otot pencernaan...

Jadi disebabkan itu, wanita hamil akan mengalami sembelit dan jugak buasir. Jadi untuk elakkan ianya berlaku, beberapa tips ini boleh membantu awak untuk menangani buasir dan sembelit.. 


 Ambil makanan berserat dan kaya fiber
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran semasa hamil sangat bagus untuk proses pencernaan yang baik.

 Minum banyak air
Amalan meminum air putih sememangnya banyak kebaikan terutamanya kepada ibu hamil yang mengalami sembelit. Pastikan awak minum sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter sehari kerana jika awak kurang minum air, awak mungkin akan mengalami dehidrasi dan seterusnya boleh menyebabkan sembelit.

 Biasakan membuang air besar secara teratur
Jadikan rutin untuk awak membuang air besar pada waktu tertentu terutamanya ketika waktu pagi.

 Amalkan yogurt
Pengambilan yogurt daat merangsang usus untuk menjadi lebih aktif. Jumlah yang sesuai untuk pengambilan produk tenusu seperti yogurt boleh dirujuk kepada doktor supaya tak berlaku kemudaratan terhadap ibu dan kandungan.

 Berenang atau bersenam
Senaman seperti berjalan juga dapat membantu awak yang mengalami masalah pencernaan selain berenang. Pergerakan yang awak lakukan dapat membantu otot-otot di saluran pencernaan untuk bergerak dan melakukan proses pembuangan sisa-sisa makanan.

 Elakkan daripada meneran semasa membuang air besar
Apabila takde ketegangan berlaku pada dubur, kemungkinan bengkak dan keradangan saluran darah di kawasan tersebut dapat dikurangkan. Namun jika ianya berlanjutan dan menyebabkan awak tak selesa, sebaiknya dapatkan nasihat serta rawatan daripada doktor.

Semoga dengan tips-tips ini dapat membantu para ibu hamil semua.. 

9 comments:

  1. terbaik.. boleh lah diapply dekat bakal bini nnti.. :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. wife ejulz bgtau minum susu ibu mengandung pun bagus utk buang air besar

      Delete
  3. nice sharing kak kin. mek dlu tkde kot masalah ni. hahahahah

    ReplyDelete
  4. aida pernah kena, Shikin.
    time pregnant kat syuhada.
    masa tu awal2 pregnant.
    Allahu Akbar, sakit!!!!!!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers