Friday, March 09, 2018

Review : George Clarke's Amazing Spaces

Related image

Assalamualaikum wbt..
Satu lagi rancangan dokumentari yang saya memang tak penah 'miss' untuk tengok.. Ini dia, 'George Clarke's Amazing Spaces'.. Kalau semalam saya review The Restoration Man yang memaparkan pengubahsuaian bangunan bersejarah.. Kali nie, masih lagi orang yang sama jadi pengacara, iaitu George Clarke tapi dalam versi yang lain.. Rancangan nie memaparkan pengubahsuaian perkara-perkara yang tidak konvensional, seperti bot-bot lama, ke tempat-tempat yang telah lama ditinggalkan, dengan penekanan khusus terhadap penggunaan kreatif ruang-ruang kecil.

Yang paling best pasal rancangan nie adalah bagaimana kreatifnya seseorang memanfaatkan apa saja yang boleh dijadikan tempat kediaman ataupun tempat untuk beristirehat, yang kadangkala hanya memerlukan bajet yang sikit aje. Bukan tue saja, mereka jugak mengubahsuai sesuatu ruang yang terpakai, contohnya kontena lama, bas mini, bot terpakai dan sebagainya.. Inilah contoh-contoh yang pernah dibuat ubahsuaian..

Related image
Karavan lama yang diubahsuai menjadi tempat perkhemahan keluarga.

Related image
Kapal terbang yang tak digunakan lagi yang diubahsuai menjadi kelas luar bilik darjah di sebuah sekolah.

Related image
Kontena lama dijadikan ruang pejabat yang diletakkan di laman belakang rumah.

Image result for george clarke's amazing spaces
Karavan lama dijadikan tempat istirehat bersama keluarga.


Related image
Kenderaan bawa kuda yang lama dijadikan sebagai 'food truck'


Image result for george clarke's amazing spaces
Bot lama yang diubahsuai dan gambar di bawah adalah hiasan dalaman bot ini.
Related image
Suasana di dalam bot yang telah diubahsuai

Bukan tempat yang terpakai saja mereka ubahsuai, malah tempat yang lama ditinggalkan jugak mereka beli daripada kerajaan tempatan dan mengubahsuai menjadi tempat kediaman seperti tandas, bangsal dan sebagainya.. Inilahgambar contoh yang mereka ubahsuai..

Image result for george clarke's amazing spaces
Kediaman ini asalnya adalah tandas awam yang telah ditinggalkan dan tak digunakan. Gambar di bawah ini adalah pengubahsuaian dalaman kediaman ini.

Related image

Related image

Image result for george clarke's amazing spaces
Inilah gambar asal bangunan tandas yang telah diubahsuai menjadi kediaman cantik.

Image result for george clarke's amazing spaces
Kediaman kecil ini asalnya adalah reban ayam yang berada di belakang rumah, telah diubahsuai oleh pemiliknya untuk dijadikan bilik tidur tetamu.
Related image
Suasana dalaman kediaman yang diubahsuai daripada rekaan bangunan asal iaitu reban ayam.
Image result for george clarke's amazing spaces
Kediaman ini asalnya adalah gerabak keretapi yang telah diubahsuai menjadi tempat istirehat keluarga di belakang rumah.

Image result for george clarke's amazing spaces
Bas lama ini telah diubahsuai menjadi tempat istirehat..
Itulah sebahagian gambar yang saya dapat kongsikan pada awak.. Rancangan nie boleh ditonton pada channel Nat Geo People dan boleh memberi inspirasi kepada sesiapa yang nak buat ubahsuai tempat tanpa bajet yang tinggi.. Kebanyakan tempat yang diubahsuai ini pemiliknya membuat ubahsuai secara sendiri dan bajet yang rendah termasuk gunapakai barangan terbuang. Contohnya seperti gambar nie..

Related image
Sapa sangka hiasan dalaman nie hanya guna barangan terpakai, kerusi nie sebenarnya diperbuat daripada tab mandi dan dijadikan kerusi, meja tue pulak diperbuat daripada sayap kapal terbang dan kerusi pejabat tue asalnya troli pasaraya.. Kreatif , kan... 


9 comments:

  1. first time atie tau ada rancangan mcm ni.. wow....
    amazing..thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. menarik. bestnya kalau kreatif, semua benda boleh jadi hiasan atau kegunaan semula

    ReplyDelete
  3. Omg... Creative nya. Macam mana nak buat macam ni? memang susah nak cari kat sini

    ReplyDelete
  4. Wah.. menarik.. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  5. Kreatif sangat. Suka rancangan macam ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers