Wednesday, March 28, 2018

Bila lalu dekat susur keluar ke Putrajaya, teringat peristiwa pagi semalam..

Image result for alhamdulillah

Assalamualaikum wbt..
Allah masih selamatkan perjalanan saya pada pagi semalam.. Memang berderau hati ini bila teringat pada peristiwa tue tapi sebenarnya dah banyak kali terkena camtu.. Nak dijadikan cerita, semalam saya gerak agak lewat sikit, kira-kira 1 jam lewat daripada masa sepatutnya saya untuk masuk ke opis disebabkan pening kepala.. Pagi semalam, dari Salak Tinggi hingga ke Putrajaya, hujan turun secara renyai dan saya memandu pada kadar biasa iaitu 80km/jam.. 

Sewaktu saya menghampiri susur keluar ke Presint 7, Putrajaya saya terlihat ada kemalangan telah berlaku di situ dan saya mula perlahankan kenderaan.. Tapi tak disangka-sangka, mungkin ada pertumpahan minyak kat situ, saya tak dapat nak kawal kereta dan berpusing-pusing sebanyak 3 kali, nasib baik jugaklah saya tak langgar pembahagi.. Saya dapat mengawal kereta saya dari kena hentam dengan pembahagi jalan dan masa tue Allah saja yang tahu betapa kuatnya jantung saya berdegup.. Masa tue jugak saya bernasib baik kerana kereta yang berada di belakang saya sempat berhenti dari melanggar kereta saya nie... Allahu.. Terima kasih Ya Allah.. 

Di susur keluar inilah saya selalu gunakan untuk pergi kerja.. 

Di kawasan inilah saya mengalami kemalangan kecil.. Alhamdulillah saya dapat mengawal kereta dari menghentam pembahagi jalan walaupun kereta berpusing sebanyak 3 kali..


Selepas saya undur kereta untuk memperbetulkan kedudukan dengan bantuan orang ramai, saya teruskan perjalanan ke opis.. Sampai saja kat opis, saya periksa keadaan kereta dan Alhamdulillah, takde kesan calar ataupun apa-apa yang kemek berlaku..  

So, saya nak pesan pada diri dan awak semua, berhati-hatilah memandu terutama dalam keadaan hujan kerana malang tak berbau.. 





5 comments:

  1. Ya allah.alhamdulillah nasib tak ada jadi apa2..hati2 bawak kereta tu ye kak

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah xdk apa2 jadi :( hati hati yeee bwk kereta lepas ni

    ReplyDelete
  3. Allah.. Mujurlah Shikin tak apa-apa.. Memandu ni memang kena extra careful..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, nasib tak jadi apa-apa. Hati-hati ye

    ReplyDelete
  5. ejulz pun semalam terkejut kereta kene dari belakang masa berenti kat trafik light.. nasib kereta x apa2

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers