Thursday, March 08, 2018

Review : Stitchers

Image result for stitchers

Assalamualaikum wbt..
Drama nie sebenarnya dah lama ditayangkan dan kali terakhir ianya ditayangkan untuk siri ketiga adalah pada 14 Ogos 2017 yang lalu, tapi ianya memang best sangat drama nie..

Stitchers adalah siri drama fiksyen jenayah  Amerika yang dicipta oleh Jeffrey Alan Schechter. Tapi pada 15 September 2017 yang lalu, Freeform membatalkan siri ini selepas tiga musim ditayangkan atas sebab yang tak diketahui..

Related image

Jalan cerita - Watak utama dalam siri Stitchers, Kirsten Clark, yang telah direkrut untuk menjadi agensi kerajaan bagi "dijahit" atau meneroka ke dalam ingatan orang-orang yang telah meninggal dunia bagi menyiasat pembunuhan dan misteri yang mungkin tidak dapat diselesaikan. Dr. Cameron Goodkin, seorang ahli neurosaintis yang cemerlang, membantu Kirsten dalam program rahsia ini yang diketuai oleh Maggie Baptiste, pengendali rahsia yang mahir. Program ini juga termasuk Linus Ahluwalia, seorang jurutera bioelektrik dan juruteknik komunikasi. Camille, teman serumah dengan Kirsten dan juga merupakan seorang pelajar siswa sains komputer, juga direkrut untuk membantu Kirsten sebagai "jahitan". LAPD Detektif Quincy Fisher direkrut dan ditambah kepada pasukan selepas melihat program ini bersama-sama dengan Kirsten.

Image result for stitchers


Watak-watak utama dalam siri Stitchers... 

Related image

Emma Ishta sebagai Kirsten Clark, seorang pelajar Caltech yang direkrut untuk program rahsia Stitchers. Pada usia lapan tahun dia telah diagnosis dengan penyakit dysplasia temporal iaitu suatu keadaan fiksyen di mana seseorang tidak dapat merasakan berlalunya masa, selepas bapanya cuba menjahitnya ke dalam ingatan ibunya yang koma akibat kemalangan. Tapi apabila berlakunya kejadian yang tak diingini semasa Kristen berada dalam ingatan ibunya telah mengakibatkan kematian ibunya dan sekaligus  Kirsten tidak ingat sama sekali  tentang kenangan bersama-sama dengan ibu bapanya. Penyakit yang dialami oleh Kristen juga telah mengakibatkan Kristen tak mempunyai apa-apa perasaan manusia normal seperti takut, sedih, ataupun gembira tetapi setelah dia berkenalan dan bercinta dengan Dr. Cameron Goodkin, perasaan itu telah hadir dalam diri Kristen sedikit demi sedikit. Pada mulanya Kristen ditugaskan untuk menyiasat pelbagai kes yang melibatkan pembunuhan misteri yang tak dapat diungkai oleh pihak polis tapi apabila bapa angkat Kristen Ed Clark meninggal dunia tanpa sebab. Kematian Ed Clark telah meninggalkan petunjuk penting apa yang sebenarnya berlaku pada Kristen sejak kecil dan petunjuk inilah telah menemukan semula ibu Kristen yang telah disangka meninggal dunia semasa dia berumur lapan tahun. Petunjuk ini jugalah yang menemukan Kristen dengan bapanya Daniel Stinger dan kakak tiri Ivy Brown. 

Related image

Kyle Harris sebagai Cameron Goodkin, ahli sains saraf cemerlang yang merupakan sebahagian daripada program Stitchers. Dia menjalani pembedahan injap jantung pada usia muda yang membawa kepada pertemuan pertama Kirsten. Dilahirkan di bawah nama Cameron Miller tetapi mengambil nama keluarga ibunya apabila bapanya dihantar ke penjara kerana penipuan. Cameron disifatkan sebagai seorang yang sangat mengambil berat tentang Kristen setelah dia mendapati yang dia mempunyai perasaan cinta padanya sejak dari kecil. 


Image result for Ritesh Rajan


Ritesh Rajan sebagai Linus Ahluwalia, seorang jurutera bioelektrik dan komunikasi teknikal untuk program Stitchers. Watak Linus nie boleh dikatakan sebagai seorang yang genius dan mempunyai otak bergeliga bila dikaitkan dengan teknologi..Pada mulanya Linus berpasangan dengan Camille tetapi putus di tengah jalan apabila Camille enggan untuk membuat hubungan yang memerlukan komitmen kekeluargaan.



Related image


Allison Scagliotti sebagai Camille Engelson, rakan serumah dengan Kirsten dan pelajar siswazah berbakat sains komputer. Pada mulanya watak Camille ini hanyalah sekadar rakan serumah Kristen yang tak tahu apa-apa mengenai program Stitchers tetapi sebenarnya secara rahsia dia telah ditugaskan oleh Maggie untuk mengawasi Kirsten tetapi apabila rahsianya terbongkar, Camille menyertai pasukan Stitchers dan ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai si mati dan segala yang berkaitan dengan si mati, di samping untuk berada di sisi Cameron untuk memantau Kristen. 


Related image

Salli Richardson-Whitfield sebagai Marguerite "Maggie" Baptiste, bekas pembunuh CIA dan merupaka seorang ketua dalam program Stitchers. Watak Maggie nie kalau diikutkan terlalu rumit untuk difahami dan kadang kala tindakannya yang begitu rahsia menimbulkan rasa ragu-ragu oleh rakan pasukannya terutama sekali Kristen. Ini kerana Maggie tahu tentang kewujudan ibu dan bapa Kristen tetapi dirahsiakan daripada Kristen. 


Image result for Damon Dayoub  stitchers

Damon Dayoub sebagai Detektif Quincy Fisher daripada LAPD yang kemudiannya direkrut ke dalam program Stitchers setelah dia beberapa kali terserempak dengan Kristen. Pada mulanya Quincy hanyalah seorang pegawai polis yang biasa tapi apabila Kristen membawa dia ke dalam makmal Stitchers, Quincy diterima masuk ke dalam pasukan ini bagi membantu siasatan dan seterusnya memberkas dan menahan suspek pembunuhan. 

Related image

Kristen dimasukkan ke dalam tab yang berisi air dan otaknya akan dihubungkan dengan si mati yang berada di dalam kapsul bersuhu sejuk. Dia akan diberi masa lima minit untuk mencari punca kematian melalui otak si mati. Masa yang diberikan sebenarnya adalah detik terakhir sebelum si mati ini menemui ajal dan daripada situlah Kristen dapat mengetahui punca kematian dan suspek pembunuhan..

Image result for stitchers

Walaupun siri ini telah ditamatkan tapi ianya memang best untuk ditonton walaupun cerita ini boleh dikatakan tak masuk dek akal sebab dapat menyelami otak manusia yang telah mati, tapi nama pun fiksyen kan.. Saya memang bagi 9/10 markah untuk siri nie..


6 comments:

  1. Menariknya drama yang shikin kongsikan ini.. kalau sha jumpa, bolehlah sha tengok..

    ReplyDelete
  2. x pernah lagi tgk cerita ni.. macam best jer..

    ReplyDelete
  3. wahhhh header dah tukar la. cantikkkk

    ReplyDelete
  4. alright.. in the list! netlix sure ada kan?

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers