Showing posts with label Pentas Seni. Show all posts
Showing posts with label Pentas Seni. Show all posts
Assalamualaikum wbt...
Seingat saya, rasanya saya belum pernah buat review drama Cina, kan.. Ehhh.. ke ada..? Hihi dah lupa.. Takpelah, jom baca celoteh saya nie... Sebenarnya saya baru saja habis tengok drama Cina nie kat aplikasi WETV.. Sebenarnya drama nie saya terjumpa secara tak sengaja kat youtube, masa tue saya hanya tengok trailer saja.. Macam menarik.. Drama apa..?
Miss The Dragon yang ditayangkan pada tahun 2021 nie adalah adaptasi daripada sebuah sebuah permainan komputer yang diberi nama Yu Long (遇龙) dari Cheng Guang Games.. Drama ini mempunyai 36 episod dan 1 episod ekstra...
Ianya mengisahkan seekor naga yang berusia ribuan tahun bernama Yuchi Longyan lakonan Dylan Wang, yang jatuh cinta dengan seorang pembantu peribadi anak seorang yang kaya, bernama Liu Ling lakonan Zhu Xu Dan.. Percintaan ini bermula apabila Yuchi mengalami kecederaan dan jatuh ke dalam kawasan taman.. Liu Ling yang mendengar sesuatu bunyi jatuh tue terus mencari di manakah bunyi tersebut.. Memandangkan Yuchi tak boleh menjelma sebagai seekor naga, dia terus menukar dirinya sebagai seekor anak ular.. Liu Ling menjumpai Yuchi yang telah mengalami kecederaan tue dan mula merawat Yuchi.. Setelah beberapa hari kemudian, Yuchi mendapati Liu Ling merupakan seorang gadis yang baik hati dan dia mula jatuh cinta dengan Liu Ling.. Yuchi yang merupakan seekor naga, mula mempelajari macam mana nak memikat seorang manusia dan di sinilah banyak perkara yang baru bagi Yuchi.. Kemudian, ada babak seekor burung yang pernah diselamatkan oleh Liu Ling, datang membawa sekuntum bunga dan burung tue mendapati ada bayangan seekor naga di dalam bilik Liu Ling.. Sebenarnya burung tue adalah seekor burung jelmaan yang bernama QingQing lakonan Pan Mei Ye.. QingQing yang risaukan keadaan Liu Ling mula membuat siasatan samada naga itu mahu makan Liu Ling tapi masa dalam tengah siasat tue, Yuchi dapat menangkap QingQing.. Yuchi yang mahukan keselamatan Liu Ling terjamin, dia menyuruh QingQing berada di samping Liu Ling.. QingQing yang berasa terhutang nyawa pada Liu Ling yang telah menyelamatnya daripada kecederaan, menerima tawaran Yuchi dengan senang hati..
Pada suatu hari, Yuchi dapat tahu keluarga kaya ini akan mati dan ini termasuklah Liu Ling, maka Yuchi pergi ke tempat yang bernama Luofeng Pavilion.. Di tempat tue, Yuchi perlu bertarung dengan ketua Luofeng Pavilion yang bernama Xue Qianxun lakonan Deng Wei.. Tapi di akhir pertarungan Xue Qianxun membuat tawaran pada Yuchi, jika ingin selamatkan Liu Ling, Yuchi perlu berkahwin dengan anak orang kaya itu dan Liu Ling akan selamat... Pada mulanya Yuchi setuju dengan tawaran itu, tapi cintanya pada Liu Ling amat kuat.. Yuchi membuat salinan dirinya untuk dijadikan pengantin pada anak orang kaya tue... Tapi dalam masa yang sama Yuchi tak boleh mendekati Liu Ling kerana dia tak mahu Liu Ling mati awal.. Yuchi berjanji yang dia akan mengahwini Liu Ling pada hayat yang akan datang...
Kemudian, hayat seterusnya Liu Ling telah dilahirkan semula sebagai Yuan Ayu, seorang anak nelayan.. Jika hayat sebelumnya, Liu Ling memanggil Yuchi sebagai Dragon King dan belum sempat menyatakan perasaan sayang pada Yuchi.. Tapi pada hayat kali nie, Ayu dapat meluahkan perasaan tue pada Yuchi, malah Ayu dapat memanggil namanya sebagai Yuchi.. Malangnya sekali lagi mereka tak dapat bersama.. Immortal of Fate telah memberi amaran kepada Yuchi supaya menjauhi Ayu kerana tenaga naga Yuchi telah meresap tenaga manusia yang ada pada Ayu dan ini boleh menyebabkan Ayu mati.. Sekali lagi Yuchi terpaksa melepaskan Ayu dan membiarkan Ayu berkahwin dengan seorang maharaja Cina.. Yuchi berjanji sekali lagi yang dia akan bersama Ayu untuk hayat seterusnya...
Pada hayat yang ketiga, Ayu telah dilahirkan sebagai Feng Chenyue, seorang jeneral tentera yang amat disegani oleh pasukan tentera.. Oleh kerana Yuchi telah banyak menggunakan tenaga naganya untuk membantu sewaktu hayat Liu Ling dan Ayu, kali nie dia menyamar sebagai seorang tentera biasa yang bernama Long Yan.. Memandangkan Yuchi selalu tolong manusia biasa, dia dikenakan hukuman dipanah petir selama seribu tahun tapi semua tue tak menjadi kesan pada Yuchi, asalkan dia dapat bersama dengan Chenyue.. Pada hayat nie, mereka berdua hampir berkahwin tapi sekali lagi mereka dihalang oleh Immortal Of Fate.. Kenapa dihalang..? Sebenarnya Chenyue yang mempunyai jiwa Yin yang amat diburu oleh semua roh jahat, dengan jiwa Yin nie, maka roh jahat akan menjadi lebih berkuasa.. Immortal Of Fate telah mencadangkan Chenyue dilahirkan semula sebagai seorang penghalau hantu, untuk menguatkan jiwa Yin dan sekali lagi Yuchi terpaksa melepaskan Chenyue..
Pada hayat yang keempat iaitu kira-kira 200 tahun kemudian, Chenyue telah dilahirkan semula dan diberi nama Gu Qingyan.. Qingyan dibesarkan di sebuah kuil yang mengajar ilmu untuk menghalau hantu dan roh jahat... Yuchi terpaksa melihat Qingyan dari jauh memandangkan seorang pendeta bernama Xuanyang yang bertungkus lumus untuk menghapuskan roh dan kuasa jahat.. Setelah Qingyan meningkat umur 18 tahun, semakin banyak kuasa jahat yang memburu jiwa Yin yang berada dalam badan Qingyan menyebabkan mereka sekali lagi dipisahkan.. Yuchi yang mengetahui di sebalik dalang pemburuan jiwa Yin, untuk kali terakhir dia akan melindungi Qingyan dan akhirnya Yuchi mati dalam pertarungan terakhirnya.. Melihat tubuh Yuchi yang terbaring kaku, Qingyan yang terperangkap di dalam gelung Immortal Trapping-Net, mula mengingati masa bersama dengan Yuchi di hayat yang lepas... Qingyan sedaya upaya untuk menyalurkan kuasa Yin pada Yuchi dan akhirnya Qingyan mati.. Setelah Yuchi dihidupkan, dia berazam untuk menghapuskan pemburu yang telah menyebabkan kematian Qingyan dan dia juga menuntut bela di atas kematian Qingyan..
Dengan bantuan QingQing, Xue Qianxun, akhirnya Yuchi dapat menuntut bela dan dia dan Qingyan dapat bersama selamanya...
Jalan cerita nie mempunyai pelbagai kisah, suka duka dan ada juga babak yang kelakar.. Macam watak QingQing dan Xue Qianxun, dua orang nie saling bergaduh sesama sendiri tapi akhirnya mereka jatuh cinta.. QingQing merupakan seekor burung yang sangat obses pada kecantikan, suka makan kek osmanthus dan dia mempunyai parut pada dahinya.. Xue Qianxun pula merupakan seorang ketua yang tidak mempunyai apa-apa perasaan kecuali bengis dan ego, tapi bila dia berjumpa dengan QingQing, dia merasakan yang mereka pernah mempunyai hubungan cinta sebelum ini...
Lagi satu babak yang kelakar, iaitu ketika Yuchi menyamar sebagai seekor anak ular, Liu Ling memberi makanan yang seperti kebiasaan seekor ular akan makan, iaitu telur mentah.. Tapi Yuchi tak makan, malah dia selalu curi makanan Liu Ling.. Malah ada ketikanya Liu Ling memberi Yuchi makan durian, samada bentuk kek ataupun gula-gula... Hihi tak sangka makanan kegemaran rakyat Malaysia ada disebutkan dalam drama ini..
Saya sebenarnya suka tengok suasana dalam drama nie, seperti contoh taman yang mempunyai banyak pokok yang berbunga seperti bunga sakura, cantik jea.. Dan pada setiap babak yang ada watak Liu Ling dan QingQing, pasti akan ada pokok bunga sakura nie...
[Trailer Miss The Dragon]
Kalau awak nak tengok drama nie, boleh download aplikasi WeTV dan melanggannya kerana drama nie sebahagiannya adalah untuk VIP member..
Assalamulaikum wbt...
Inilah kali pertama saya buat review filem daripada negara jiran kita, Thailand.. Filem ini diberi judul Dorm atau dalam bahasa Thailand adalah Dek hor, ditayangkan pada tahun 2006 dan ianya adalah filem seram....
DORM a.k.a. DEK HOR
Mengisahkan seorang pelajar yang bernama Ton Chatree (lakonan Charlie Trairat) yang telah dihantar ke sekolah berasrama oleh ayahnya. Menurut ayahnya, Chatree terpaksa dihantar ke sekolah berasrama ekoran daripada dia selalu tak buat kerja sekolah dan asyik menonton tv sepanjang masa. Sampai saja di sekolah Chatree ditemani oleh guru besar Ms. Pranee (Chintara Sukapatana) dan Chatree diperkenalkan kepada rakan-rakan kelasnya dan kemudian dia mengambil tempat duduk.
Kemudian, Chatree diperkenalkan oleh lima orang sekawan iaitu Peng, Nui, Sarote, Toei dan Pok. Sebagaimana yang selalu budak-budak asrama buat, mereka berlima menceritakan kisah-kisah seram yang berlaku di asrama mereka, termasuklah cerita tentang seorang wanita muda hamil yang mati bunuh diri dan satu lagi kisah yang popular di kalangan pelajar asrama adalah seorang budak lelaki yang mati lemas di dalam kolam sekolah mereka. Sebenarnya lima sekawan nie cuma nak mengusik Chatree dengan kisah-kisah sebegitu dan mereka lebih kuat mengusik Chatree ingin pergi ke tandas..
Apabila lima sekawan nie berjaya mengusik Chatree, dia berasa sangat sedih dan mula mengenangkan keluarganya. Tapi Chatree tak mahu balik ke rumah kerana ada satu rahsia yang dia sembunyikan.. Kemudian, semasa Chatree mengelamun, dia didatangi oleh seorang pelajar lain iaitu Vichien (Sirachuch Chienthaworn) dan akhirnya mereka berdua menjadi kawan rapat.
Pada satu hari semasa semua pelajar sedang menikmati makan malam, Chatree mendapati Vichien tidak ada di mana-mana dan setelah dia menyiasat, akhirnya dia mendapati satu rahsia besar yang melibatkan Vichien.
Rahsia itu adalah Vichien sebenarnya adalah roh hantu budak yang lemas yang kisahnya diperkatakan di seluruh sekolah..!!
Pada mulanya Chatree menjadi takut kerana selama ini dia berkawan dengan hantu tapi lama kelamaan dia berasa kasihan pada roh Vichien yang terperangkap di kawasan sekolah. Apakah yang menyebabkan roh Vichien terperangkap di situ..? Dapatkah Chatree membantu rakannya untuk pergi ke alam roh..?
Walaupun kisah ini adalah kisah seram tapi sebenarnya ianya takdelah seram mana pun, sebab dalam filem ini ada pelbagai babak kelakar yang diselitkan. Sebagai contoh, Vichien bertanya pada Chatree yang pertama kali Chatree terkencing di atas katil dan secara kebetulan anjing-anjing yang berada di kawasan sekolah menyalak. Rupa-rupanya semua itu adalah kerja Vichien dan mereka berdua ketawa bersama-sama. Filem ini berkisahkan tentang persahabatan, jika ada sahabat kita dalam kesusahan, kitalah yang patut memberikan bantuan kerana nilai sebuah persahabatan ini tak terbatas..
Assalamualaikum wbt...
Asyik buat review filem omputih jea, jom baca pulak review filem Jepun pulak.. Filem ini telah ditayangkan pada tahun 2016 di bawah arahan Shinobu Yaguchi... So, apakah filem yang dimaksudkan..?
SURVIVAL FAMILY
Mengisahkan secara tiba-tiba seluruh Jepun malah seluruh dunia mengalami ketiadaan elektrik dan semua peralatan termasuklah kereta, kapal terbang dan malah bateri jam sekalipun tidak berfungsi. Seluruh penduduk Tokyo pada mulanya tidak berasa panik kerana pada anggapan mereka, kejadian ini mungkin berlaku hanyalah sementara.
Tapi sangkaan mereka mula meleset setelah seminggu berlalu...
Ada di antara mereka mula berpindah ke tempat yang selamat dan ini termasuklah sebuah keluarga yang terdiri daripada Yoshiyuki Suzuki (lakonan Fumiyo Kohinata), Mitsue Suzuki (Eri Fukatsu), Kenji Suzuki (Yuki Izumisawa) dan Yui Suzuki (Wakana Aio).. Mereka terpaksa berpindah ke Kagoshima iaitu kediaman ayah Mitsue.. Pada mulanya Kenji dan Yui membantah untuk ke sana memandangkan mereka tak suka dengan suasana kampung. Tapi memandangkan bekalan makanan dan minuman mereka semakin habis dan tiada lagi sumber makanan yang dapat disalurkan oleh banyak pasaraya, akhirnya Kenji dan Yui menurut kata ibu bapa mereka...
Kalau diikutkan keluarga nie terlalu mengikut arus kemodenan tanpa mengetahui sedikit sebanyak perkara asas dalam kehidupan. Contohnya Mitsue terlalu bergantung kepada barangan elektrik sepenuhnya untuk membuat kerja-kerja rumah, Yoshiyuki pula selalu sibuk dengan kerja hingga dia mengabaikan keperluan keluarga, manakala Kenji dan Yui pula terlalu asyik dengan telefon.
Misi pertama mereka untuk balik ke kampung adalah mereka harus menuju ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat.. Memandangkan semua kenderaan tak dapat digerakkan, mereka terpaksa menaiki basikal untuk ke sana.. Di dalam perjalanan, mereka sempat singgah ke kedai untuk membeli makanan dan minuman tapi dengan harga yang sangat mahal.. Setelah mereka sampai di perkarangan lapangan terbang, mereka dimaklumkan oleh petugas dan polis yang pesawat tak dapat diterbangkan kerana ketiadaan sumber tenaga.. Lalu keluarga Suzuki nie terpaksa mengayuh basikal sejauh 1,624km jaraknya dan memakan masa berbulan-bulan lamanya..
Semasa dalam perjalanan ke sana, keluarga ini mula telah belajar cara-cara untuk meneruskan kehidupan yang sebenar dan hubungan mereka juga menjadi lebih rapat lagi, sebab sebelum ini hubungan kekeluargaan boleh dikatakan agak renggang..
Adakah keluarga Suzuki dapat sampai ke Kagoshima..? Apakah sebenarnya yang berlaku yang menyebabkan seluruh dunia mengalami kehilangan sumber tenaga elektrik..?
Filem nie mempunyai banyak pengajaran walaupun ada diselitkan unsur-unsur komedi... Contohnya, sekarang nie kita semua terlalu asyik melihat gajet ataupun telefon hingga hubungan kekeluargaan menjadi renggang.. Buka mata jea, terus tengok telefon... Nak makan pun kita mengadap telefon, betul tak...?
Jadi, di sebalik pengajaran yang tersirat, janganlah kita terlalu mengharapkan kemodenan hingga kita terlupa pada yang tradisi lama kerana di sebalik kemodenan itu sebenarnya tercetus idea daripada yang tradisi lama... Samalah juga dengan hubungan kekeluargaan, jangan disebabkan kita terlalu asyik pada gajet, kita lupa pada hubungan sebenar pada keluarga kita.. Sebab andainya seseorang itu tak peduli pada kita, sebenarnya kita sendiri yang menjadi penyebab pada kelakuan mereka...
Mengenai babak lucu pula, saya suka sangat tengok babak yang mereka menaiki kereta api menggunakan kuasa arang. Apabila kereta api tue menghampiri terowong, beberapa orang warga tua mengingatkan keluarga Suzuki untuk menutup tingkap tapi disebabkan mereka tak mendengar sangat dek bunyi kereta api yang kuat, mereka tak melakukan apa yang disuruh.. Lalu semasa kereta api lalu di dalam terowong, asap daripada serombong mula memasuki ruangan gerabak dan semua orang di dalamnya mula terbatuk-batuk.. Apabila kereta api mula melepasi terowong, semua penumpang tertawa terbahak-bahak.. Ini kerana wajah masing-masing semuanya tercalit dengan serbuk arang..
Memang seronok tengok filem nie sebab ianya mempunyai seribu satu pengajaran terutama dalam kehidupan kita...
Assalamualaikum wbt...
Dah lama rasanya saya tak buat review drama kan.. Kali nie lain sikit daripada biasa, untuk kali nie buat julung kali saya review sebuah karya manga Jepun... Apakah karya itu..? Jom...
Midori No Hibi atau maksud di dalam bahasa Inggeris adalah Midori Days yang dikarang oleh Kazurou Inoue. Siri manga ini telah dikeluarkan pada tahun 2002 dan siri animasinya pula ditayangkan pada tahun 2004. Animasi ini mempunyai 13 episod yang mempunyai jalan cerita yang berlainan tapi saling kait rapat di antara episod ini..
Watak utama dalam siri ini adalah Seiji Sawamura yang berusia 17 tahun dan Midori Kasugano yang berusia 16 tahun. Ianya mengisahkan seorang gadis iaitu Midori yang meminati secara diam-diam dengan Seiji.. Seiji nie seorang pemuda yang suka bergaduh dengan orang-orang di sekelilingnya, senang citer watak Seiji nie adalah watak gangster.. Seiji sering bergaduh dengan budak-budak sekolah lain dan dia memang terkenal di seluruh Tokyo dengan panggilan Devils Right Hand kerana kekuatan tangan kanannya yang boleh menumbangkan lawan tanpa menggunakan apa-apa senjata.
Seiji nie sebenarnya sama saja dengan remaja yang lain, iaitu dia teringin nak memiliki seorang teman wanita.. Tapi dek kerana sifat buruknya itu, takde siapa pun yang ingin mendekati Seiji dan perkara itulah yang membuatkan dia terasa sunyi..
Satu hari, semasa Seiji sedang memikirkan kesunyian hidup, malah katanya hanya tangan kanannya yang menjadi teman hidupnya, secara tiba-tiba.......
TANGAN KANANNYA BERTUKAR MENJADI SEORANG BUDAK PEREMPUAN PERSIS SEBUAH ANAK PATUNG VENTRILOQUIST...!!!
DAN IANYA ADALAH MIDORI...!!!
Pada mulanya Seiji tak percaya apa yang berlaku dan masa tue lah, adegan soal siasat bermula... Midori sendiri tak tahu bagaimana ianya terjadi tapi dia berasa amat seronok sangat kerana dah lama dia memerhatikan Seiji dari jauh dan kini Seiji berada di depan matanya... Sejak itu, Seiji mula menerima hakikat bahawa tangan magis nya telah tiada dan telah digantikan dengan Midori..
Seiji dan Midori cuba untuk mendapatkan cara untuk memisahkan mereka berdua, tapi tak berjaya... Seiji juga berusaha untuk menyembunyikan Midori daripada orang kerana bimbang akan keselamatan Midori tue sendiri, tapi kakak Seiji iaitu Rin Sawamura dapat tahu tentang kewujudan Midori..
Melalui Rin jugak, Midori dapat tahu tentang kelakuan sebenar Seiji, di mana Seiji sebenarnya bukan budak jahat yang selalu mencari masalah atau mencari gaduh. Seiji sebenarnya cuba untuk menyelamatkan rakan-rakan yang dibuli oleh rakan-rakan yang lain dan itulah sifat sebenar Seiji...
Apabila dari sehari ke sehari Midori dan Seiji bersama, maka timbullah bibit cinta antara mereka tapi Seiji terlalu ego untuk meluahkan perasaan pada Midori..
Hinggalah satu hari Midori hilang tanpa dikesan.. Tangan kanan Seiji kembali normal... Apakah yang terjadi sebenarnya pada Midori...? Adakah Seiji dapat berjumpa kembali dengan Midori atau sebaliknya...?
Walaupun siri nie berkisahkan percintaan remaja, tapi sebenarnya ada juga terselit beberapa pengajaran di sebalik jalan cerita nie.. Contohnya, Seiji nie nampak jea ganas dan suka memukul tapi sebenarnya dia mempertahankan rakannya yang kena buli dan dia sememangnya tak suka dengan pembuli... Seiji menjadi sedemikian kerana semasa dia kecik, dia selalu kena buli oleh rakan-rakan sebayanya.. Mujurlah kakaknya iaitu Rin yang mengajar untuk mempertahankan diri... Walaupun Seiji nie bersifat ganas tapi sebenarnya dia amat menghormati orang yang lebih tua daripadanya, dan dia amat sayangkan kakaknya walaupun kakaknya kuat membuli Seiji... Satu lagi sifat Seiji, dia takkan sesekali memukul seorang perempuan walaupun ada ketikanya beberapa orang perempuan cuba untuk memukul Seiji kerana balas dendam tapi Seiji tak pernah cuba untuk memukul kerana dia amat menghormati orang perempuan..
Untuk watak Midori nie pula, kalau diikutkan permulaan cerita Midori nie seorang gadis yang amat pemalu dan pendiam.. Tapi bila dia jumpa Seiji dalam bentuk persis ventriloquist, Midori menjadi lebih berkeyakinan untuk bercakap dengan orang...
Pelbagai kisah lucu berlaku antara mereka berdua, antaranya Midori terpaksa menghabiskan satu kon aiskrim yang teramat besar baginya tapi bagi kita manusia normal, satu kon aiskrim tak cukup... hihihi..
Assalamualaikum wbt...
Filem nie ditayangkan pada tahun kita dilanda COVID-19, iaitu pada tahun 2020.. Bertemakan filem aksi daripada negara China di bawah arahan Dante Lam.. Jom kita tengok filem ini...
Mengisahkan pasukan frontliner bomba yang ditugaskan untuk menyelamatkan mangsa kemalangan di air dengan kepakaran mereka mengendalikan helikopter... Seorang kapten pasukan yang bernama Gao Qian (Eddie Pang) disegani dan dihormati oleh setiap ahli pasukannya kerana keberanian dia untuk menyelamatkan mangsa yang tercedera.. Pernah satu ketika semasa kejadian sebuah pelantar minyak terbakar, Gao Qian sendiri menggadaikan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan mangsa kebakaran tanpa menghiraukan bahaya di tempat itu..
Sementara itu, seorang daripada anak buahnya yang bernama Zhao Cheng ( Wang Yanlin) pula ditugaskan untuk mengendalikan helikopter.. Masa kejadian tue, Zhao Cheng tidak berkeyakinan untuk mengendalikan pesawat tapi bila diyakinkan oleh kaptennya, dia berjaya mengendalikannya tanpa sebarang ada kecelakaan...
Satu hari semasa mereka sedang melakukan aktiviti senaman, mereka menerima seorang lagi ahli baru dalam pasukan.. Kemudian mereka balik ke pangkalan udara untuk menemui ahli baru dan semasa mereka sampai, mereka melihat sebuah helikopter sedang melakukan aksi yang agak mustahil untuk dibuat.. Helikopter tue diterbangkan secara rendah dan stabil sambil cuba mengambil kunci dalam gelungan tanpa membuatkan helikopter tue terjatuh ke tanah.. Apabila ujian itu selesai, alangkah terkejutnya mereka bahawa pengendali helikopter itu adalah ahli baru dalam pasukan mereka dan ahli itu merupakan seorang WANITA, yang bernama Fang Yuling ( Xin Zhilei)..
Hari demi hari mereka menerima pelbagai kes yang melibatkan penyelamatan di air.. Kemudian mereka menerima kes yang terbesar, iaitu kes kapal terbang yang bakal terhempas di lautan.. Sebaik saja mereka menerima kes itu, mereka pun bersiap sedia untuk menyelamatkan mangsa yang mungkin ada di antaranya hidup semasa terhempas..
Pada mulanya, kapal terbang itu telah melalui kawasan ribut taufan dan mereka terselamat.. Tapi dengan tak disangka-sangka, kapal terbang itu telah melanggar satu kawasan di mana hujan turun dengan lebat dan kemudian kapal terbang itu berada dalam keadaan pegun di mana semua peralatan tidak berfungsi.. Jadi dengan keadaan itu, kapal terbang itu mula jatuh menjunam dan terhempas di lautan, dan badan pesawat itu menjadi terbelah tiga bahagian..
Pasukan penyelamat helikopter yang bersiap sedia untuk menyelamatkan mangsa terhempas mula menggerakkan kerja-kerja penyelamatan.. Tugas pertama mereka adalah untuk menstabilkan badan pesawat agar tidak tenggelam dalam lautan untuk membolehkan mereka mengeluarkan mangsa nahas.. Semasa Zhao Cheng membuat penyelamatan di bahagian kokpit, secara tiba-tiba sebuah daripada helikopter tidak dapat meneruskan untuk menstabilkan badan pesawat kerana overheat.. Dan kemudian tali yang memegang kepala pesawat itu mula putus dan jatuh menjunam ke dalam lautan.. Gao Qian yang risaukan keadaan anak buahnya mula terjun ke dalam lautan untuk menyelamatkan anak buah serta pilot pesawat kapal terbang itu sebab Zhao Cheng tidak mempunyai peralatan pernafasan.. Apabila tiba di badan kokpit yang semakin jatuh menjunam ke dasar lautan, dia mendapati Zhao Cheng telah terlekat di bahagian cermin tingkap dan tak dapat melepaskan diri sambil menahan nafas.. Gao Qian mula bergilir-gilir memakai alat pernafasan dengan Zhao Cheng tapi bahagian kokpit tue semakin jauh jatuh ke dasar lautan.. Akhirnya Zhao Cheng membuat satu pengorbanan besar dan meminta kaptennya untuk meninggalkan dia di situ disebabkan tekanan air yang semakin tinggi.. Pada mulanya Gao Qian tak mahu meninggalkan anak buahnya tapi Zhao Cheng tetap dengan pendiriannya dan akhirnya dengan rasa berat hati Gao Qian meninggalkan Zhao Cheng di situ...
Dengan kematian anak buahnya itu, kapten pasukan ini mengalami kemurungan dan tidak bersemangat untuk melakukan pekerjaan.. Tapi ada satu lagi kes besar yang menyebabkan dia kembali bangkit untuk meneruskan kerjaya yang melibatkan nyawa ini.. Apakah kes itu..?
Filem nie sememangnya filem aksi yang mendebarkan, tambahan scene semasa Zhao Cheng cuba untuk menyelamatkan pilot kapal terbang tue.. Akhirnya dia membuat pengorbanan yang besar kerana dia tak mahu rakannya juga terkorban dalam penyelamatan itu.. Masa tue memang sedih sangat-sangat apabila pihak forensik memaklumkan bahawa mayat Zhao Cheng dijumpai di tempat yang sama dia terkorban, hingga rakan-rakan pasukannya menangis sambil berteriak supaya dia kembali...
Filem nie didedikasikan untuk semua frontliner apatah lagi seluruh dunia menghadapi pandemik yang sedang melanda... Memang tak rugi tengok filem nie..
Assalamualaikum wbt..
Filem nie agak lama ditayangkan iaitu pada tahun 2008 tapi saya baru tengok filem ini.. Filem psychological thriller ini adalah ditulis dan diarahkan oleh orang yang sama iaitu M. Night Shyamalan sememangnya mendebarkan para penonton.. So, apakah filem itu..? Jom..
The Happening
Mengisahkan secara tiba-tiba bandar New York menjadi huru hara apabila penduduknya dikatakan mati secara tiba-tiba.. Kejadian pertama berlaku dekat taman rekreasi yang disedari oleh seorang wanita yang berasa pelik dengan sikap orang-orang yang berada di taman itu..
Mengisahkan secara tiba-tiba bandar New York menjadi huru hara apabila penduduknya dikatakan mati secara tiba-tiba.. Kejadian pertama berlaku dekat taman rekreasi yang disedari oleh seorang wanita yang berasa pelik dengan sikap orang-orang yang berada di taman itu..
Secara tiba-tiba mereka menjadi keras kaku seperti sebuah patung dan seorang demi seorang berjalan secara mengundur.. Wanita itu berasa pelik dan dia bertanya pada rakannya tapi secara tiba-tiba rakannya mula mengeluarkan kata-kata aneh dan seterusnya rakannya itu membunuh diri dengan mencucuk leher menggunakan penyepit rambut bentuk chopstick.
Kemudian, berlaku kisah lain pulak di bandar New York, pekerja pembinaan seorang demi seorang membunuh diri dengan terjun daripada bangunan yang sedang dibina.. Bingung dengan keadaan itu, keadaan menjadi huru hara..
Manakala di sebuah sekolah tinggi, semasa Elliot Moore (Mark Wahlberg) seorang guru sains sedang mengajar, dia dipanggil oleh guru besar dan mereka semua diberi taklimat tentang perkara ini.. Bimbang perkara buruk berlaku, mereka membuat keputusan untuk pelajar dibenarkan pulang ke rumah.. Dia bersama dengan rakan gurunya Julian (John Alberto Leguizamo) mula mencari tempat untuk melarikan diri.. Julian membawa anaknya Jess dan memujuk Elliot serta isterinya Alma Moore (Zooey Deschanel) untuk mencari isteri Julian di Philadelphia.
Semasa menaiki keretapi, mereka dapat tahu yang daerah itu telah dijangkiti dengan perkara yang sama.. Keretapi yang mereka naiki telah berhenti di sebuah bandar kecil dan mereka semua tak dapat teruskan perjalanan ke Philadelphia.. Bimbang dengan keselamatan isteri, Julian meminta Elliot untuk menjaga anak perempuannya Jess sementara dia pegi mencari isterinya. Tetapi semasa dalam perjalanan, Julian terserempak dengan mayat-mayat yang bergantungan dan disitulah dia berasa yang hayatnya akan berakhir dan akhirnya dia mati dengan mengelar tangannya menggunakan kaca setelah kereta yang dia naiki itu berlanggar pada sebuah pokok..
Sementara itu, Elliot bersama dengan Alma dan Jess dan beberapa orang yang terselamat telah memulakan perjalanan untuk mencari tempat yang selamat, tapi seorang demi seorang yang bersama-sama dengan mereka akhirnya membunuh diri.. Elliot mendapati udara yang mereka sedut ini adalah merupakan udara beracun dan apabila angin meniup, ianya akan membawa udara beracun sekaligus sesiapa yang menghirup udara itu akan mengalami perkara aneh yang kemudian akhirnya mereka membunuh diri mereka...
Apakah yang sebenarnya berlaku..? Apakah bahan kandungan udara itu hingga menyebabkan manusia yang menghirup udara itu akan membunuh diri...? Adakah Elliot, Alma dan Jess terselamat daripada bencana itu..?
Mula-mula saya tengok filem nie rasa macam suspens jugak, mana taknya.. Udara yang kita sedut nie menjadi racun kepada manusia sejagat.. Tapi tak tau apakah punca sebenar udara beracun sebab pada akhir cerita nie, kota Paris jugak diserang dengan udara ini... Meremang jugaklah bila tengok filem ni..
Assalamualaikum wbt..
Dah lama rasanya saya tak buat review filem kan.. So, kali nie saya nak review sebuah filem yang agak lama iaitu ditayangkan pada tahun 2016 yang diarahkan oleh Tim Burton diadaptasi daripada sebuah novel.. So, apakah filem tersebut..? Jom...
Miss Peregrine's Home For Peculiar Children
Mengisahkan seorang budak lelaki yang bernama Jake Portman (Asa Butterfield) yang dijaga oleh datuknya Abe Portman (Terence Stamp) dari sejak dia masih kecil lagi.. Sejak Jake masih kecil, datuknya selalu menceritakan tentang kisah dirinya yang tinggal di rumah anak yatim di mana rumah itu diduduki oleh kanak-kanak istimewa, manakala pengetuanya Miss Alma Peregrine (Eva Green) yang merupakan pengetua di rumah anak yatim itu adalah sebenarnya seekor burung yang diberi gelaran Ymbrynes..
Satu hari, semasa Jake nak melawat datuknya, Jake telah menghubungi datuknya untuk bagitahu yang dia nak datang ke rumah, tapi datuknya melarang keras.. Ini membuatkan Jake bergegas ke rumah datuknya.. Sampai saja di rumah, Jake mendapati rumah datuknya telah berselerak dan dia mengesyaki ada penceroroboh yang masuk ke dalam rumah.. Jake mencari kelibat datuknya dan dia melihat sebuah lampu suluh berada di satu sudut berhampiran dengan hutan..
Dia pun bergegas masuk ke dalam hutan dan dia mendapati datuknya telah terbaring kaku.. Dia membalikkan tubuh datuknya dan Jake berasa terkejut melihat keadaan datuknya..
MATA DATUKNYA TELAH HILANG!!!!
Jake pun menghubungi paramedik untuk minta bantuan, secara tiba-tiba datuknya memegang tangan Jake dan meminta Jake untuk pergi ke Pulau Cairnholm di United Kingdom untuk mencari pengetua rumah anak yatim tue serta mencari gelung masa untuk dia pergi pada tarikh 3 September 1943... Setelah Abe memberi pesanan pada cucunya dia pun mati...
Pada mulanya Jake menyangka yang dia mengalami masalah mental tapi pakar psikitari menasihatkan untuk dia ke sana bagi menghilangkan rasa sangsi dalam hati Jake.. Kemudian Jake pergi ke pulau itu bersama dengan bapanya dan semasa perjalanan ke pulau itu, Jake terserempak dengan burung Ymbrynes.. Itu yang membuatkan Jake mula percaya yang cerita datuknya adalah benar dan bukan dongeng semata..
Apabila mereka sampai di pulau itu, bapa Jake ingin melihat sekitar kepulauan itu, tapi Jake ingin berjalan sendirian.. Bapanya telah mengupah dua remaja tempatan untuk mengiringi Jake.. Semasa dalam perjalanan Jake meminta dua remaja tadi untuk menunjukkan tempat rumah anak yatim tue, dan apabila dia sampai di sana, dia melihat rumah tue dah rosak teruk.. Jake berasa hampa tapi pada keesokkan harinya dia pergi sekali lagi ke rumah anak yatim tue dan semasa dia berjalan di dalam kawasan rumah, secara tiba-tiba dia mendapati ada seorang perempuan yang bernama Emma (Ella Purnell) memanggil nama Abe iaitu nama datuknya.. Jake terperanjat dan mula lari keluar tapi malangnya dia tersadung dan pengsan..
Apabila Jake mula sedar, dia mendapati yang anak-anak yatim yang pernah diceritakan oleh datuknya benar-benar wujud dan mereka membawa Jake masuk ke dalam gua.. Tapi di separuh jalan, Jake mula berasa takut dan dia berlari keluar daripada gua.. Apabila dia balik ke hotel tempat dia menginap, dia mendapati yang tempat tue terlalu asing baginya..
Rupa-rupanya Jake telah masuk ke gelung masa semasa dia masuk ke dalam gua dan masa itu bertarikh 3 September 1943.. Jake berjumpa dengan Miss Peregrine untuk bertanya hal yang sebenar yang dimaksudkan oleh datuknya dan siapakah yang membunuh datuknya..
Tapi Miss Peregrine tak mahu bercerita dengan Jake dan mula alihkan kepada cerita yang lain.. Miss Peregrine memperkenalkan dengan kanak-kanak istimewa ini kepada Jake, yang sebenarnya merupakan rakan-rakan datuknya..
Tapi dari sehari ke sehari, Jake mendapati ada sesuatu yang tak kena pada situasi ini.. Miss Peregrine sebenarnya merupakan seorang penjaga kepada kanak-kanak istimewa ini dan dia cuba melindungi kanak-kanak tersebut daripada seseorang...
Siapakah seseorang yang dimaksudkan..? Adakah ianya berkaitan dengan kematian datuknya..? Kenapa seseorang itu memburu kesemua kanak-kanak istimewa ini..? Apakah kaitan mereka dengan datuk Jake...?
Filem nie sebenarnya saya mula-mula tengok trailer kat facebook.. Filem nie kalau dilihat pada keseluruhan, ianya hampir sama dengan filem X-Men iaitu orang yang mempunyai kuasa mutan dan pengetuanya pun hampir sama, bezanya Miss Peregrine tak pakai kerusi roda.. Kuasa ajaib yang ada pada Miss Peregrine nie adalah dia berupaya untuk membalikkan masa 24 jam yang lalu, selain daripada jelmaan burung.. Dalam banyak-banyak watak kanaka-kanak istimewa ini adalah watak Emma, di mana kuasanya adalah dia berupaya untuk mengawal udara sehingga dia mampu memberi udara kepada Jake semasa menyelam ke dasar lautan.. Lagi satu, badan Emma nie terlalu ringan, seringan belon sehingga dia terpaksa pakai kasut yang diperbuat daripada plumbum untuk membolehkan dia berjalan seperti biasa..
First tengok filem nie memang best hingga saya tengok berkali-kali sebab suka dengan jalan cerita yang dipaparkan..
Assalamualaikum wbt..
Okey, review time.. Kali nie saya nak kongsikan dengan awak satu filem supernatural horror Amerika.. Filem ini diarahkan oleh pengarah Jepun Takishi Shimizu dan filem ini ditayangkan pada tahun 2014.. Apakah filem tersebut...?
Jom...
Flight 7500
Mengisahkan sebuah kapal terbang Boeing 747-300, Vista Pacific Airlines Flight 7500 yang berlepas daripada Los Angeles, Amerika menuju ke Tokyo, Jepun. Setelah beberapa jam kapal terbang ini berlepas, tiba-tiba berlaku pergolakan di udara dan kapal terbang ini mula tidak stabil..
Setelah kapten kapal terbang Captain Pete (Jonathon Schaech) dapat mengawal kapal itu, maka pramugari yang bertugas Laura (Leslie Bibb) dan Suzy (Jamie Chung) memulakan tugas mereka untuk menenangkan penumpang di samping menghidangkan mereka minuman. Secara tiba-tiba, salah seorang penumpang misteri yang bernama Lance (Rick Kelly) mengalami serangan panik akibat daripada pergolakan tadi dan dia dibantu oleh pramugari serta penumpang Brad (Ryan Kwanten) dan Rick ( Jerry Ferrara).
Tetapi malangnya Lance meninggal dunia, dan mayatnya ditempatkan di kelas pertama, sementara semua penumpang kelas pertama dipindahkan ke kelas ekonomi.
Setelah mayat Lance ditempatkan di kerusi dan diikat dengan tali keselamatan, Laura mula kembali dengan tugasan menghidangkan minuman kepada penumpang. Laura yang mengalami kejutan akibat kematian penumpang, terjatuh berhampiran dengan kerusi yang diduduki penumpang itu, dan masa itulah dia perasan yang botol air yang berada di dalam poketnya mula mengecut.. Laura memberi amaran kepada semua penumpang supaya mereka memakai tali pinggang keselamatan dan setelah itu kapal terbang mula mengalami kerosakan skali lagi dengan tekanan dalam kabin mula jatuh.. Topeng oksigen mula jatuh pada penumpang, dengan kehadiran dengan asap nipis..
Brad mula perasan yang kekasihnya Pia (Amy Smart) tidak dapat menggunakan topeng oksigen, lalu diberikan kepada Pia.. Kemudian Brad nampak seorang ibu dan seorang anak perempuan, tidak sedarkan diri, dan dia membantu mereka berdua memakai topeng oksigen.. Apabila ditoleh ke tempat duduk Pia, Brad mendapati Pia telah pengsan dan dia memakai topeng oksigen tambahan dan mula memberikan oksigen kepada Pia..
Setelah kapal itu mula stabil, perkara pelik mula berlaku, seperti kehilangan seorang demi seorang penumpang kapal mula hilang.. Brad dan Rick mengesyaki apa yang berlaku dalam kapal itu ada kaitan dengan Lance dan mereka mula menyiasat barang yang ditinggalkan Lance..
Apakah barang yang ditinggalkan Lance..? Dan adakah semua penumpang dan anak kapal selamat sampai di Tokyo..?
Filem nie kalu tak tengok secara serius, memang tak faham dengan jalan cerita tersebut.... Kerana terdapat banyak watak di dalam filem ini tapi kesemua watak ini ada kaitan dengan antara satu sama lain... Apa yang saya perasan, filem ini ada persamaan sedikit dengan kisah tragedi Helios Airways Flight 522 yang berlepas daripada Larnaca, Cyprus ke Prague, Republik Czech.. Kisah Helios ini memang agak pelik dalam tragedi kapal terbang dan ianya pernah ditayangkan di dalam filem dokumentari Air Crash Investigations.
Tapi apapun filem ini takdelah seratus peratus mempunyai persamaan dengan tragedi Helios dan filem ini memang best untuk ditonton.. Walaupun ending filem ini agak tergantung tapi rasanya kita dapat agak apa yang terjadi pada para penumpang dan anak kapal..
Assalamualaikum wbt..
Filem kali nie agak mendebarkan juga kerana ianya dalam bentuk thriller, adventure dan horror.. Filem ini adalah arahan daripada Johannes Roberts dengan barisan pelakon yang agak terkenal.. Filem ini ditayangkan pada tahun 2017.. Apakah filem itu..?
Jom..
47 Meters Down
Mengisahkan dua beradik iaitu Lisa (Mandy Moore) dan Kate (Claire Holt) yang pergi bercuti ke Mexico City. Semasa mereka berdua sedang menikmati suasana makan malam, Kate merasakan yang itulah saat-saat manis mereka berdua sebagai adik beradik dan kenangan itu akan terpahat di dalam memori mereka, apatah lagi Lisa akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi dengan teman lelakinya.
Kemudian Kate dapat tahu yang Lisa telah ditinggalkan oleh teman lelakinya. Kate berjanji yang dia akan menggembirakan Lisa. Kemudian mereka telah dijemput oleh dua orang pemuda tempatan untuk menyelam dan melihat jerung melalui sangkar besi. Kate merupakan seorang penyelam professional manakala Lisa pula ada merupakan penyelam yang tiada lesen untuk menyelam lautan dalam. Pada mulanya Lisa keberatan untuk menerima jemputan dua orang pemuda tersebut kerana dia tiada keyakinan untuk menyelam di lautan dalam tapi telah dipujuk oleh Kate untuk sama-sama menyertainya..
Lisa bersetuju dengan ajakan Kate dan mereka berempat pun memulakan perjalanan untuk melihat jerung. Lisa dan Kate telah diperkenalkan dengan Captain Taylor (Matthew Modine), seorang jurupandu lautan dalam yang memberi perkhidmatan untuk melihat jerung melalui sangkar. Untuk slot yang pertama, dua orang pemuda tempatan telah turun ke bawah laut sejauh 5 meter daripada permukaan bot dan dua beradik pula telah diberi giliran pada slot kedua.. Apabila tiba giliran dua beradik ini, mereka dapat melihat kehidupan di bawah laut termasuklah jerung yang mula mengelilingi sangkar mereka.
Bila tiba masa untuk naik permukaan, Captain Taylor mula menaikkan sangkar yang dinaiki oleh Kate dan Lisa... Bila sangkar tersebut hampir sampai di permukaan bot, secara tiba-tiba kabel sangkar mulai terputus dan sangkar mula tenggelam di dasar laut pada kedalaman 47 meter. Kate dan Lisa yang berada di dalam sangkar itu telah pengsan akibat hentakan yang kuat pada sangkar dan juga kerana tekanan air yang kuat. Apabila mereka berdua sedar daripada pengsan, mereka telah mendapati mereka berdua berada di dasar laut dan mereka cuba untuk melepaskan diri daripada sangkar itu.
Tapi dalam masa yang sama, bekalan oksigen mereka semakin habis dan mereka berdua terpaksa mengelak serangan daripada jerung putih yang mula mengelilingi dan cuba untuk menyerang mereka..
Dapatkah mereka berdua naik ke permukaan dengan selamat...? Ataupun adakah sesiapa yang dapat membantu mereka untuk naik ke permukaan dengan selamat tanpa serangan daripada jerung tersebut..?
Filem nie boleh dikatakan agak mendebarkan jugak bila melihat serangan ikan jerung sebab dalam filem nie, memang penglihatan di dasar lautan kurang jelas dan kita tak dapat menjangka di mana kedudukan jerung itu berada.. Seperti yang sedia maklum ikan jerung sememangnya pernah menyerang manusia di dasar lautan malah di gigi air pantai pun mereka pernah melakukan serangan ke atas manusia.. Jadi, kena lebih berhati-hati jika nak menyelam di dasar lautan.. Tapi serius saya cakap, filem nie agak mendebarkan jugak, hihihi dan saya sememangnya merupakan seorang yang fobia kepada lautan atau lebih dikenali sebagai Thalassophobia...
Assalamualaikum wbt..
Okey, kali nie saya nak review sebuah filem arahan daripada pengarah fiksyen yang terkenal, Steven Spielberg.. Filem nie memang filem lama iaitu ditayangkan pada tahun 2001 tapi memang best filem nie.. Apakah filemnya..? Jom..
A.I Artificial Intelligence (2001)
Mengisahkan sebuah robot Mecha yang diberi nama David lakonan Haley Joel Osment yang telah diprogramkan oleh penciptanya untuk menyayangi manusia pada era abad ke-22.. David telah ditempatkan bersama sebuah keluarga iaitu Henry Swinton (Sam Robards) dan isterinya Monica (Frances O'Connor) serta anak lelakinya yang bernama Martin (Jake Thomas), seorang penghidap kanser yang berbahaya.. Pada mulanya Monica tak dapat menerima kahadiran David dek kerana ianya hanyalah robot tapi lama kelamaan Monica mula menyayangi David sama seperti anaknya Martin.. Bila Martin mula sembuh daripada penyakitnya, Martin berasa amat cemburu dengan keakraban David dan ibunya lalu dia mula merancang untuk menghalau David daripada rumah tue dengan membuat pelbagai helah jahat.
Apabila helah Martin berjaya, Henry meminta isterinya untuk menghantar semula David ke tempat penciptanya tapi Monica tak sanggup nak hantar David ke sana sebaliknya dihantarnya ke dalam hutan dan menyuruh David lari daripada situ..
Dengan ditemani rakan robot patung anak beruang yang diberi nama Teddy dan sebuah lagi Mecha Joe (Jude Law), David cuba mencari jalan pulang semula ke pangkuan Monica.. Pelbagai kisah suka duka yang berlaku sepanjang dia cuba mencari jalan pulang..
David yang pernah membaca sebuah buku fairytale Pinocchio, dia mula mencari pari-pari yang sama dalam buku tersebut, dengan harapan pari-pari itu akan menukarkan dia ke budak lelaki yang sebenar..
Dapatkah David berjumpa dengan pari-pari itu dan apakah harapan David untuk menjadi budak lelaki sebenar dapat direalisasikan? Dan dapatkah David jumpa semula dengan Monica, ibunya?
Kisah nie walaupun hanyalah filem sains fiksyen, tapi ianya mengisahkan sebuah kasih sayang antara anak dan ibu.. Walaupun dia mempunyai adik angkat yang berniat jahat untuk menghalau dia daripada rumah tue, dan walaupun ibunya telah membuang dia ke dalam hutan, David tetap menyayangi ibunya tanpa ada sedikit rasa kecewa... Part yang sedih tue, masa David kena tangkap dengan orang-orang yang bencikan Mecha, dan cuba untuk musnahkan Mecha, David menjerit dan menangis sambil berkata dia nak jumpa ibunya... Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu, tak percaya sebuah robot Mecha mempunyai perasaan sedih dan meminta pihak penganjur supaya melepaskan David..
Memang best filem nie sebab ianya mengajar kita erti kasih sayang sebenar ibu kita.. Orang kata, seburuk-buruk ibu kita pun, dialah yang melahirkan dan membesarkan kita hingga dewasa.. So sayangilah ibu kita dan jika dia telah tiada, sedekahkanlah Al-Fatihah dan titipkan doa kepadanya, sama jugaklah jika ibu kita masih ada pun, sedekahkanlah Al-Fatihah dan titipkan doa kesejahteraan kepadanya.. Bukan ibu jea tau, pada ayah pun sama jugak sebab tanpa mereka, kita takkan lahir kat dunia nie dan tanpa mereka, kita takkan berjaya dalam hidup.
Assalamualaikum wbt...
Dah lama rasanya saya tak buat review, kan.. Filem nie memang best untuk ditonton... Apakah filem yang saya maksudkan..? Jom..
PLEASE STAND BY (2018)
Mengisahkan Wendy lakonan Dakota Fanning yang merupakan seorang autism yang bergiat aktif dalam penulisan terutama cerita Star Trek... Dia yang tinggal di salah sebuah pusat pemulihan autism di California dengan dipantau oleh seorang pengasuh, Scottie lakonan Toni Collette.. Wendy mempunyai seorang kakak iaitu Audrey lakonan Alice Eve yang selalu melawat Wendy untuk melihat perkembangan kehidupan Wendy..
Satu hari, syarikat perfileman telah membuat satu pertandingan penulisan skrip mengenai filem Star Trek dan Wendy telah berjaya menyiapkan skrip itu sebanyak 450 muka surat...
Tapi Wendy telah terlepas untuk menghantar skrip itu melalui mel dan dia membuat keputusan untuk menghantar skrip itu sendiri di Los Angeles dengan ditemani oleh seekor anjing peliharaannya.. Memandangkan selama ini dia tak pernah keluar daripada pusat jagaan autism, jadi pelbagai kisah suka duka sepanjang perjalanan Wendy ke Los Angeles..
Berjayakah Wendy ke Los Angeles dengan jayanya dan adakah skrip tulisannya diterima oleh syarikat perfileman..?
Kisah ini sebenarnya menceritakan bagaimana seorang autism yang cuba berdikari dalam kehidupannya walaupun dia diduga dengan pelbagai kisah suka duka.. Contohnya dalam filem ini Wendy cuba untuk melintas jalan dan dia was-was dengan isyarat lalulintas sama ada dia perlu melintas dengan lampu yang berwarna merah ataupun hijau.. Walaupun dia mempunyai seorang kakak yang selalu mengambil berat tentang dirinya, tapi Wendy tak mahu dijadikan bebanan pada kakaknya dan cuba untuk berdikari tanpa bantuan orang lain... Dan akhirnya dia berjaya membuktikan bahawa walaupun dia mengalami autism tapi dia dapat berdikari dalam kehidupannya walaupun ada masanya dia tak dapat nak buat keputusan yang tepat..
Memang best filem nie kerana filem nie memberi pandangan sudut yang berbeza dengan orang yang mengalami autism..
Subscribe to:
Posts (Atom)



















Social Icons