Review : 47 Meters Down (2017)

Sunday, August 23, 2020

Assalamualaikum wbt..
Filem kali nie agak mendebarkan juga kerana ianya dalam bentuk thriller, adventure dan horror.. Filem ini adalah arahan daripada Johannes Roberts dengan barisan pelakon yang agak terkenal.. Filem ini ditayangkan pada tahun 2017.. Apakah filem itu..?

Jom..



47 Meters Down

Mengisahkan dua beradik iaitu Lisa (Mandy Moore) dan Kate (Claire Holt) yang pergi bercuti ke Mexico City. Semasa mereka berdua sedang menikmati suasana makan malam, Kate merasakan yang itulah saat-saat manis mereka berdua sebagai adik beradik dan kenangan itu akan terpahat di dalam memori mereka, apatah lagi Lisa akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi dengan teman lelakinya. 

Kemudian Kate dapat tahu yang Lisa telah ditinggalkan oleh teman lelakinya. Kate berjanji yang dia akan menggembirakan Lisa. Kemudian mereka telah dijemput oleh dua orang pemuda tempatan untuk  menyelam dan melihat jerung melalui sangkar besi. Kate merupakan seorang penyelam professional manakala Lisa pula ada merupakan penyelam yang tiada lesen untuk menyelam lautan dalam. Pada mulanya Lisa keberatan untuk menerima jemputan dua orang pemuda tersebut kerana dia tiada keyakinan untuk menyelam di lautan dalam tapi telah dipujuk oleh Kate untuk sama-sama menyertainya..

Lisa bersetuju dengan ajakan Kate dan mereka berempat pun memulakan perjalanan untuk melihat jerung. Lisa dan Kate telah diperkenalkan dengan Captain Taylor (Matthew Modine), seorang jurupandu lautan dalam yang memberi perkhidmatan untuk melihat jerung melalui sangkar. Untuk slot yang pertama, dua orang pemuda tempatan telah turun ke bawah laut sejauh 5 meter daripada permukaan bot dan dua beradik pula telah diberi giliran pada slot kedua.. Apabila tiba giliran dua beradik ini, mereka dapat melihat kehidupan di bawah laut termasuklah jerung yang mula mengelilingi sangkar mereka. 

Bila tiba masa untuk naik permukaan, Captain Taylor mula menaikkan sangkar yang dinaiki oleh Kate dan Lisa... Bila sangkar tersebut hampir sampai di permukaan bot,  secara tiba-tiba kabel sangkar mulai terputus dan sangkar mula tenggelam di dasar laut pada kedalaman 47 meter. Kate dan Lisa yang berada di dalam sangkar itu telah pengsan akibat hentakan yang kuat pada sangkar dan juga kerana tekanan air yang kuat. Apabila mereka berdua sedar daripada pengsan, mereka telah mendapati mereka berdua berada di dasar laut dan mereka cuba untuk melepaskan diri daripada sangkar itu.

Tapi dalam masa yang sama, bekalan oksigen mereka semakin habis dan mereka berdua terpaksa mengelak serangan daripada jerung putih yang mula mengelilingi dan cuba untuk menyerang mereka.. 

Dapatkah mereka berdua naik ke permukaan dengan selamat...? Ataupun adakah sesiapa yang dapat membantu mereka untuk naik ke permukaan dengan selamat tanpa serangan daripada jerung tersebut..?

Filem nie boleh dikatakan agak mendebarkan jugak bila melihat serangan ikan jerung sebab dalam filem nie, memang penglihatan di dasar lautan kurang jelas dan kita tak dapat menjangka di mana kedudukan jerung itu berada.. Seperti yang sedia maklum ikan jerung sememangnya pernah menyerang manusia di dasar lautan malah di gigi air pantai pun mereka pernah melakukan serangan ke atas manusia.. Jadi, kena lebih berhati-hati jika nak menyelam di dasar lautan.. Tapi serius saya cakap, filem nie agak mendebarkan jugak, hihihi dan saya sememangnya merupakan seorang yang fobia kepada lautan atau lebih dikenali sebagai Thalassophobia... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



6 comments

  1. citer ni shida dah tgk..best juga..shikin :)
    47 meters down ade yg 2019 xsilap lah..dua2 shida dah tgk..

    ReplyDelete
  2. atie tak mampu nak nonton.. sbb scary huhuhu

    ReplyDelete
  3. Hmmm antara filem yang buat zumal takut air 🤭😂

    ReplyDelete
  4. scary laa, tak boleh nak imagine terperangkap di dasar laut macam tu..huhu

    ReplyDelete
  5. alamak sakit perut tgk cite mcm ni

    ReplyDelete
  6. Dah tonton filem ni. Memang sangat mendebarkan.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧