Fakta sejarah mesin ATM

3:38 PM


Assalamualaikum wbt...
Hari nie kita belajar sejarah pulak.. Awak tahu tak asal usul mesin ATM..? Dari mana datang idea untuk buat mesin ATM nie..? 

Mesin juruwang automatik (ATM) merupakan sebuah mesin pengeluaran wang yang dikendalikan oleh komputer sepenuhnya. Idea mewujudkan mesin ATM berasal daripada seorang warga Amerika Syarikat, Luther George Simijian pada awal 1930-an tetapi pada peringkat awal mesin tersebut dicipta bukan untuk pengeluaran wang.

Pada 30 Jun 1960, rekaan mesin ATM Simijian yang ke 132 telah dipatenkan dan dinamakan sebagai Bankrograph. Namun, penggunaan Bankrograph tertangguh selama beberapa tahun berikutan syarikat Simijian iaitu Simijian's Reflectone Elektonics Inc. telah diambil alih oleh Universal Match Corporation. 

Biarpun begitu, sebuah Bankrograph telah dipasang oleh City Bank Of New York di bandar New York sebagai eksperimen tetapi ditutup enam bulan kemudian kerana tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

Pada ketika itu, Bankrograph hanya berfungsi menerima simpanan di dalam bentuk wang tunai temasuk duit syiling dan belum lagi berfungsi untuk pengeluaran wang. Mesin ATM moden pertama dihasilkan pada tahun 1972 di United Kingdom dengan diberi nama IBM 2984 yang direka khas untuk Bank Lloyds.

Kini, mesin ATM telah digunapakai di seluruh dunia dan memudahkan kita untuk mengeluarkan wang tanpa beratur di kaunter.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

9 lovely notes

  1. ooo begini sejarah mesin ATM..
    nasib lah malaysia dah buat ATM yg memudahkan kita semua.

    ReplyDelete
  2. terima kasih Bank Lloyds dan Luther George , kalau tak kita mesti still kena b bank beratur lagi

    ReplyDelete
  3. wahhhh dasyat sejarah ni..tak penah tahu

    ReplyDelete
  4. Lama dah rupanya. Kalau tak ada ATM ni mahu jenuh manusia dalam office bank

    ReplyDelete
  5. atm ni sgt memudahkan urusan. nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. respek la idea Luther George dari tahun 1930 lagi rupanya

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tau pun sejarah ATM, bagus idea mereka.. memudahkan kita semua..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators