Thursday, March 29, 2018

Sedapnya kek buah nie..TAPI....

Image result for cake 100 years in antarctica

Assalamualaikum wbt...
Nampak sedap kan kek buah nie.. Tengok pada luaran, ianya nampak seperti kek buah yang biasa aje yang dijual kat kedai-kedai kek.. 

TAPI....

Image result for cake 100 years in antarctica

Sebenarnya kek buah nie telah berusia 100 tahun yang dijumpai kat dalam sebuah bangunan tertua di Antartika dan orang yang jumpa kek nie merasakan yang kek nie sebenarnya masih segar walaupun telah berusia..

Menurut Antarctic Heritage Trust, kek ini dipercayai sama umur dengan tarikh Ekspedisi Terra Nova Robert Falcon Scott pada antara tahun 1910 dan 1913. Walaupun timah yang balut pada kek tue dan berkarat dan tertanggal tapi kek yang berada di dalam balutan nie kelihatan masih segar nampak boleh dimakan.

Image result for cake 100 years in antarctica

Ekspedisi Terra Nova  mempunyai objektif matlamat utama untuk sampai ke kutub, walaupun mereka berjaya sampai ke kutub tapi mereka mendapati penjelajah Norway telah mendahului mereka. Lebih tragis lagi, semasa dalam perjalanan pulang, semua penjelajah ekspedisi Terra Nova meninggal dunia. 

Pengurus program artifak yang mengendalikan tabung amanah nie berkata masa diorang sedang membuat aktiviti pemuliharaan artifak Cape Adare, mereka menemui kek nie dalam balutan timah karat yang pada mulanya mereka hanya menyangkakan hanya gumpalan timah karat yang biasa. Kek ini dibawa ke makmal Muzium Cantertury New Zealand di mana kakitangan tabung amanah bekerja untuk memulihara hampir 1500 artifak. 

Tapi sebenarnya tak mustahil pun kalu kek nie nampak masih segar, mungkin sebab suhu kat Antartika tue kan sejuk beku, mungkin akan membantutkan proses kulat daripada tumbuh di atas kek nie.. Betul tak..?


7 comments:

  1. nth apa la rasanya kalau masih boleh makan kan...

    ReplyDelete
  2. Ataupun sebab letak bahan pengawet banyak sangat kot

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Ohsem tu.. Macam manalah rasa dia ek.. curious betul..

    ReplyDelete
  4. Hmm taktau nak jawab la. Tapi tak mustahil dah keras kejung kan kek tu

    ReplyDelete
  5. wow lamanyaa.. betul, nampak macam baru bakar dan sedap je kek tu tapi rasanya tak tau lagi hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers