Hari 9 - Lagu kegemaran | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal

Monday, January 11, 2021

Hari 9 - Lagu kegemaran | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, masih lagi dapat ikut rentak.. Awak semua ada lagu kegemaran tak..? Genre apa yang awak minat..? Pop? Rock? Balada? R & B? Hip-Hop? Okay, nak tahu apakah lagu kegemaran saya..? 

Kalau awak tanya saya, sebenarnya saya suka kesemua genre lagu, tapi yang sedap didengar di telinga saya lah.. hihihi.. Tapi ada tiga buah lagu yang saya akan dengar berulang kali, even kalau saya dengar dalam kereta, tiga buah lagu nie memang sentiasa diputarkan.. 

Lagu-lagu yang saya maksudkan adalah Breathless nyanyian Shayne Ward, Endless Love nyanyian Jackie Chan & Kim Hee Sun (OST filem The Myth) dan Permata Untuk Isteri nyanyian Kopratasa.. 

Mesti awak pelik kan, sebab sebelum nie saya pernah ceritakan yang saya peminat kumpulan Backstreet Boys jadi kenapa lagu mereka tak dijadikan sebagai lagu kegemaran saya..? Macam saya cakap tadi, semua lagu yang sedap didengar menjadi kesukaan saya tapi sebab ketiga-tiga lagu tadi dipilih kerana ada kena mengena dengan kisah perjalanan hidup saya..

Lebih-lebih lagi pada lagu Endless Love nyanyian Jackie Chan & Kim Hee Seon.. 

Haaa...?? Jackie Chan menyanyi.. Yes, memang betul dia yang nyanyikan lagu runut nie sendiri.. Lagu nie adalah merupakan gabungan bahasa Mandarin dengan bahasa Korea.. Ini adalah kerana watak utama hero ini adalah Jackie Chan sendiri dan watak utama heroin pula adalah pelakon Korea dan penyanyi runut Endless Love Kim Hee Seon..

So, inilah lagu kegemaran saya... So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...




#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



16 comments

  1. Unik pilihan lagu dipilih Shikin.

    ReplyDelete
  2. terus bukak youtube dgn lagu jackie chan tu..tak pernah tau pun lagu ni wujud

    ReplyDelete
  3. ingtkan lagu endless love omputih tu... terus search kt youtube mcm atie.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Baru tau Jackie Chan ada menyanyi jugak hehehe

    ReplyDelete
  5. Baru tahu Jackie Chan ada lagu dan menyanyi. Serba boleh dia ni kan.

    ReplyDelete
  6. Oh, baru tau Jackie Chan pun ada lagu jugak..ingatkan berlakon je

    ReplyDelete
  7. selalunya lagu2 fevret mmg akan ada kaitan bait2nya dengan kita..

    ReplyDelete
  8. lagu favourite rabia adalah lagu melayu, english song semestinya lagu you are the reason

    ReplyDelete
  9. uihh mama tak penah dgr lagi lagu jacky chan tu

    ReplyDelete
  10. Baru tahu jackie chan boleh menyanyi ^_^

    ReplyDelete
  11. Mesti tiga lagu tu ada memori yang indah-indah dalam hidup kak shikin. Hehe.

    ReplyDelete
  12. tu lagu sedih Jackie Chan punya tu. Adik aien pun minat lagi tu. Shayne Ward juga kenangan. All time favorite songs jugak tu. :)

    ReplyDelete
  13. aida xde lagu kegemaran, shikin.
    dulu ada la. now da jarang layan lagu, tak tau nak kata apa.
    lagu jackie chan?
    hmmm nak kena klik dgr ni. new to me.

    ReplyDelete
  14. Wahh baru tau jackie chan pun ada menyanyi!

    ReplyDelete
  15. Eh.. jackie chan menyanyi juga ye,, nak kena dengar nie..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧