Kenapa kita perlu bertangas?

11:23 PM


Assalamualaikum wbt..
Bertangas selepas bersalin adalah amat penting untuk menjaga dan memulihkan organ dalaman setiap wanita... Bertangas adalah merupakan rawatan tradisional dan telah diamalkan sejak turun temurun oleh orang-orang dahulukala bagi merawat organ dalaaman wanita yang baru bersalin.

Bagi ibu bersalin, bertangas dapat mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan detoksifikasi, iaitu mengenyahkan racun toksin di dalam badan. Selain proses itu, ia dapat membantu proses penyembuhan serta mengecutkan alat sulit dan peranakan. Rawatan ini jika selalu diamalkan dapat mengelak daripada mendapat pelbagai penyakit seperti keputihan,  saluran faraj menjadi longgar serta berair, rahim menjadi rendah, inkontinens (kehilangan kawalan membuang air kecil) dan prolaps (rahim menjadi longgar).

Melalui rawatan bertangas juga boleh membuat seorang wanita itu dapat mengurangkan berat badan, membuang toksik di dalam badan dan mengharumkan badan. Proses bertangas ini mengambil masa selama 30 minit atau selama mana yang dikehendaki. Ketika kita di dalam proses bertangas, adalah lebih baik jika wanita itu berselimut atau menutupi keseluruhan tubuhnya agar badan dapat mengeluarkan peluh dengan lebih cepat. 

Seelok-eloknya amalan bertangas  ini boleh dibuat selepas habis haid iaitu sekali atau dua kali sebulan. Jika masalah yang teruk dinasihatkan untuk bertangas dua atau tiga kali seminggu. Ia tidak hanya dikhususkan kepada wanita yang sudah bersalin, tetapi mereka yang belum berkahwin turut digalakkan bertangas.

Bahan-bahan yang digunakan untuk bertangas adalah terdiri daripada bahan tumbuhan herba dan bahan-bahan masakan yang biasa kita gunakan di dapur seperti halba, halia, kunyit hidup, asam gelugor dan lada hitam. 

KEBAIKAN BAHAN UNTUK BERTANGAS

Halia - dapat memecahkan angin yang tersumbat
Kunyit hidup - dapat melembapkan kulit terutama di sekitar kawasan faraj, dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan merawat luka selepas bersalin
Halba - dapat menghilangkan lendir di dalam faraj dan dapat merangsang rahim untuk menjadi lebih sihat
Asam gelugor - dapat menghilangkan bau pada faraj dan jika mempunyai masalah rahim kembang, ianya dapat mengecut dengan cepat.
Daun sirih - dapat menghilangkan kegatalan pada faraj dan masalah keputihan
Lada hitam - dapat melancarkan perjalanan darah, memecahkan lemak dan membuang lebihan air

Memandangkan kita berada dalam situasi PKP dan sukar untuk kita pergi ke spa, kita boleh buat bertangas sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati...

Jom..

Bahan-bahan untuk bertangas
1 sudu halba 
3 inci halia 
3 inci kunyit hidup 
5 keping asam gelugor
1 sudu besar lada hitam 
3 helai daun sirih 

Cara-cara untuk bertangas
Tumbuk kesemua bahan tadi kecuali daun sirih sehingga lumat. Ambil tiga biji batu sungai dan bakar batu itu  selama 10 minit sehingga betul-betul panas. Pastikan batu tidak terlalu besar. Kemudian letakkan batu sungai di dalam periuk tanah dan kemudian letakkan sirih di atas batu sebagai alas batu sungai. Letakkan bahan yang ditumbuk tadi di atas batu sungai yang sedang panas.Perahkan sedikit air limau nipis atau dicampurkan cuka bagi mempercepatkan proses pengecutan rahim. Ketika batu sungai masih panas, letakkan ia di bawah kerusi tangas. Duduk dalam keadaan selesa pastikan tubuh diselimuti kain bagi mengelakkan wap tangas  itu keluar. Lakukan selama 15 hingga 30 minit  atau sehingga batu sungai hilang kepanasannya.

Senangkan nak bertangas.. Selamat mencuba.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

2 lovely notes

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators