Bangkitkan Kembali Semangat Kerja Yang Merundum

11:00 AM


Assalamualaikum wbt..
Hihi hari nie saya nak cerita pasal kerja jea.. Bukan apa, pada masa kita sedang menghadapi pandemik ini, mungkin ada di antara kita yang ada masalah dengan majikan masing-masing.. Jadi apa yang saya nak kongsikan dengan awak nie mungkin akan memberi satu semangat pada awak..

Keep on fighting... 

PROAKTIF
Berusaha untuk menjadi seorang pekerja yang proaktif dan berinisiatif. Tanpa perlu menunggu sebarang arahan daripada majikan,kita telah menyediakannya terlebih dahulu. Ini secara tidak langsung berupaya mempamerkan komitmen kita pada pekerjaan di samping persepsi positif daripada majikan.

KOMPROMI DENGAN PIHAK ATASAN
Berkompromi dengan pihak atasan bukan perkara mudah lebih-lebih berhubung perkara yang melibatkan kesepakatan. Ini kerana usaha mendapatkan kesepakatan daripada majikan yang mempunyai pendirian berbeza tentang sesuatu perkara pastinya membuatkan tugas semakin sulit. Meskipun, namun mudah berputus asa dan cuba atasinya dengan bijak.

SABAR
Sikap mulia ini adalah perkara yang sangat penting. Tanpa sikap positif ini segala-galanya menjadi terlalu sukar. Apa yang pasti kejayaan tidak datang bergolek dan berlaku dalam satu hari. Penting bagi kita untuk terus berusaha dengan sabar.

MEMBINA HUBUNGAN
Pastikan kita sentiasa membina hubungan yang baik dengan pihak atasan, teman sekerja dan rakan perniagaan. Melalui jalinan hubungan yang baik ini, sesuatu pekerjaan bukan hanya menjadi lebih mudah tetapi secara tidak langsung masa depan kerjaya kita juga semakin cerah.

TETAPKAN TUJUAN
Dalam setiap perkara yang ingin dilakukan, pastikan kita mempunyai matlamat atau tujuan. Adanya tujuan tersebut, gambaran tentang langkah kerjaya pasti dapat membantu sekali gus memotivasikan diri untuk mencapai matlamat tersebut.

TERUS BELAJAR
Jangan pernah berhenti untuk terus belajar. Ubah persepsi diri dengan menjadikan tugas dan pekerjaan sebagai medium pembelajaran. Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan perspektif kita agar lebih meluas dan ilmu yang diperoleh pula akan semakin bertambah.

Semoga ianya memberi manfaat... 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

7 lovely notes

  1. Kita sendiri yang kena tukar mindset supaya sentiasa bersemangat kan...thanks for the tips, Shikin.

    ReplyDelete
  2. abe kie tgh tension ni. kelas bersemuka wajib ajar. pd masa yg sama kelas on9 bertindih dgn kelas f5 2020. nak rehat jap pun x cukup masa. harap2 cptlah SPM mula. x sanggup rasanya....

    ReplyDelete
  3. Good sharing sis. Memang business pun lemau sangat dah nih

    ReplyDelete
  4. Semoga bersemangat mereka yang bekerja.

    ReplyDelete
  5. Semoga terus bersemangat menjalankan tanggungjawab dan amanah :)

    ReplyDelete
  6. thank you sharing this sis ! sngt berguna

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators