Review : Filem Miss Peregrine's Home For Peculiar Children ( 2016)

Thursday, January 21, 2021

Assalamualaikum wbt..
Dah lama rasanya saya tak buat review filem kan.. So, kali nie saya nak review sebuah filem yang agak lama iaitu ditayangkan pada tahun 2016 yang diarahkan oleh Tim Burton diadaptasi daripada sebuah novel.. So, apakah filem tersebut..? Jom...

Review : Filem Miss Peregrine's Home For Peculiar Children ( 2016)


Miss Peregrine's Home For Peculiar Children
Mengisahkan seorang budak lelaki yang bernama Jake Portman (Asa Butterfield) yang dijaga oleh datuknya Abe Portman (Terence Stamp) dari sejak dia masih kecil lagi.. Sejak Jake masih kecil, datuknya selalu menceritakan tentang kisah dirinya yang tinggal di rumah anak yatim di mana rumah itu diduduki oleh kanak-kanak istimewa, manakala pengetuanya Miss Alma Peregrine (Eva Green) yang merupakan pengetua di rumah anak yatim itu adalah sebenarnya seekor burung yang diberi gelaran Ymbrynes.. 

Satu hari, semasa Jake nak melawat datuknya, Jake telah menghubungi datuknya untuk bagitahu yang dia nak datang ke rumah, tapi datuknya melarang keras.. Ini membuatkan Jake bergegas ke rumah datuknya.. Sampai saja di rumah, Jake mendapati rumah datuknya telah berselerak dan dia mengesyaki ada penceroroboh yang masuk ke dalam rumah.. Jake mencari kelibat datuknya dan dia melihat sebuah lampu suluh berada di satu sudut berhampiran dengan hutan.. 

Dia pun bergegas masuk ke dalam hutan dan dia mendapati datuknya telah terbaring kaku.. Dia membalikkan tubuh datuknya dan Jake berasa terkejut melihat keadaan datuknya..

MATA DATUKNYA TELAH HILANG!!!!

Jake pun menghubungi paramedik untuk minta bantuan, secara tiba-tiba datuknya memegang tangan Jake dan meminta Jake untuk pergi ke Pulau Cairnholm di United Kingdom untuk mencari pengetua rumah anak yatim tue serta mencari gelung masa untuk dia pergi pada tarikh 3 September 1943... Setelah Abe memberi pesanan pada cucunya dia pun mati...

Pada mulanya Jake menyangka yang dia mengalami masalah mental tapi pakar psikitari menasihatkan untuk dia ke sana bagi menghilangkan rasa sangsi dalam hati Jake.. Kemudian Jake pergi ke pulau itu bersama dengan bapanya dan semasa perjalanan ke pulau itu, Jake terserempak dengan burung Ymbrynes.. Itu yang membuatkan Jake mula percaya yang cerita datuknya adalah benar dan bukan dongeng semata.. 

Apabila mereka sampai di pulau itu, bapa Jake ingin melihat sekitar kepulauan itu, tapi Jake ingin berjalan sendirian.. Bapanya telah mengupah dua remaja tempatan untuk mengiringi Jake.. Semasa dalam perjalanan Jake meminta dua remaja tadi untuk menunjukkan tempat rumah anak yatim tue, dan apabila dia sampai di sana, dia melihat rumah tue dah rosak teruk.. Jake berasa hampa tapi pada keesokkan harinya dia pergi sekali lagi ke rumah anak yatim tue dan semasa dia berjalan di dalam kawasan rumah, secara tiba-tiba dia mendapati ada seorang perempuan yang bernama Emma (Ella Purnell) memanggil nama Abe iaitu nama datuknya.. Jake terperanjat dan mula lari keluar tapi malangnya dia tersadung dan pengsan.. 

Apabila Jake mula sedar, dia mendapati yang anak-anak yatim yang pernah diceritakan oleh datuknya benar-benar wujud dan mereka membawa Jake masuk ke dalam gua.. Tapi di separuh jalan, Jake mula berasa takut dan dia berlari keluar daripada gua.. Apabila dia balik ke hotel tempat dia menginap, dia mendapati yang tempat tue terlalu asing baginya.. 

Rupa-rupanya Jake telah masuk ke gelung masa semasa dia masuk ke dalam gua dan masa itu bertarikh 3 September 1943.. Jake berjumpa dengan Miss Peregrine untuk bertanya hal yang sebenar yang dimaksudkan oleh datuknya dan siapakah yang membunuh datuknya.. 

Tapi Miss Peregrine tak mahu bercerita dengan Jake dan mula alihkan kepada cerita yang lain.. Miss Peregrine memperkenalkan dengan kanak-kanak istimewa ini kepada Jake, yang sebenarnya merupakan rakan-rakan datuknya.. 

Tapi dari sehari ke sehari, Jake mendapati ada sesuatu yang tak kena pada situasi ini.. Miss Peregrine sebenarnya merupakan seorang penjaga kepada kanak-kanak istimewa ini dan dia cuba melindungi kanak-kanak tersebut daripada seseorang...

Siapakah seseorang yang dimaksudkan..? Adakah ianya berkaitan dengan kematian datuknya..? Kenapa seseorang itu memburu kesemua kanak-kanak istimewa ini..? Apakah kaitan mereka dengan datuk Jake...?



Filem nie sebenarnya saya mula-mula tengok trailer kat facebook.. Filem nie kalau dilihat pada keseluruhan, ianya hampir sama dengan filem X-Men iaitu orang yang mempunyai kuasa mutan dan pengetuanya pun hampir sama, bezanya Miss Peregrine tak pakai kerusi roda.. Kuasa ajaib yang ada pada Miss Peregrine nie adalah dia berupaya untuk membalikkan masa 24 jam yang lalu, selain daripada jelmaan burung.. Dalam banyak-banyak watak kanaka-kanak istimewa ini adalah watak Emma, di mana kuasanya adalah dia berupaya untuk mengawal udara sehingga dia mampu memberi udara kepada Jake semasa menyelam ke dasar lautan.. Lagi satu, badan Emma nie terlalu ringan, seringan belon sehingga dia terpaksa pakai kasut yang diperbuat daripada plumbum untuk membolehkan dia berjalan seperti biasa.. 

First tengok filem nie memang best hingga saya tengok berkali-kali sebab suka dengan jalan cerita yang dipaparkan.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



9 comments

  1. Eh macam pernah tgk lah cerita ni..ermmm bila ye rasanya mcm lama dah..shikin

    ReplyDelete
  2. Wah macam menarik ni, boleh dicari. sekarang sibuk tengok K-Drama lagi

    ReplyDelete
  3. best ni saya dah tengok dahh ^^

    ReplyDelete
  4. suka klu tgk cita yg tunjuk woman power ehehehe

    ReplyDelete
  5. Hehe best ni!!! Dah tengok 2 kali!

    ReplyDelete
  6. baca pun terasa best sdh 😍😍😍

    ReplyDelete
  7. Macam pernah tengok cerita ni. Tapi lupa jalan cerita dia..kat rumah tu semua ada magic kan

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧