Rekod bola sepak yang tak mungkin dapat dipecahkan

Sunday, January 24, 2021

Assalamualaikum wbt...
Rasanya nie kali pertama kot saya bercerita tentang sukan, ehhh... ke ada..? Hahaha dah lupa dah.. Maklumlah usia makin meningkat, daya ingatan pun mula kurang.. hehehehe.. 

Okey, rasanya peminat bola sepak mesti tahu mengenai sesebuah rekod bola sepak sememangnya dicatat untuk dipecahkan.. Masih ingat pada pemain bola sepak terkenal Pele yang menjaringkan gol sebanyak 643 jaringan tapi kemudiannya dipintas oleh pemain yang tak asing lagi dalam dunia bola sepak, tak lain tak bukan Cristiano Ronaldo yang mencatatkan 760 jaringan... 

Tapi mengikut sebuah portal GiveMeSport yang menyenaraikan rekod bola sepak yang dikatakan begitu 'mengujakan' dan mungkin tak dapat dipecahkan.. 

Jom..


Kad merah terbanyak dalam satu perlawanan (36 kad merah)
Insiden ini berlaku di Argentina yang membabitkan aksi dalam saingan divisyen kelima yang melibatkan pasukan Claypole dan Victoriano  Arenas pada tahun 2011. Dikatakan pergaduhan besar-besaran tercetus yang menyaksikan pengurus, jurulatih dan penyokong turut 'bergasak' yang menyaksikan seorang pengadil bernama Damian Rubino dengan tanpa belas kasihan dan melayangkan kad merah kepada semua yang terbabit... Hehehe memang cari gaduh lah tue bila pengadil bagi kad merah banyak-banyak... 



Jaringan terbanyak pemain dalam satu kempen piala dunia (13 gol)
Seorang pemain Perancis, Just Fontaine menjaringkan 13 gol hanya dalam enam persembahan pada Piala Dunia edisi 1958 termasuklah 4 gol ketika menentang Jerman Barat. Sebelum ini, Gerd Muller pernah menjaringkan 10 gol namun kecuali adanya perubahan dramatik dalam format kejohanan terulung itu pada masa akan datang, sukar untuk melihat ada pemain yang menjaringkan 13 gol... Wah, memang satu rekod yang agak sukar untuk dipecahkan... 


Pemain termuda beraksi dalam perlawanan profesional (12 tahun)
Kita sentiasa berasa teruja apabila menyaksikan ada pemain muda tampil secara profesional buat kali pertama namun tiada yang dapat memecahkan rekod daripada seorang pemain yang bernama Mauricio Baldivieso. Dia beraksi dalam perlawanan profesional ketika berumur 12 tahun pada bulan Julai 2009, mewakili Aurora namun sebenarnya takde apa yang mengejutkan kerana bapanya adalah merupakan seorang pengurus kelab pasukan terbabit.. Patutlah...


Kehadiran tertinggi dalam satu perlawanan (199,854 orang penyokong)
Kehadiran penyokong sebenarnya memberi lebih semangat kepada semua pemain bola sepak, orang kata tanpa penyokong, siapalah anda... Inilah yang berlaku pada perlawanan aksi bola sepak Piala Dunia pada tahun 1950 yang menyaksikan perlawanan antara Brazil dan Uruguay di Maracana. Dikatakan seramai 199,854 orang penyokong telah datang ke stadium itu untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.. Wah, memang meriah tue.. 


Kad merah terbanyak sepanjang karier (46 kad merah)
Cerita pasal kad merah lagi.. Siapa yang tak mengenali figura Sergio Ramos yang dikatakan banyak menerima kad merah.. Sebenarnya bukanlah Sergio Ramos yang memegang rekod itu, ianya adalah sebenarnya Gerardo Bedoya yang telah dibuang padang sebanyak 46 kali.. Bedoya dikatakan telah beraksi 49 kali bersama Colombia dan pernah mewakili pasukan seperti Boca Juniors dan Atlentico Nacional. Hurmm... 


Kemenangan terbesar dalam perlawanan (149-0)
Pada tahun 2002, pasukan daripada Madagascar, SO L'Emyrne dikatakan tak berpuas hati dengan keputusan pengadil pada aksi terdahulu mereka dan mereka telah memboikot pada aksi seterusnya untuk menentang AS Adema. Difahamkan pasukan AS Adema telah masuk ke padang dan mula menjaringkan gol sendiri yang menyaksikan keputusan berakhir dengan 149-0.. Hihihi itulah, ikut kata hati, binasa badan.. Tak pasal-pasal SO L'Emyrne kalah dengan penentangnya.. 


Hat-Trick terpantas (70 saat)
Mungkin ini adalah satu-satunya rekod yang hampir pasti tak dapat dipecahkan dan ia dilakukan oleh penyerang daripada pasukan Rawson Spring, Alex Torr. Pelajar sains sukan yang berumur 20 tahun ini meledak hat-trick dalam tempoh 70 saat pada aksi Liga Ahad Sheffield ketika menentang Winn Gardens. Hat-trick nie membawa maksud dia menjaringkan 3 gol berturut-turut.. Wah, memang laju la si Torr nie, sebab dalam masa 70 saat jea dia dapat menjaringkan 3 gol sekaligus...


Jaringan terbanyak oleh penjaga gol (131 gol)
Penjaga gol lagenda dalam arena bola sepak, Rogerio Ceni melakar rekod yang menakjubkan apabila dia menjaringkan 131 gol sebagai penjaga gol Sao Paulo. Dia mengambil sepakan percuma dan sepakan penalti sekali gus membolehkan dia menghimpun jaringan yang lebih banyak berbanding pemain lain.. Memang lagenda nie..


Gol terbanyak dalam satu kalendar tahun (91 gol)
Peminat bola sepak sebenarnya tak pernah terfikir pun rekod 85 gol yang dicatat oleh Gerd Muller pada tahun 1972 akan dipecahkan tapi ianya telah berlaku.. Buktinya adalah pada tahun 2012, pemain Barcelona, Lionel Messi telah menjaringkan 91 gol.. Untuk rekod 79 gol bersama kelabnya manakala 12 gol lagi adalah untuk pasukan Argentina.. Tak sangka kan.. 

So inilah rekod yang tak dapat dipecahkan.. Adakah pemain Malaysia dapat mengatasi rekod ini...? Sapa tau kan... 




#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



8 comments

  1. Malaysia Boleh!
    Fakta yang saya rasa menarik ialah pemain termuda itu.

    ReplyDelete
  2. Bukan calang calang dapat pecahkan rekod hebat ni.

    ReplyDelete
  3. Paling power rekod 149 berbalas 0 tu... Terror betul ya.. Seminit satu gol ke. Menarik sharing ni kak. Hihi, Eza pun baru tahu.

    ReplyDelete
  4. yang 36 kad merah tu lucu pun ada hahah

    ReplyDelete
  5. Yang kad merah tu..serius arr?? hahahaaa^^

    ReplyDelete
  6. macam mana dia boleh buat hat trick dalam 70 saat tu. padu betul.. menarik info ni semua :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧