10 cara untuk kawal perasaan marah

6:00 AM


Assalamualaikum wbt..
Perasaan marah nie adalah satu perasaan yang normal bagi semua manusia.. Marah takala anak tak mendengar kata, marah takala orang potong Q di jalan raya dan marah takala kaunter perkhidmatan lambat memberi respons... 

Apabila kita terlalu marah, ianya boleh memberi kesan pada kesihatan kita, pada perhubungan kita dan pada persekitaran kita.. Jadi, dengan 10 cara nie mungkin kita boleh kawal perasaan marah dalam diri kita.. 

Berfikir sebelum bercakap
Dalam keadaan hati yang sedang panas, amat mudah untuk kita mengucapkan kata-kata yang mungkin akan membuatkan kita rasa menyesal di kemudian hari. Jadi, apa yang kita perlu buat adalah tarik nafas sedalam-dalamnya dan ambillah masa untuk berfikir apa yang perlu kita ucapkan. Pada yang sama jugak, kita kena benarkan seseorang yang terlibat dalam sesuatu situasi yang sedang berlaku antara kita dan dia untuk melakukan perkara yang sama. 

◉ Cuba buat senaman
Aktiviti fizikal sebenarnya boleh membantu kita untuk mengurangkan tekanan yang menyebabkan kita berasa marah. Jika perasaan marah itu dirasakan semakin menaik, kita perlu keluar daripada rumah atau kawasan dan buatlah aktiviti senaman seperti berjalan ataupun berlari ataupun lakukan sesuatu aktiviti fizikal yang kita suka buat.

◉ Ambil masa rehat
Beri masa pada diri sendiri untuk berehat pada hari yang cenderung untuk kita berasa tertekan. Hanya beberapa minit waktu rehat tadi boleh membantu kita untuk rasa lebih bersedia untuk menghadapi apa sahaja perkara tanpa menjadi marah.

◉ Kenal pasti penyelesaian
Di sebalik kita fokus pada perkara yang membuatkan kita menjadi marah, cubalah untuk selesaikan perkara itu. Kita kena sentiasa ingatkan diri kita bahawa rasa marah saja takkan selesaikan masalah. Malah rasa marah boleh menjadikan sesuatu keadaan menjadi semakin teruk.

◉ Kekal dengan pernyataan 'saya'
Bagi mengelak kritikan atau meletakkan kesalahan yang boleh meningkatkan ketegangan, gunakan pernyataan 'saya' bagi menerangkan masalah. Perlu ada sifat hormat dan spesifik. Contoh situasi yang boleh digunakan pernyataan saya, " Saya rasa sedih apabila awak tak menawar diri untuk buang sampah yang penuh di dalam tong sampah." Ucapan itu adalah lebih baik daripada kita marah, " Nak tunggu sampah tue berulat ke baru awak nak buang?"

◉ Jangan simpan dendam 
Sikap memaafkan adalah satu sikap yang paling berkuasa. Jika kita membenarkan perasaan negatif menguasai perasaan positif, maka kita akan rasa diri kita ditelan dengan rasa yang tidak adil. Tapi jika kita boleh memaafkan mereka yang telah membuat kita marah pada mereka, berkemungkinan yang kita dan mereka boleh mengambil pengajaran di sebalik situasi tersebut dan mungkin akan mengeratkan lagi perhubungan awak berdua.

◉ Gunakan jenaka untuk melepas tekanan
Meringankan suasana boleh membantu menenangkan tekanan. Gunakan jenaka untuk membantu kita menghadapi sebarang situasi yang buat kita marah. Tapi perlu elak daripada jenaka yang berbentuk sindiran kerana ianya boleh menyakitkan hati dan keadaan boleh menjadi lebih buruk.

◉ Amalkan kemahiran berehat
Apabila rasa marah mula timbul, latihlah kemahiran berehat dalam diri kita dengan membuat latihan senaman pernafasan. Bayangkan yang kita berada dalam situasi yang mendamaikan atau ulanglah ucapan yang boleh memberikan kita ketenangan. Kita juga boleh melakukan beberapa perkara yang boleh membuat kita berasa tenang.

◉ Tahu apabila diri perlukan bantuan 
Belajar mengawal kemarahan adalah cabaran untuk sesiapa saja. Dapatkan bantuan untuk rasa marah jika kemarahan itu berada dalam luar kawalan dan menyebabkan kita melakukan perkara yang akan melukakan hati orang di sekeliling kita.

Jadi, dengan 10 cara ini, Insha Allah kita boleh mengawal perasaan marah kita.. Macam saya pun, ada beberapa cara untuk mengawal perasaan marah, antaranya :-

♥ Ambil wuduk dan solat sunat dua rakaat
♥ Tulis perasaan marah tue dalam jurnal tapi make sure takde orang yang baca jurnal tue.
♥ Dengar lagu kegemaran
♥ Makan makanan kegemaran (selalunya saya makan baby tomato)
♥ Mewarna

So, awak pulak camne..?  


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

10 lovely notes

  1. Saya cuma manusia biasa yg perlu meluahkan kemarahannya bila perlu. Thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. Eza pun jenis orang yang akan luahkan marah, tapi dekat suami. Haha. Suami akan suruh jerit dalam kereta. Eza ni hati tisu jugak sebab mudah nak nangis. So memang suami pendengar setia Eza. Lepas tu baru reda kemarahan itu. Semoga dirahmati Allah selalu suami.

    ReplyDelete
  3. Memang akan fikir dahulu apabila hendak marah.

    ReplyDelete
  4. kdg ada masa terlepas juga rasa marah tu huhu

    ReplyDelete
  5. Pernah terbaca. Marah manusia selama 4 min, selebihnya adalah ego heheh kita manusia biasa. InsyaAllah boleh kawalnya dengan sebaik yang kita mampu utk kbaikan diri

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing kak.. biasalah bila dah marah kan terlepas juga

    ReplyDelete
  7. Lately ni mmang selalu marah anak2 ja. Tq sharing sis

    ReplyDelete
  8. Bukan senang juga nak kawal kemarahan ni. Macam Cik Tk, pergi dengar lagu. Atau diam saja. Semasa marah kalau boleh elakkan buat keputusan.

    ReplyDelete
  9. kalau marah lebih mudah diam dan menyendiri. risau takut mengguris hati orang lain. Terima kasih untuk tips ni kak.

    ReplyDelete
  10. setuju..shida kalau marah mmg akan diam, dan akan jd badmood sikit..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators