Showing posts with label Jom Menulis. Show all posts
Showing posts with label Jom Menulis. Show all posts
Hari 14 - Ciri watak 'anime' yang hampir sama dengan anda | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal
Saturday, January 16, 2021
Assalamualaikum wbt..
Yesssss... Hari ini adalah hari terakhir untuk cabaran saya...
Haa.. Tepuk... Tepuk... hihihi
Okey, ciri watak 'anime' yang hampir sama dengan saya adalah watak.....
Tsukino Usagi atau lebih dikenali sebagai Sailormoon.. Kenapa dengan watak ini..? Kalau awak pernah tonton siri Sailormoon, awak mesti akan geram dengan perangai Usagi.. And you know something, I am just like her...
Clumsy, like to eat, easy to cry, and too much sympathy with someone who need my help.. Memang perangai saya sama dengan perangai Usagi... Kadang-kadang bila saya tengok siri nie, terasa tengok bayang-bayang sendiri.. hihihihi.. perasan aihhh..
Tapi kebanyakan perangai Usagi ada sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan saya, yang berbezanya adalah saya bukannya puteri bulan... hahahahaha....
Okay, demikianlah Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal.. So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Assalamualaikum wbt..
Hari 13.. Wah, dah tak lama lagi saya akan menghabiskan challenge nie yea.. Alhamdulillah... Nak tahu apakah 'target goal' saya untuk tahun nie..?
Salah satunya adalah renovation rumah.. Sebenarnya itu adalah 'goal' saya untuk tahun lepas, tapi memandangkan kita mengalami pandemik COVID-19 jadi ianya terpaksa ditunda ke tahun ini.. Harap² tahun nie, planning saya untuk renovate rumah berjalan dengan lancar, mudah-mudahan..
Target goal saya yang kedua Insha Allah bakal dilaksanakan adalah saya nak buat lebih banyak bullet journal yang cute... hihihi geram weyhhh bila tengok dalam Youtube...
Idea bullet journal saya diinspirasi oleh video ini.. Cantik kan.. Geram jea tengok...
So, inilah target goal saya untuk tahun nie, sebabnya kebanyakan yang saya target sebelum ini Alhamdulillah dah tercapai..
So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Hari 12 - Gambar pada muka depan telefon bimbit | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal
Thursday, January 14, 2021
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. Okay, hari nie kita just tengok gambar screenshot ajelah sebab tajuk untuk challege hari niepun adalah gambar kan..
Here we go..
Amacam..? Cantik tak..? hihihi.. So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, keep on track again.. Fighto.. Fighto.. Okay, cerita untuk hari nie adalah gaya fesyen..
Hurmmm...
Sebenarnya saya nie tak berapa nak berfesyen sangat, mana yang saya selesa pakai, itulah pakaian saya.. Tapi mostly kalau saya keluar bersiar-siar atau beli barangan dapur, saya lebih selesa memakai seluar samada slack ataupun jeans serta baju shirt muslimah... Tudung pulak seriously saya tak pandai nak pakai shawl ataupun bawal, saya cuma pakai tudung yang jenis sarung gitu jea, sebab senang.. Nama pun tudung sarung kan.. Pernah sekali saya pakai shawl tapi ianya macam tak sesuai dengan saya, leher saya seperti hilang dalam belitan shawl tue.. Dulu² saya pakai tudung bawal, tapi bila dah berusia nie, saya tak sesuai pakai tudung bawal lagi.. (hahaha sebenarnya malas nak lipat.. hahahaha) Untuk pergi ke opis pulak saya akan pakai baju kurung atau jubah jenis longgar.. Kalau ikut pekeliling kerajaan memang tak boleh pakai jubah, cuma baju kurung sahaja, tapi Alhamdulillah, pegawai kat opis memberi sedikit kelonggaran untuk pakai jubah, asalkan bukan jubah jenis ikut badan (body-cutting) ..
Fesyen untuk kasut pulak, saya selesa pakai sandal jea.. Kasut pulak saya akan pakai ke opis itupun sesekali rasa nak berkasut.. hihihi tapi kasut saya tue bukanlah jenis high heels tue.. Itu zaman muda, bila umur makin meningkat dengan asyik tersadung jea, saya memilih jenis wedges sebagai pilihan kasut...
Okay, that's the story for today.. Insha Allah we will see again in tomorrow.. So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, keep going.. So.. Hari nie berkenaan dengan rumah idaman.. Saya rasa semua orang mengimpikan rumah idaman masing-masing, kan.. Samalah dengan saya...
Tapi masalahnya saya dah memiliki rumah... hahahahaha... Camne tue..? Okeylah, saya akan cerita serba sedikit berkenaan dengan rumah idaman saya, biarpun saya dah memiliki rumah..
Rumah yang saya idamkan adalah takdelah sebesar alam, cukuplah sekadar selesa untuk saya dan ahli keluarga yang datang menziarahi kami.. Rumah saya nie mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air.. Tapi memandangkan tak lama lagi saya nak buat renovation rumah, so bilik air tetamu akan saya pecahkan kepada dua pintu, bermakna sebuah bilik mandi dan sebuah bilik tandas.. Kiranya takde lah istilah berebut bilik air.. hihihi.. Lepas tue, dalam plan renovate saya nanti, akan saya buatkan satu tempat khas untuk laundry dan workstation saya.. Kalau ikutkan saya nak buat satu lagi bilik tapi memandangkan bajet tak berapa nak cantik, so saya gabungkan workstation plus mini library... Insha Allah, nanti bila rumah baru dah siap, saya akan upload gambar, okay... Satu lagi ruangan impian saya tapi tak dapat dilaksanakan jugak, ianya adalah ruangan solat yang memang saya impikan sejak mula² saya beli rumah.. Insha Allah satu hari nanti ruangan solat tue akan saya usahakan jugak.. Camne... Hanya Allah saja yang tahu bila ianya akan dilaksanakan.. Rumah saya sekarang nie sebenarnya dah berusia 10 tahun, so biasalah lama kelamaan ianya akan rosak itu dan ini.. Jadi alang-alang nak baiki rumah yang rosak tue, saya nak buat sedikit renovation..
Okay, itu saja cerita untuk hari nie.. So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, masih lagi dapat ikut rentak.. Awak semua ada lagu kegemaran tak..? Genre apa yang awak minat..? Pop? Rock? Balada? R & B? Hip-Hop? Okay, nak tahu apakah lagu kegemaran saya..?
Kalau awak tanya saya, sebenarnya saya suka kesemua genre lagu, tapi yang sedap didengar di telinga saya lah.. hihihi.. Tapi ada tiga buah lagu yang saya akan dengar berulang kali, even kalau saya dengar dalam kereta, tiga buah lagu nie memang sentiasa diputarkan..
Lagu-lagu yang saya maksudkan adalah Breathless nyanyian Shayne Ward, Endless Love nyanyian Jackie Chan & Kim Hee Sun (OST filem The Myth) dan Permata Untuk Isteri nyanyian Kopratasa..
Mesti awak pelik kan, sebab sebelum nie saya pernah ceritakan yang saya peminat kumpulan Backstreet Boys jadi kenapa lagu mereka tak dijadikan sebagai lagu kegemaran saya..? Macam saya cakap tadi, semua lagu yang sedap didengar menjadi kesukaan saya tapi sebab ketiga-tiga lagu tadi dipilih kerana ada kena mengena dengan kisah perjalanan hidup saya..
Lebih-lebih lagi pada lagu Endless Love nyanyian Jackie Chan & Kim Hee Seon..
Haaa...?? Jackie Chan menyanyi.. Yes, memang betul dia yang nyanyikan lagu runut nie sendiri.. Lagu nie adalah merupakan gabungan bahasa Mandarin dengan bahasa Korea.. Ini adalah kerana watak utama hero ini adalah Jackie Chan sendiri dan watak utama heroin pula adalah pelakon Korea dan penyanyi runut Endless Love Kim Hee Seon..
So, inilah lagu kegemaran saya... So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Hari 8 - Perkara yang dilakukan apabila bangun dari tidur | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal
Sunday, January 10, 2021
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, akhirnya dapat ikut rentak semula.. Okay, ada yang masih ikut challenge nie lagi...? So, hari nie saya nak cerita perkara yang dilakukan apabila bangun dari tidur..
Okay, rutin nie sememangnya sehari-hari yang saya buat tak kira hari bekerja dan hari bercuti minggu.. Bagi hari bekerja, selalunya saya akan bangun pada pukul 5.30 pagi.. Perkara pertama yang saya lakukan adalah saya akan gosok gigi dulu dan jika belum masuk waktu untuk solat Subuh, saya akan mula mengemas litter box untuk kucing-kucing saya samada yang di dalam rumah mahupun di dalam sangkar yang terletak di luar rumah.. Kemudian, selesai bersihkan litter box, saya akan topup makanan dan minuman mereka dan seterusnya, barulah saya akan mandi dan solat Subuh. Selesai solat, saya akan menggosok baju kerja... Baju kerja nie saya ikut mood, jika ada kerajinan dalam diri, saya akan menggosok baju kerja untuk satu minggu, dan jika cik malas datang, setiap pagi saya akan gosok baju, hihihi.. Selesai gosok baju, barulah saya akan bersiap-siap untuk ke opis...
Itu untuk yang hari bekerja.. Untuk hari Sabtu dan Ahad pula, rutin yang sama jugak saya buat, cumanya berbeza waktu bangun tidur saja.. Biasalah, bila hari cuti, kita akan jadi malas nak bangun awal-awal, tapi JANGAN tinggal solat Subuh.. Selalunya bila hari cuti, saya akan bangun lambat sikit, iaitu pada jam 6.35 pagi dan akan buat rutin yang sama.. Rutin untuk bersihkan sangkar di luar tue, saya ambik masa yang lama sikit, sebab kadang-kadang saya tukarkan kain tempat tidur mereka, dan basuh bekas-bekas makanan mereka..
So, itulah perkara yang saya lakukan apabila bangun dari tidur... So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Assalamualaikum wbt..
Hihihi hari nie agak terlewat sikit untuk saya publish cerita nie, disebabkan ada masalah tertentu.. Apapun, challenge tetap akan diteruskan... Fighto.... Fighto... So nak tau apa pencapaian tertinggi saya pada 10 tahun lepas..? Jom..
Pencapaian yang tertinggi dalam kehidupan saya adalah sebenarnya impian dari kecil lagi.. Ianya adalah sebuah impian sejak saya berumur 14 tahun iaitu rumah dan kereta.. Alhamdulillah, impian saya tue akhirnya tercapai jugak.. Saya dapat membeli rumah pada tahun 2010 yang lepas dan kereta pula pada tahun 2013...
Alhamdulillah, semua berkat daripada Allah, doa ummie dan abah saya.. Jadi, tak salah kalau kita ada impian, kita perlu berusaha untuk capai impian tue.. Lambat atau cepat sesuatu impian, semuanya telah ditetapkan oleh Allah.. Yang paling penting, bersangka baik dan sentiasa berdoa, bertawakkal pada Allah dan JANGAN sesekali berputus asa..
Okay, itulah pencapaian tertinggi dalam kehidupan saya pada 10 tahun lepas.. So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Assalamualaikum wbt...
Yeayy.. Teruskan usaha Shikin... hihihi... Seronok pulak rasanya sebab ada idea nak tulis jurnal.. So, hari nie saya pilih tajuk "Mutiara Kata Kegemaran."
Rasanya awak semua perasan pada header saya, walaupun bertukar design tapi mutiara kata tue tetap ada pada setiap design...
"True Love With The Bless, True Bless With Allah SWT..."
Saya pernah ceritakan sebelum ini kenapa saya sangat suka gunakan mutiara kata ini...
So, inilah mutiara kata kegemaran saya.. So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Hari 5 - Perkara lain dilakukan semasa menulis jurnal | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal
Thursday, January 07, 2021
Assalamualaikum wbt...
Yeayyy.. Fighto..Fighto.. Alhamdulillah, masih dapat ikut rentak untuk cabaran ini.. Doakan saya untuk habiskan cabaran ini.. So, untuk tajuk hari nie, saya pilih tajuk 'Perkara lain yang dilakukan semasa menulis jurnal'... Apa yang saya buat...?
Pertamanya, masa tengah taip jurnal nie, saya akan mendengar samada alunan MP3 Al-Quran (30 juzuk) ataupun saya akan buka 2 channel Youtube dan saya pilih muzik sebagai peneman takala saya menaip jurnal ini.. Channel-channel ini sebenarnya saya baru saja subscribe sebab satu channel tue video dia walaupun hanya muzik sahaja yang dimainkan tapi footage dia sangat klasik dan satu lagi muzik dia sangat sedap didengar..
Channel The Sherry Formula nie adalah channel yang berbentuk 'Study With Me', jadi ianya memang sesuai pada sesiapa yang tengah study, sambil study sambil mendengar muzik kerana muzik dia jenis sentimental....
Channel ChilledCow pula memainkan muzik yang berbentuk beats for study and relax, tapi selalunya saya dengar muzik nie secara live.. Jadi bila menaip jurnal sambil mendengar muzik nie, membuatkan saya terasa macam bersemangat sikit..
Itu cerita yang pertama..
Cerita yang kedua pulak, perkara lain yang saya lakukan adalah saya tulis jurnal di dalam bentuk bullet journal.. Sebenarnya hobi nie baru saja saya buat, iaitu dalam lingkungan sebulan yang lepas, gara-gara saya terlihat satu video Youtube yang memaparkan cara nak buat bullet journal.. Sebelum nie, saya memang dah ada sticker yang super duper cute, tapi masa tue tak terfikir pun nak buat bullet journal, bila dah tengok video dalam Youtube tue, saya pun dapat idea nak buat bullet journal.. Antara aksesori yang saya ada sekarang adalah pelbagai sticker (yang saya beli kat Shopee dan Lazada), pelbagai jenis gel pen pelbagai warna, washi tape, chop stamp dan pelbagai corak chop.. Bullet journal pulak saya buat 2 jenis, iaitu 1 buah jurnal berkenaan dengan ayat-ayat inspirasi dan motivasi untuk saya sendiri, just untuk beri keyakinan pada diri dan 1 buah lagi adalah jurnal peribadi, macam diari biasa dulu kala, tapi just tambah sticker yang cute tue lah..
![]() |
| Accessories for bullet journal |
![]() |
| Personal bullet journal |
![]() |
| Bullet journal of inspirational / motivation words |
So, inilah hasilnya.. hihihi
Okey, inilah perkara yang saya lakukan semasa menulis jurnal, kat laptop nie pun jalan, kat buku pun jalan secara serentak.. So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Assalamualaikum wbt,
Hihihi hari 4... Ada yang masih menunggu ke...? So, tajuk untuk hari 4 ini adalah 'Buku kegemaran'.. Nak tau saya suka baca buku apa...?
Kalau nak diikutkan saya tak baca buku secara spesifik sangat, maksudnya saya tak tumpu pada satu genre saja.. Mana yang menarik minat untuk saya baca, itulah yang saya akan baca, even buku kanak-kanak sekalipun.. Malah buku jenis genre motivasi pun saya akan baca...
Tapi tue la, sekarang nie mood untuk baca buku, agak kurang sikit disebabkan takde mood (hahaha).. Bila tengok kat rak buku, terasa nak baca buku, tapi bila belek jea, mata mula nak tertutup.. Hahaha teruk betul kan...
Sebenarnya ada sebuah novel yang saya suka baca berkali-kali.. Tajuk novel tue adalah 'Jangan Ganggu Lenaku' yang dikarang oleh Haiza Najwa, sebab ceritanya agak menarik bagi saya lah... Bayangkan, seorang wanita tak dapat nak bezakan mana yang realiti dan mana yang fantasi, walaupun kita berkongsi dunia dengan makhluk halus..
Awak boleh baca
Genre yang lain yang saya suka baca adalah genre seram, cinta/Islamik, biografi, fantasi kanak-kanak dan motivasi..
Okay, see you tomorrow.. So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Assalamualaikum wbt..
Okay, fighto...fighto.. Hari ke-3 dalam Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal.. Ada yang tunggu..? So, tajuk untuk hari ke-3 ini adalah Your Celebrity Crush...Siapakah agaknya...? Jom...
Ada sesiapa kenal tak wajah nie..? Kalau awak yang lahir pada tahun 90'an memang akan kenal dengan kumpulan boyband ini, Backstreet Boys.. Inilah Nicholas Gene Carter atau lebih dikenali sebagai Nick Carter...
Kumpulan Backstreet Boys sememangnya kumpulan boyband yang terkenal pada masa tue dan masa sekarang... Kumpulan nie masih lagi bergiat aktif dalam dunia seni dan masih lagi terkenal di seluruh dunia.. Nick Carter adalah merupakan celebrity crush saya dulu, kini dan selamanya... hihihi...
Sekarang pun saya masih lagi mengikuti perkembangan kumpulan ini dan Nick sendiri dalam laman Facebook serta Instagram.. Tapi Nick selalu post perkembangan dirinya dan keluarga dalam Facebook, dengan keletah dua orang anak yang comel..
Sebab apa crush...?
Biasa orang kata pada penampilan fizikal iaitu hensem, yea.. Memang dia hensem, tak dinafikan tapi sebenarnya saya suka dengar suara Nick yang keanak-anakan gitu, sampailah sekarang suara dia masih kedengaran keanak-anakan.. Baru-baru nie dia telah muncul dalam rancangan The Masked Singer dan memakai kostum buaya yang berwarna pink..
Okay, itu saja untuk hari ini.. Insha Allah, jumpa lagi esok... So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...
Subscribe to:
Posts (Atom)










Social Icons