Senarai makanan yang disarankan untuk menaikkan paras hemogoblin (HB) bagi wanita hamil

Thursday, October 11, 2018


Assalamualaikum wbt,
Anemia adalah satu keadaan di mana ada kekurangan sel darah merah di dalam darah. Apabila ini berlaku, ianya boleh mengakibatkan si ibu kelihatan pucat dan mudah rasa penat. Atas sebab inilah wanita yang hamil perlu sentiasa menjaga paras hemogoblin (HB) agar tidak rendah. Jika HB awak rendah, awak boleh amalkan makanan ini kerana ianya boleh menaikkan paras HB dalam tubuh kita.. Jom kita selidik..


Tembikai - Buah ini kaya dengan vitamin A. Selain daripada terkenal sebagai berkesan dalam memperbaiki kesihatan mata, ia juga berkesan membantu meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat menolong zat besi dalam hemogoblin untuk mengikat oksigen. 


Jambu batu - Mempunyai vitamin C yang membantu dalam fungsi penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Jambu batu ini dikatakan memiliki kandungan vitamin C dua kali lebih banyak daripada yang terkandung di dalam buah oren.


Buah-buahan kering - Ia amat sesuai untuk jadikan kudapan kerana ia juga dapat membantu menambah darah. Ambillah kismis, kurma, prun, aprikot dan buah tin. Kesemua jenis buah-buahan kering bukan saja sedap tapi turut memiliki kandungan zat besi yang baik untuk meningkatkan hemogoblin dalam darah.


Ikan - Mengandungi asid lemak omega-3, sebagai contoh ikan salmon. Ia turut mengandungi vitamin B12 yang bagus untuk fungsi pembentukan sel-sel darah. Lebih daripada itu, apa-apa jenis ikan pun baik untuk wanita hamil kerana ia adalah makanan yang rendah kolesterol.


Daging merah - Daging lembu, kambing dan kerbau kaya dengan protein dan mengandungi banyak zat besi serta mineral lain termasuklah vitamin A, vitamin D, vitamin K, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6 dan vitamin B12, asid amino, omega-3 dan selenium yang diperlukan oleh golongan wanita hamil. Kesemua zat besi dan mineral ini mampu meningkatkan paras HB.


Sayur-sayuran berdaun hijau - Mengandungi zat besi yang tinggi adalah terdiri daripada sayur yang berdaun hijau, contohnya bayam, brokoli, kangkung dan sawi. Selain itu, sayuran ini mengandungi kandungan asid folik semula jadi yang baik untuk kesihatan ibu hamil dan perkembangan bayi dalam kandungan.


Kentang - Mengandungi zat besi dan vitamin C yang boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh.


Kuning telur - Mengandungi protein, kalsium, vitamin, mineral dan zat besi. Sebaik-baiknya dapatkan telur yang telah diperkaya dengan omega-3.

Okey, dah tau kan makanan yang boleh meningkatkan paras HB? Semoga ianya bermanfaat pada ibu hamil dan bakal ibu hamil jugak... 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



9 comments

  1. Jambu batu tu memang betul membantu.. sha amalkan makan jambu batu, minum jus jambu batu tu masa ada masalah ini dulu.. Alhamdulillah.. sesuai dan berjaya..

    ReplyDelete
  2. Tips yang bagus. Boleh rabia share kepada kawan rabia yg sudah married.

    ReplyDelete
  3. bagus tips ni..nieyl simpan utk rujukan bila hamil nanti..InsyaÁllah

    ReplyDelete
  4. Fiza pun alami masalah HB rendah mse preggy dulu. Pemakanan perlu betul untuk elakkan masalah di kemudian hari

    ReplyDelete
  5. nasib smua leh masuk tekak..senang bila pegnen..
    ehh (kwen pun lom..haha)

    ReplyDelete
  6. terkenang dulu.
    ketiga-tiga pregnancy aida, hB sgt la teruk.
    tak pernah lebih dari 10.
    lowest is 7, shikin.
    sehingga kan doktor tanya, "awak ni ok ke? tak rasa nak pengsan?".
    kuasa Allah kan. aida sihat. gi keje mcm biasa. masak mcm biasa. alhamdulillah.
    tapi still usaha utk naikkan hB dgn makan hati ayam and segala food yg baik utk hB.
    tapi tu la. makan semua tu. makan ubat. tak juga nak hB.
    hi hi hi...

    ReplyDelete
  7. saya pun HB rendah juga time preggy ...
    haha, mcm2 saya cuba to mmg tak naik2 la HB saya tu....
    tp tak perlu risau sangat as long as kita pilih makanan yang sihat dan jaga pemakanan dgn elok.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧