Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Sha Mohamed

Tuesday, October 02, 2018

www.shikinrazali.com
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kita dah masuk minggu pertama bulan Oktober 2018 dan saya masih lagi gagah untuk menyiapkan task mingguan saya walaupun mempunyai masa yang terhad untuk buat.. So kali nie siapakah yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal.. 

www.shikinrazali.com

Blog Kasihkuamani... Nama yang dikenali oleh rakan blogger dengan panggilan Sha Mohamed atau nama sebenarnya Shahida Binti Mohamed yang berumur 30-an, berasal daripada Kuala Lumpur tapi kini telah menetap di Behrang, Perak.. Bekerja sama seperti saya iaitu Pembantu Pustakawan di politeknik dan mempunyai 2 orang cahayamata yang comel-comel.. Nama blog kak Sha nie diberi sempena dengan nama anak kak Sha, iaitu Amani yang bermaksud betapa kuatnya kasih sayang seorang ibu pada anak-anaknya.. 

Saya mula kenal dengan kak Sha dalam salah satu penyertaan GA dan segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain dan kami pernah bertentang mata dalam satu mesyuarat tahunan pembantu pustakawan pada tahun lepas..Walaupun hanya sekejap saja berjumpa dan tak sempat bersembang lama kerana waktu tue terlalu banyak aktiviti yang kami perlu hadiri, tapi saya dapat rasa keserasian antara kami dan kalau awak nak tau, kak Sha nie mempunyai banyak persamaan dengan sama.. Kami sama-sama minat pada buku, punyai cita-cita yang sama iaitu mempunyai mini library kat rumah dan bukak bookcafe..  Dalam blog kak Sha pun memang banyak ditulis mengenai review buku dan novel yang dia penah baca.. So pada sesiapa yang tengah pening nak baca buku terutama genre seram, mistik dan sewaktu dengannya, awak boleh rujuk pada blog kak Sha.. Kak Sha jugak selalu support GA dan segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger dengan join sekali GA dan segmen.. Kak Sha jugak selalu buat review filem dan drama dalam dan luar negara, selain itu kak Sha berkongsi cerita mengenai diri dan keluarga kak Sha, bercerita pelbagai tips, resipi dan sebagainya.. Kak Sha jugak selalu menjadi salah sorang top commentator dalam jurnal saya dan hingga kini nama kak Sha kekal menjadi top 5 dalam jurnal saya.. 

Antara entri yang dimuatkan dalam blog kak Sha adalah Koleksi Novel di PNM e-Reader, Pulangkan Kembar Puaka Oleh Kayy Man, Petua Simpan Cili, Sambal Goreng Baik Punya dan pelbagai lagi entri yang menarik untuk dibaca.. Bak kata pepatah, rugi tak baca.. 


www.shikinrazali.comKepada Kak Sha, terima kasih saya ucapkan kerana akak selalu bagi supportive dalam jurnal saya dan nama akak selalu saja muncul dalam top commentator.. Terima kasih jugak saya ucapkan pada akak kerana menjadi rakan blogger saya yang awesome, walaupun nama saya dalam blog akak asyik tenggelam timbul.. Insha Allah ada masa kita akan bertemu lagi walaupun pertemuan di masa lalu, tak mengizinkan kita untuk berborak lama.. Saya seronok berjumpa dengan akak walaupun sekejap dan memandangkan kita berada dalam cabang kerjaya yang sama.. Semoga akak terus sukses dalam kerjaya, kehidupan akak dan semoga Allah merahmati dan memberkati akak sekeluarga, Insha Allah..

www.shikinrazali.com


Jom kita singgah dan jengah ke blog Kasihku Amani dan salam perkenalan semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu #sahabatbloggerpilihanstarlavenderluna

11 comments

  1. menarik lah task yang akk buat ni.. mcm teringin nak buat.. hehe tpi tu lah, masa tu limit betul hehe.. anyway all the best akk utk task review ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Terharu akak.. TQ so much Shikin.. Semoga ukhwah kita berkekalan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. dah lama follow.. rajin baca novel ni hehe

    ReplyDelete
  4. hai sha....
    ni biasa gi blog ni.
    listed kat bloglist aida :)
    sebab selalu spend masa komen kat entry aida.

    ReplyDelete
  5. Suka terjah blog Sha pasal dia buat review buku, drama n movie ..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧