Sunday, October 28, 2018

Dapat set percubaan daripada Home Tester Club

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya set percubaan nie saya dah dapat pada 19hb Oktober baru-baru nie, baru sekarang dapat buat review.. hihihihi.. Inilah kali pertama saya mendapat tester daripada Home Tester Club dan rasa seronok sangat.. Set percubaan nie dihantar melalui rider mengikut alamat yang kita tetapkan dan inilah setnya...

www.shikinrazali.com
GINVERA WORLD SPA SHOWER SCRUB
Saya memang suka pada scrub dan bila first time pakai shower nie, rasa macam berada dalam spa mewah pulak.. Sebabnya, bauan yang menenangkan dengan haruman lavender yang sesuai dengan saya yang memang minat pada bunga lavender, lebih-lebih lagi bila dipakai pada waktu malam.. Hubby saya pun memang puji bauan lavender nie dan dia pun pakai jugak, rasa macam tenang aje bila pakai dan tidur pun rasa macam lena aje.. 

Selepas guna scrub nie, kulit kami berasa lembap, lembut dan licin. Scrub nie dikatakan dapat membantu mencegah bau badan walaupun selepas berpeluh, memberi rasa  sensasi yang unik untuk ketenangan dan kesejahteraan, melalui formula lembut yang berkesan untuk mengupas sel kulit mati untuk mendedahkan sel-sel kulit baru, menjadikan kulit berasa lembut, berseri dan licin.

Shower scrub ini mengandungi Asid Galian Bio (BMA) iaitu mengandungi mineral yang banyak, mengesan unsur mineral untuk menyuburkan kulit dan mencegah kekeringan kulit semasa perjalanan peredaran darah dan oksigen di dalam kulit. Jadi memang tak rugi bila pakai shower scrub nie...

Nak dapat set percubaan seperti saya..? Jom klik SINI, mana tau kot-kot ada rezeki untuk awak.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #htcmyxGINVERA, #myGINVERA, #hometesterclubmy 



15 comments:

  1. macam mana nk jadi Home Tester Club?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh tak baca habis pulak...nk pergi terjah ni

      Delete
  2. bestnya dapat sabun lavender ni. Bau dia memang boleh buat kita rasa tenang kan. Nak try jugak lah mana tahu ada rezeki jugak :P

    ReplyDelete
  3. Home tester?
    Ada terbaca gak words ni d blog lain, shikin...
    Mau klik...

    ReplyDelete
  4. dah try tapi macam krik krik je.. mungkin tak ada rezeki kot.. ●︿●

    ReplyDelete
  5. Wangi ni shower ni.. Pernah pakai jugak.. Suka bau dia bila keluar toilet.. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Pernah sekali dapat tester dari Home Tester Club,kalau tak silap produk Loreal. Takpe boleh cuba lagi kot kot ada rezeki lagi😁

    ReplyDelete
  7. Tak pernah dftr lagi HomeTester ni. Nti nk sign up lah. Thanks share kak

    ReplyDelete
  8. uish bestnya.. macam nak terjah gak nii! :D

    ReplyDelete
  9. Yeah!! Dah register.. tq share shikin..

    ReplyDelete
  10. dah lama tak buat freebies, nanti nak try produk ni pula kot ada rezeki..hihi

    ReplyDelete
  11. Tahniah . Selalu jgk isi contest tue.tapi belum ada rezeki nak dapat

    ReplyDelete
  12. Seronok bila dpt tester full size, lepas tu buat review untuk info .. Mmg awesome.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers