Genap 16 tahun berkhidmat dalam sektor awam

12:47 PM


Assalamualaikum wbt...
1hb Oktober... Hari nie adalah hari ulangtahun yang ke-16 saya berkhidmat dalam sektor awam untuk bidang kepustakawanan, satu bidang yang sama sekali berlainan daripada cita-cita di masa kecil, yang pada zaman persekolahan, buku di library tak pernah dipinjam untuk dibaca.. Tapi hakikat kehidupan sekarang, library la tempat saya mencari rezeki dan mendapat pelbagai ilmu yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.. 

Minat membaca memang sudah dipupuk sejak kecil lagi jadi takde lah banyak masalah untuk terus kekal dalam bidang ini.. Banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui sepanjang perkhidmatan saya nie, tapi itulah yang mematangkan kita dalam menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang..

Saya mula menjadi pembantu perpustakaan (panggilan dulu sebelum ditukar nama, pembantu pustakawan) S7 (gred terdahulu sebelum ditukar kepada S17) semasa saya berumur 20 tahun, dan masa itulah saya mula merantau di negeri orang, iaitu di KL... Kemudian oleh kerana saya masih lagi menanggung adik beradik dalam persekolahan, saya mintak ditukarkan di Kuala Terengganu selama 2 tahun 6 bulan dan kini saya bertugas di Putrajaya.. Alhamdulillah, dengan berkat doa ummie, abah dan adik beradik, saya masih lagi bertahan dengan bidang ini walaupun semasa isi borang SPA8 bidang library berada di kelompok terakhir.. Pilihan utama saya pada masa tue adalah untuk menjadi pembantu muzium tapi takde rezeki saya dengan muzium, hihihi... 

Walau apapun bidang yang kita ceburi, selalulah ucap syukur kerana kita diberi peluang untuk mencari rezeki yang halal dan dapat menolong ahli keluarga kita.. Jadi, bila dah dapat kerja walaupun bergaji kecik, ucapkanlah syukur pada Allah kerana bukan semua orang dapat peluang seperti kita.. Insha Allah jika kita ikhlas bekerja kerana Allah, Allah akan memberi ganjaran kepada kita, jika bukan di dunia ini, di akhirat pasti kita akan dapat ganjarannya.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

You Might Also Like

14 lovely notes

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators