Bobo dalam kenangan

Wednesday, October 17, 2018

Assalamualaikum wbt..
Saya masih dalam mood sedih sebenarnya, tak bermaya rasanya nak bekerja hingga ke hari nie.. Sebab masih lagi dalam mood demam dengan selesema, nasib baik tak batuk jea.. Dan satu lagi.. Bobo dah mati.. hukk..hukk..hukk...

www.shikinrazali.com
Pada 12hb yang lepas, Bobo tinggalkan kami semua.. Tak tahu sebab apa tapi saya syak dia diracun orang.. Sebab sehari sebelum tue, dia elok-elok aje kat rumah.. Pada pagi 12hb tue iaitu hari Jumaat lepas, jiran sebelah menemukan Bobo dalam keadaan lemah.. Bila saya mengangkatnya badannya dah mulai sejuk tapi masih dalam nyawa-nyawa ikan.. Masa tue saya nak ke klinik untuk dapatkan rawatan kerana mengalami demam.. Dengan berat hati saya dengan hubby pergi ke klinik dan tinggalkan dia bersama-sama dengan Black.. Bila kami balik, tengok-tengok dia dah tak bernyawa.. huhuhuhuhu...

www.shikinrazali.com
Sebenarnya masa kami letakkan Bobo di dalam kotak tapi dia keluar daripada kotak yang kami sediakan.. Sedih sungguh rasa di hati nie.. Bukanlah ingin menuduh sesiapa tapi ini kali ketiga saya menerima nasib yang sama, bau badan kucing saya seperti bangkai, barangkali organ dalaman rosak teruk.. Kalau disebabkan penyakit, mesti dah lama dia sakit.. Tapi sehari sebelum dijumpai sebegini, Bobo memang sihat, cumanya selesema saja.. Dan Bobo adalah kucing kedua yang mati di dalam rumah, barangkali ingin menatap wajah tuannya kali terakhir.. Orang kata, kalau kucing nak mati, pasti dia akan pergi jauh daripada rumah tuannya tapi bukan pada Bobo.. Masih teringat lagi pandangan sayunya pada saya bila saya memanggil namanya dan mengusap badannya yang mulai sejuk ketika itu.. Tapi ada hikmahnya bila kami berdua pergi ke klinik, kerana saya pasti akan meraung kesedihan jika saya melihat saat dia kehabisan nafasnya yang terakhir.. 

Bobo, damailah kamu di sana.. Ummie dengan Abi rindukan Bobo.. Dan inilah gambar Bobo bersama dengan adiknya yang dah lama mati dulu, Lighter..

Starlavenderluna Journal Of Life
Kini berakhirlah baka Hitam, kucing saya yang amat disayangi dan dibawa daripada Terengganu...

www.shikinrazali.com



#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



7 comments

  1. Sabar ye sis.. dpt rasai kesedihan sis. kucing saya dulu pn pernah kene. Sedih sgt tengok sbb tgk muntah darah.. :(
    semoga sesiapa yg menginiayai haiwan ini diberi hidayah

    ReplyDelete
  2. sedihnya kalau diracun orang. Ada jugak kucing belaan kena racun macamni. Balik rumah dah lembik lepastu esoknya mati :(

    ReplyDelete
  3. Alahai...
    Aida x mesra kucing.
    Tapi tidak sesekali membenci nyer.
    Sape la tergamak meracun?
    Aduhai...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧