Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Mellya Musa

12:26 AM

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua task ini di bulan Oktober dan saya masih lagi bertahan.. Sebelum tue, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kesemua arwah wira-wira negara yang telah terkorban ketika mencari mangsa lemas baru-baru ini di Puchong, dan tak lupa jugak pada arwah remaja yang lemas tue jugak..

Okey, kali nie siapa yang bertuah untuk direview pada minggu ini..? Jom kita kenal-kenal.. 

www.shikinrazali.com


Blog Mellya Crayola... Mellya Musa atau nama sebenar adalah Fhatin Amelia Binti Musa, berumur 25 tahun, anak kedua daripada 4 orang adik beradik dan berasal daripada negeri anak mami, Pulau Pinang.. Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan pelancongan dan sekarang nie Mellya bekerja di dalam sektor perhotelan, selain daripada menjadi seorang penulis bebas...

Mellya adalah salah sorang kenalan blogger yang saya kenali melalui segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain.. Selain itu, saya dan jugak Mellya sendiri saling support antara satu sama lain dengan join segmen atau giveaway yang kami berdua anjurkan.. Kalau awak nak tahu, Mellya jugak salah sorang blogger yang pandai membuat edit blog dan hasil tangannya memang cantik-cantik belaka selain daripada harganya yang berpatutan.. Kalau awak tengok sendiri hasil yang dibuat oleh Mellya, mesti awak pun akan berkenan dengan hasilnya.. Selain daripada dia buat pengeditan blog, Mellya jugak ada bercerita mengenai pelbagai jenis review samada barangan, tempat-tempat menarik, makanan dan sebagainya, pelbagai tips yang menarik jugak dikongsikan oleh Mellya.. 



www.shikinrazali.comKepada Mellya, terima kasih akak ucapkan kepada awak kerana selalu menyokong akak dalam dunia blogging dan terima kasih jugak kerana selalu singgah ke jurnal akak.. Akak memang selalu jenguk ke blog awak tapi hanya mampu jadi silent reader saja.. So maafkan kekhilafan diri ini, tapi akak selalu sokong awak daripada belakang.. Teruskan perjuangan awak di dunia blog dan sebarkanlah ilmu yang berguna kepada semua... Semoga kita akan bertemu satu hari nanti dan semoga awak sekeluarga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.. 


www.shikinrazali.com

Jom kita singgah dan jengah ke blog Mellya Crayola, dan salam perkenalan pada semua..  



#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu #sahabatbloggerstarlavenderluna

You Might Also Like

6 lovely notes

  1. Rabia pun suka terjah blog kak melly ni. semua design blog dia buat cantik. Blog dia pun cantik.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah thanks akak, terharu betul Mellya :) Moga kita semua sama2 terus bersemangat dalam dunia blogging!

    ReplyDelete
  3. Sesekali baca juga blog mellya terutamanya hal2 kecantikan, hehe.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators