Wira Penyelamat meninggal dunia | Salam takziah

Friday, March 16, 2018


Assalamualaikum wbt..
Di pagi Jumaat yang mulia nie, JBPM menerima satu berita sedih, iaitu sorang anggota bomba yang dikenali sebagai 'Wira Penyelamat' PB Abu Zarin Hussin, telah menghembus nafasnya yang terakhir pada 12.40 pagi tadi, setelah empat hari bertarung nyawa, akibat kena patuk ular tedung yang baru ditangkap. 

Arwah dikatakan menerima panggilan kecemasan kes ular tedung, selepas tue arwah dikatakan dipatuk oleh ular tedung yang baru ditangkap dan dikejarkan ke Hospital Temerloh untuk menerima rawatan. Arwah dikatakan tidak sedar diri semasa kejadian tersebut.  Kemudian arwah dikatakan telah sedar daripada koma dan kalau diikutkan arwah perlu menjalani pembedahan untuk tangan kanan yang dipatuk tue, tapi sudah suratan takdir.. Arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.40 pagi tadi..

Abu Zarin Hussin, seorang anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Temerloh merupakan seorang pakar dalam penangkapan reptilia berbisa nie, dan ilmu yang ada pada dirinya diturunkan kepada anggota bomba yang lain yang termasuk dalam tugasan anggota bomba..

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah bagi umat Islam dan yang bukan Islam diminta untuk bertafakur seketika..

Al-Fatihah..

‎بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم
‎ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين


Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, dan jasa arwah takkan dilupakan sampai bila-bila, the unsung hero.. 
‎Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون




4 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧