Hari 5 - Perkara lain dilakukan semasa menulis jurnal | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal

Thursday, January 07, 2021

Hari 5 - Perkara lain dilakukan semasa menulis jurnal | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal


Assalamualaikum wbt...
Yeayyy.. Fighto..Fighto.. Alhamdulillah, masih dapat ikut rentak untuk cabaran ini.. Doakan saya untuk habiskan cabaran ini.. So, untuk tajuk hari nie, saya pilih tajuk 'Perkara lain yang dilakukan semasa menulis jurnal'... Apa yang saya buat...?

Pertamanya, masa tengah taip jurnal nie, saya akan mendengar samada alunan MP3 Al-Quran (30 juzuk) ataupun saya akan buka 2 channel Youtube dan saya pilih muzik sebagai peneman takala saya menaip jurnal ini.. Channel-channel ini sebenarnya saya baru saja subscribe sebab satu channel tue video dia walaupun hanya muzik sahaja yang dimainkan tapi footage dia sangat klasik dan satu lagi muzik dia sangat sedap didengar..

Channel The Sherry Formula

Channel The Sherry Formula nie adalah channel yang berbentuk 'Study With Me', jadi ianya memang sesuai pada sesiapa yang tengah study, sambil study sambil mendengar muzik kerana muzik dia jenis sentimental.... 

Channel ChilledCow

Channel ChilledCow pula memainkan muzik yang berbentuk beats for study and relax, tapi selalunya saya dengar muzik nie secara live.. Jadi bila menaip jurnal sambil mendengar muzik nie, membuatkan saya  terasa macam bersemangat sikit.. 

Itu cerita yang pertama..

Cerita yang kedua pulak, perkara lain yang saya lakukan adalah saya tulis jurnal di dalam bentuk bullet journal.. Sebenarnya hobi nie baru saja saya buat, iaitu dalam lingkungan sebulan yang lepas, gara-gara saya terlihat satu video Youtube yang memaparkan cara nak buat bullet journal.. Sebelum nie, saya memang dah ada sticker yang super duper cute, tapi masa tue tak terfikir pun nak buat bullet journal, bila dah tengok video dalam Youtube tue, saya pun dapat idea nak buat bullet journal.. Antara aksesori yang saya ada sekarang adalah pelbagai sticker (yang saya beli kat Shopee dan Lazada), pelbagai jenis gel pen pelbagai warna, washi tape, chop stamp dan pelbagai corak chop.. Bullet journal pulak saya buat 2 jenis, iaitu 1 buah jurnal berkenaan dengan ayat-ayat inspirasi dan motivasi untuk saya sendiri, just untuk beri keyakinan pada diri dan 1 buah lagi adalah jurnal peribadi, macam diari biasa dulu kala, tapi just tambah sticker yang cute tue lah..

Accessories for bullet journal (www.shikinrazali.com)
Accessories for bullet journal 

Personal bullet journal (www.shikinrazali.com)
Personal bullet journal 

Bullet journal of inspirational / motivation words  (www.shikinrazali.com)
Bullet journal of inspirational / motivation words 


So, inilah hasilnya.. hihihi

Okey, inilah perkara yang saya lakukan semasa menulis jurnal, kat laptop nie pun jalan, kat buku pun jalan secara serentak.. So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



17 comments

  1. Cantik bullet jurnal.
    Saya tulis sahaja jurnal, hias pun pakai pen biasa.

    ReplyDelete
  2. bagusnya shikin..buleh buat 2 kerja dlm satu2 masa. mcm abe kie pun sambil taip entri tu dgr lagu kat radio on9.

    ReplyDelete
  3. cantiks...dulu sebelum kawin memang tulis diari, x pernah miss..tapi x la cantik mcm ni. pas dah kawin...stop sbb husband suka curi2 baca than gelakkan..sabar je la. bila dpt anak 2, kawan ajar berblog ...so blog ni dah jadi mcm my diary... most of things..akan share dlm blog...kecuali yg personal la..suka dgr muzik, most of time dgn muzik...kecuali tgk movie la.

    ReplyDelete
  4. Terbaek :)

    Jom join GA sahabat kita ni :)

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  5. waaa... cantiknyaa jurnal kak,, sy byak buku nota tp x pernah tulis jurnal mcm nie.. huhu tak kreatif dan lawa huhu

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam. Wah cantik sangat. Terpesona mata memandang 😍

    ReplyDelete
  7. Personal bullet journal tu, idea baru jugak. Baru tahu mengenainya lepas baca entry ni. Menarik, cheerful dan colourful.. Kena beli sticker comel-comel lah kan? Hihi.

    ReplyDelete
  8. cantiknya journal akak. lagi semangat tiap kali nak baca kalau dah cantik gitu :)

    ReplyDelete
  9. Hebat kak boleh fokus dua dua kerja. Menarik bullet journal tu. Comel comel sticker

    ReplyDelete
  10. oo ada channel youtube lagu2 mcm tu ye. mmg tenang aje kalau tgk kalau mcm tu. rajin shikn buat bullet hurnal tu

    ReplyDelete
  11. Teringin betul nak buat journal bertulis macam tu. Tapi, selalu gagal untuk istiqomah. T^T

    ReplyDelete
  12. aida plak bila sedang update blog / blogwalking, tak brape sgt dgr radio.
    kekadang on juga radio, tapi x dgr pon :) ha ha ha ha...
    concentration ke bacaan or idea update blog.

    ReplyDelete
  13. Wah.. kita samaaa.. masa buat kerja pun selalu buka youtube chilledcow tu. Sebab rentak dia buat relax je buat kerja

    ReplyDelete
  14. Adoi.. comelnya bullet jurnal shikin tu.. Suka betul sticker comel tu..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧