Wednesday, December 27, 2017

Review : Set Cherry Blossom



Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya dah lama saya nak beli set nie, dah bulan ke bulan asyik tertangguh jea, dan akhirnya dapat jugak beli set nie sebab terpikat dengan kombinasinya.. Set mandian Cherry Blossom yang sesuai jugak untuk dijadikan hadiah pada kesayangan ataupun sebagai hantaran.. 

Set nie mempunyai 3 jenis mandian, iaitu bath moisten (kiri), bath salt (tengah) dan skin moisten (kanan).. 

First time saya pakai bath moisten nie adalah ianya tak melekit seperti sabun mandian biasa tapi ianya boleh melembapkan dan melembutkan kulit. Ditambah pulak dengan bath salt yang mempunyai ciri-ciri scrub lembut untuk melembutkan lagi kulit kita.. Bath salt nie diperbuat daripada garam bukit yang terkenal dengan khasiatnya tersendiri dan ditambah pulak dengan haruman bunga seperti cherry blossom. Macam kat spa pulak rasanya..

Lepas mandi, saya sapukan kulit dengan menggunakan losyen skin moisten dan hasilnya.. Fuhhh.. memang tenang aje dan rasa macam release suma tension.. Tekstur losyen nie amat lembut dan ianya meresap pada kulit dan tak melekit langsung.. Saya nie memang tak suka sangat pada losyen yang melekit sebab saya kuat berpeluh tapi bila saya pakai losyen skin moisten nie, memang kenalah dengan kehendak saya.. 

Malah, wangian set nie memang kekal harumannya hingga 6 jam tau.. Memang tak rugi untuk beli set nie dan harganya pun agak berpatutan dengan bajet kita.. 


7 comments:

  1. cantik packaging dia..murah lagi tu harga dia..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi tapi kalau tengok dari segi packaging, memang rasa nak beli hehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. baru nak tanya beli kat mana hahaha .. Thanks CCL

      Delete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers