Masalah kesihatan teknologi...

5:10 PM

Image result for healthy

Assalamualaikum wbt..
Zaman sekarang adalah zaman IT berkomputer dan penggunaan teknologi nie terus meningkat dari tahun ke tahun.. Baik dari yang muda mahupun tua, semuanya boleh dikatakan dah celik IT. Secara sudut positif, penggunaan teknologi ini memudahkan kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain, sama ada jarak dekat mahupun jarak jauh.. Teknologi jugak membantu mempercepatkan tugasan seharian seperti untuk membuat kad pengenalan ataupun memohon visa untuk keluar negara.. Malah teknologi jugak dijadikan sebagai salah satu medium hiburan untuk mengisi masa lapang seperti melayari internet.. 

TETAPI...

Di sebalik teknologi yang begitu canggih di zaman sekarang, wujudnya elemen negatif dalam kehidupan kita seperti wujudnya elemen keganasan yang tak terkawal dan anak-anak muda mudah terpengaruh dengan elemen ini. Elemen kesihatan pun tak terkecuali disenaraikan sebagai elemen permasalahan yang perlu kita ambik perhatian kerana tanpa kesihatan yang sihat, kita pasti tak boleh nak menjadi seorang yang cergas.. 

Antara elemen kesihatan yang menjadi permasalahan dalam penggunaan teknologi adalah : -


Related image

Ketegangan mata
Permasalahan - Ianya dipanggil Sindrom Visi Komputer. Ianya terjadi apabila tahap fokus yang tinggi pada skrin selama beberapa jam sehingga menyebabkan mata tak berkedip. Ini akan membuatkan mata kita menjadi kering dan memberi kepada masalah iritasi pada mata dan seterusnya kepala kita menjadi pening.
Cara atasi - Kita disarankan untuk meluangkan masa dengan berehat daripada melihat skrin komputer dengan lebih kerap bagi menjaga kesihatan mata.


Image result for carpal tunnel

Carpal Tunnel
Permasalahan - Ianya telah menjadi satu isu yang agak besar bagi yang menggunakan komputer di mana saraf dalam pergelangan tangan menjadi rosak akibat pengamalan postur tangan yang salah. Carpal Tunnel Syndrome (CTS) ini sebenarnya mampu mengakibatkan sendi pergelangan tangan terputus dan akhirnya tangan tak dapat berfungsi sama sekali jika tak dirawat.
Cara atasi - Susun semula aktiviti dan ruang kerja kita dengan menggunakan garis panduan ergonomi tempat kerja yang menumpukan kepada bagaimana sebuah stesen kerja disusun termasuk dengan penempatan meja kita. Panduan ini dapat membantu kita untuk mencegah sindrom Carpal Tunnel.


Image result for neck pain

Masalah pada leher dan bahagian belakang 
Permasalahan - Perkara yang penting untuk kita ambik perhatian adalah mengetahui cara duduk yang betul sewaktu menggunakan komputer. Kebanyakan pengguna duduk secara membongkok terutama apabila guna laptop dengan terlalu lama. Perbuatan ini menyebabkan kepada masalah tekanan di bahagian tulang belakang dan otot-otot leher jika kedudukan posisi sebegini berlanjutan dalam tempoh yang lama.
Cara atasi - Duduk di atas kerusi yang dapat memberi sokongan sebaiknya pada leher dan tulang belakang. Awak perlu pastikan meja cukup besar untuk membenarkan lengan diletakkan semasa menggunakan papan kekunci.


Image result for can't sleep

Kesukaran untuk tidur
Permasalahan - Pendedahan yang terlalu lama pada cahaya dari skrin komputer dikatakan boleh menghalang pembebasan melatonin, iaitu sel kimia dalam badan kita yang membantu kita untuk tidur. Jika kita merenung terlalu lama pada skrin bercahaya cerah sebelum tidur akan mengakibatkan kita menjadi sukar untuk tidur.
Cara atasi - Kita dinasihatkan untuk mengelak daripada menggunakan komputer atau sebarang alatan elektronik beberapa jam sebelum tidur. Ini adalah kerana untuk menjaga kualiti tidur yang baik.

Jadi, sentiasa bijak, sentiasa selamat.

Sumber daripada CyberSecurity Malaysia

You Might Also Like

5 lovely notes

  1. ada dah mengalami huhuhu.. tq sharing SR

    ReplyDelete
  2. yes i did experience some of it.

    ReplyDelete
  3. yes.terlalu kerap main gadget ni bahaya utk kesihatan jugak

    ReplyDelete
  4. Teknologi juga boleh mndtgkan keburukan kalau berlebih2 kan

    ReplyDelete
  5. mata tegang tu yang ju alami bila lama sangat tatap komputer huhu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators