Wednesday, December 27, 2017

6 jenis pisau yang perlu ada kat dapur

Related image

Assalamualaikum wbt..
Barang nie memang wajib kita guna untuk masakan kita. Walaupun fungsinya lebih kurang sama iaitu untuk memotong, tapi setiap daripada jenis pisau dapur mempunyai fungsi tertentu yang tersendiri. Dengan cara yang betul ianya bukan saja dapat memudahkan kita untuk kerja-kerja di dapur malah dapat menghasilkan sajian yang menarik. 

Senarai nie adalah jenis pisau dapur yang perlu ada kat dapur kita.. Jom..


Related image

Serrated knife (pisau roti) - Bilah pisaunya yang bergerigi mampu membelah roti atau kek terutama yang bertekstur lembut dengan rapi dan tak hancur. Ianya juga boleh digunakan untuk memotong sayur-sayuran yang berkulit licin dan padat seperti tomato atau terung.

Image result for chef's knife

Chef's knife - Bentuknya yang lebar dan besar adalah untuk memudahkan memotong, menghiris dan juga untuk mencincang bahan makanan yang keras. Pisau ini juga mantap untuk menghancurkan bawang putih dan bahan-bahan kering seperti buah pala.

Related image

Paring knife - Ukurannya yang kecil seperti miniature chef's knife namun fungsinya berbeza sangat iaitu untuk mengupas dan memotong buah-buahan dan sayur-sayuran. Ada yang berbentuk dengan sudut melengkung dan runcing untuk memudahkan memotong, mengupas, membuang biji dan membuat ukiran daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Image result for cleaver knife

Cleaver / Chinese chef's knife - Pisau berbilah besar dan nipis nie berfungsi untuk memotong, menghiris, mencincang sayur-sayuran dan daging. Ianya juga cukup kuat untuk memotong tulang ayam. Pisau jenis nie jugak amat sesuai digunakan untuk mememarkan bawang putih dan halia.

Image result for boning knife

Boning knife - Bentuk pisau dengan bilah panjang meruncing dan hujng yang tajam dapat memudahkan proses membuang tulang pada daging ayam dan ikan. Pisau ini jugak sangat sesuai digunakan untuk membuang bahagian lemak dan urat pada daging dan ayam.

Related image

Slicing knife - Pisau ini boleh digunakan untuk menghiris buah-buahan, sayur-sayuran dan juga daging dengan boleh memotong senipis yang mungkin. Ramai tukang masak ataupun chef menggunakan pisau ini untuk menghiris daging untuk disalai, ayam atau ayam belanda yang dipanggang agar hirisannya nampak lebih kemas dan sempurna..

Okey, sekarang awak dah tau kan yang mana satu pilihan awak..

3 comments:

  1. Thank you atas infonya. Berguna sangat ni =)

    ReplyDelete
  2. bweguna sangat entry macam ni...thanks for sharing..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers