Majlis persaraan orang lama

Tuesday, December 26, 2017

Assalamualaikum wbt..
Pada tepat 1 Januari 2018, kami warga admin akan kehilangan seorang staf yang amat berdedikasi dalam JBPM, iaitu Encik Alias Mohd Ghani.. Beliau akan bersara wajib mulai tarikh tersebut.. Walaupun air mukanya nampak serius tapi sebenarnya beliau memang pemurah dengan senyuman dan gelak ketawanya akan kami kenang untuk selama-lamanya.. Apa saja kerja yang diberi, beliau dapat lakukan dengan begitu baik sekali hinggakan walaupun khidmatnya telah tamat pada tahun depan, tetapi kami masih memerlukannya.. 


Jadi, untuk meraikan beliau, kami sepakat untuk membuat majlis kecil-kecilan demi mengenang jasa beliau dalam perkhidmatan dan ini adalah antara aktiviti-aktiviti kami..










Tiga unit bergabung dalam satu Cawangan, sebenarnya ada 4 unit iaitu Unit Fail tapi kesemua mereka tak dapat hadir ke majlis tue sebab urusan rasmi.. Ooo baju nie ditaja oleh hamba Allah yang baik, dia bagi kain aje, so kami hanya menempah baju kesukaan kami.. Sebenarnya saya nak buat baju kurung biasa tapi kain yang diberikan pada saya berukuran 4.5 meter, jadi macam rugi pulak kalu buat baju kurung.. So saya decided untuk buat dress jubah atau mexi dalam bahasa Tranu.. 



Sempatlah jugak YAS Datuk Sri Ketua Pengarah datang ke majlis untuk meraikan pada yang diraikan.. 












Kebetulan Syafiq Farhain ada bersama-sama so, memang hari tue, dia jadi instafemes jap, kena bergambar dengan kakak-kakak yang suka berwelfie.. 


Abam-abam bomba pun tak ketinggalan nak bergambar dengan orang yang diraikan.. Inilah wajah-wajah yang menjadi warga Unit Aset HQ.. Ada yang berkenan di hati tak..? hihi



Dan majlis nie bukan saja untuk meraikan persaraan Encik Alias, tapi kami jugak meraikan birthday staf.. Inilah wajah-wajah yang meraikan birthday untuk bulan Disember, yang menjadi satu-satunya jejaka dalam gambar ini adalah bos kami Encik Jamaluddin Othman, merangkap Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pentadbiran, orang Tranu jugak.. hihi





Makanan yang disediakan pada tetamu yang hadir.. Sebenarnya ada lagi makanan yang lain, tapi tak sempat nak snap sebab sibuk dan lapar.. hihi Hidangan yang lain seperti mee kari, bihun sup dan spageti jugak disediakan dan ada di antaranya kakak-kakak yang masak kat pantri.. So jimat sikit la.. 

Dan itulah penutup majlis untuk tahun nie.. 



5 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧