Cara untuk tingkatkan prestasi kerja

10:32 PM

Image result for prestasi kerja

Assalamualaikum wbt...
Bila kita dah berada di zon yang selesa, pasti bukan mudah untuk kita tingkatkan prestasi kerja kita.. Dah pergi banyak latihan dan diberikan pelbagai kemudahan untuk kita pun masih lagi tak berubah dan kalau kita dah berusaha untuk tingkatkan pun majikan kita tak nampak apa sumbangan kita pada sesebuah organisasi... Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk tingkatkan prestasi kerja kita dan menjadi seorang pekerja yang sentiasa berdedikasi terhadap sesebuah organisasi..? Inilah caranya :-

Jangan alpa dengan laman sosial -  Walau apapun tujuan kita untuk melayari laman sosial selain daripada tugasan rasmi, kita perlu sedar kealpaan ini akan membuatkan kerja-kerja hakiki kita terbantut. Disebabkan itu, ada sesetengah organisasi bertindak menyekat beberapa rangkaian laman sosial yang tak boleh dilayari semasa waktu bekerja. Tapi ada juga sesetengah organisasi memberi kelonggaran untuk pekerja melayari laman sosial contohnya, laman sosial hanya boleh diakses semasa waktu rehat saja. Jadi, jika kita sayangkan pekerjaan kita, kita harus bijak mengatur urusan.

Bekerja mengikut kepakaran - Bincanglah dengan ketua awak jika terasa terbeban dengan kerja yang banyak, sehingga berada dalam keadaan tertekan dan tak dapat memberikan komitmen sepenuhnya. Mungkin ketua awak boleh mengurangkan beban kerja berdasarkan kepakaran yang awak ada.

Senaman pagi  - Ini mungkin susah untuk dilakukan tapi tak salah mencubanya. Lakukan senaman pagi seperti menaiki tangga ke pejabat atau letak kenderaan kita jauh sikit daripada pintu masuk pejabat. Bukan saja ianya menjadikan kita sihat, malah ianya boleh menajamkan fikiran, stamina dan mental dan menjadikan kita seorang pekerja yang lincah.

Hadiri mini mesyuarat - Ramai pekerja berasa kurang senang untuk menghadiri mesyuarat terutama ketika berhadapan dengan bebanan kerja yang begitu banyak. Tapi sebenarnya ianya banyak membantu kerja kita sebenarnya seperti membantu menyelesaikan masalah kerja yang ada kalanya memerlukan pertolongan dan idea orang lain. 

Ganjaran kerja - Tak salah kalau kita memberikan ganjaran diri sendiri setelah penat bekerja ataupun bila dah berjaya lakukan kerja mengikut KPI dan deadline yang dikehendaki. Semua ganjaran ini akan membuatkan kita menjadi lebih bersemangat untuk menyelesaikan kerja dengan sebaik mungkin dan kita akan berasa tak terbeban untuk melaksanakan tugas seterusnya. 

Jadi, jom kita audit diri dan cuba berubah ke arah kebaikan demi masa depan kerjaya kita.

#teambloggerpantaitimur

You Might Also Like

3 lovely notes

  1. Point yang pertama tue penting . Kadang tue lalai dengan phone keja pun entah kemana . Yang pentig hari baru azam ke tempat kerja pun kena baru . Barulah prestasi pun meningkat . Motivasi diri kena ada

    ReplyDelete
  2. Beri KPI tu mmg bagus supaya staff buat dgn lebih baik tp kdg2 org ats yg menindas. Beri KPI baik ntk org yg slalu bodek bos je.. klu bos xsuka bg sikit je.. sape yg dpt top management yg bagus kena bsyukur n keje dgn sungguh2.

    ReplyDelete
  3. Bekerja lah kerana Allah Insya Allah motivasi Tu dtg sendiri

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators