Makeover library sekolah paling havoc | Cikgu yang sangat kreatif

Wednesday, July 29, 2020

Assalamualaikum wbt..
Memang havoc sangat-sangat... Sapa cakap cikgu hanya goyang kaki duduk di rumah sepanjang PKPP nie.? Seorang cikgu yang sentiasa aktif di sekolah, bila mana seluruh dunia menghadapi wabak COVID-19, semuanya berubah secara tak langsung... 

Bila pihak kerajaan memberi arahan untuk PKPP, semua orang perlu mengikut arahan perintah berkurung. Tapi dah nama pun cikgu kan, yang selalunya bergerak aktif dan progresif, tetiba kena berkurung.. Seminggu dua tue bolehlah duduk di rumah, tapi lama kelamaan dia menjadi bosan.. 

Lalu ada seorang cikgu mulakan projek yang gila-gila punya idea.. Ideanya adalah...

MAKEOVER SEMULA LIBRARY SEKOLAH..!!!

Secara kebetulan cikgu yang bernama Nordin Ismail ini sememangnya ditugaskan menjadi penyelia library sekolah, so senang dia nak buat makeover.. Tambahan menurut katanya lagi, dia pernah ditegur oleh pihak sekolah disebabkan library sekolah tak begitu menarik perhatian pelajar-pelajar sekolah.. Teguran itulah yang membuatkan Cikgu Nordin mula merangka perancangan untuk makeover library sekolahnya.. 

Make over paling havoc | Cikgu yang sangat kreatif


Konsep yang dipilih oleh cikgu berkenaan adalah berkonsepkan hipster dan minimalis, satu konsep yang bercirikan seperti hidup di bandar moden.. Jom kita tengok gambar sebelum dan selepas makeover (kesemua gambar ini saya ambil secara kredit daripada facebook Nordin Ismail)

👇Gambar sebelum makeover

Make over paling havoc | Cikgu yang sangat kreatif


👇Gambar semasa makeover


Make over paling havoc | Cikgu yang sangat kreatif


👇Gambar selepas makeover

Make over paling havoc | Cikgu yang sangat kreatif


Make over paling havoc | Cikgu yang sangat kreatif


Cantik dan havoc kan library sekolah cikgu nie..? So, harap-harap semua pelajar sekolah berkenaan suka dengan perubahan yang drastik yang dibuat oleh cikgu berkenaan.. Semoga pelajar sekolah berkenaan akan berasa gembira bila masuk ke library yang tak macam library sekolah sebelum nie.. 

Good job Cikgu Nordin Ismail... Semoga usaha cikgu dan team cikgu akan dikenang sampai bila-bila dan dihargai oleh semua orang, terutama sekali pelajar-pelajar cikgu.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



11 comments

  1. waa, bestnya deco library jadi simple macam ni tapi masih tampak ceria. ^^

    ReplyDelete
  2. Haha hikmah apabila lama tidak boleh mengajar maka tenaga diarahkan ke arah mencantikkan dan menceriakan perpustakaan sekolah.
    Ada juga manfaat tenaga dan cuti.

    ReplyDelete
  3. tahniah cg Nordin, guru2,murid2, staf sekolah, pekerja , GPK dan GB Sk Pak Ba

    ReplyDelete
  4. terus menarik selepas di makeover kan :)
    tahniah buat cikgu nordin :)

    ReplyDelete
  5. library mcm ni best... susunan dia menarik....

    ReplyDelete
  6. wah kreatifnya..so nice la...bagusnya diorang ni

    ReplyDelete
  7. Terima kasih semua sy ucapkan atas sokongan.. Terima kasih Cik Shikin Razali atas ulasan. Sy hargai. Sila beri tunjuk ajar (Cikgu Nordin Ismail)

    ReplyDelete
  8. Wah.. memang terbaiklah..
    Cantik dan rasa cam nak gi melawat.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. cantiknya library ni lepas makeover. rajin cikgu-cikgu ni semua :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧