Tradisi perkahwinan yang pelik dan aneh di dunia

4:01 PM



Assalamualaikum wbt...
Perkahwinan adalah satu ikatan penyatuan di antara dua insan bercinta, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Bila dua insan ini telah mencapai satu kata sepakat untuk membina kehidupan bersama, maka akan dirai dalam satu keramaian mengikut adat dan budaya masing-masing..

Namun, awak tau tak, masih ada budaya dan adat perkahwinan yang agak pelik dan aneh digunapakai hingga ke generasi sekarang.. Menurut masyakarat berkenaan, jika adat dan budaya ini ditinggalkan, maka perkahwinan seseorang itu bakal menerima musibah yang besar serta jodoh antara mempelai dikatakan akan musnah dalam sekelip mata..

Ini adalah contoh-contoh adat dan ritual perkahwinan yang masih digunapakai dalam masyarakat dunia.. 

Sumber gambar daripada Google Images

Bersedia untuk dikotorkan - Dekat Scotland, pasangan pengantin baru akan disirami dengan sebaldi cecair yang merupakan campuran daripada apa saja bahan yang ada dekat dapur, contohnya sos tomato, tepung gandum, daging cencang, isi ikan,dan apa-apa saja yang kotor. Ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin ini akan bergilir-gilir mengotorkan pengantin dengan cara siram air campuran itu. Setelah dikotorkan, kedua mempelai ini akan dibawa keluar dalam keadaan kotoran sebegitu. Masyarakat Scotland percaya mempelai yang dikotorkan terutama pengantin perempuan akan menjadi lebih kental dan mempunyai mental yang kuat dalam menangani dugaan dalam sepanjang usia perkahwinan mereka.. Awak sanggup nak kena siram dengan cecair sebegitu..?


Sumber gambar daripada Google Images

Berkahwin dengan pokok - Tradisi perkahwinan di India kebanyakkannya memang unik, termasuklah adat pengantin yang memilih untuk berkahwin dengan objek seperti pokok. Perkahwinan ini dikenali sebagai 'Manglik' yang merupakan perkahwinan antara manusia dengan pokok dan anjing sebelum mereka dibenarkan berkahwin dengan manusia.  Mengikut kepercayaan orang India, mereka yakin sekiranya pengantin itu tidak berkahwin dengan objek terlebih dulu, dibimbangi sama ada pengantin lelaki mahupun pengantin wanita akan meninggal dunia sebaik saja mereka berkahwin kelak...


Sumber gambar daripada Google Images

Juadah daripada mangkuk tandas - Dekat Perancis, ada satu adat yang menjadi kebiasaan untuk pasangan pengantin baru menikmati juadah istimewa ini.. Istimewanya adalah sisa makanan tetamu akan disatukan dalam satu bekas mangkuk khas yang serupa benar dengan mangkuk tandas. Pasangan pengantin ini wajib menghabiskan makanan tersebut tanpa meninggalkan satu sisa pun makanan dalam mangkuk ini. Sekiranya tak habis dimakan, maka pengantin itu perlu membayar cukai sebagai denda yang dengar ceritanya agak besar nilainya.. Awak sanggup tak nak makan camtu..?


Sumber gambar daripada Google Images

Memanah pengantin perempuan - Di China, salah satu ritual adat yang masih digunapakai di sana adalah dengan mengadakan sesi memanah yang dilakukan oleh pengantin lelaki ke atas pengantin perempuan. Walau bagaimanapun, anak panah yang digunakan tidak mempunyai bahagian mata yang tajam, jadi jangan risau bila nak kena panah tue.. Selalunya anak panah itu akan disasarkan oleh si suami ke arah isterinya sebanyak tiga kali, selesai memanah si suami tadi akan mengutip kembali anak panah yang digunakan dan kemudian akan mematahkannya menjadi dua bahagian. Mengikut kepercayaan orang di sana, simbolik dalam penggunaan anak panah itu menunjukkan ikatan cinta pasangan pengantin baru berkahwin ini akan berkekalan selamanya.. 


Sumber gambar daripada Google Images

Ibu pengantin membawa malang - Bagi masyarakat Benggali pula, lain adatnya.. Dikatakan ibu pengantin kedua-dua mempelai tak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri majlis perkahwinan anak mereka kerana masyarakat di sana mempercayai wujudnya semangat jahat yang datang daripada ibu pengantin dan boleh mengancam keharmonian rumahtangga anak mereka.. Pulak... 


Sumber gambar daripada Google Images

Bersedia untuk diludah - Di Kenya Afrika pula memang terkenal dengan masyarakat yang berpegang teguh pada adat nenek moyang mereka. Yang paling terkenal kat sini adalah, takde istilah bercinta sebelum kahwin, dan urusan perkahwinan memang sebulat-bulatnya diuruskan oleh orang  tua dan mereka akan mengadakan satu mesyuarat bagi memilih calon suami yang sesuai untuk dijodohkan dengan anak perempuan mereka. Hanya apabila calon suami dah ada dan didapati sesuai, maka barulah akan diadakan majlis perkahwinan. Pad hari perkahwinan itu, biasanya pengantin perempuan akan dibotakkan kepala mereka dan kemudian dilumurkan dengan lemak kambing yang telah dijadikan minyak. Bagi melengkapkan ritual ini, bapa si pengantin perempuan akan meludah ke bahagian kepala anaknya dan ke bahagian payudaranya sebagai simbolik restu, tuah dan nasib yang baik.. Macam-macam.. 

Sumber gambar daripada Google Images

Lamaran dengan gigi ikan paus - Di Fiji, tradisi yang masih digunapakai untuk perkahwinan adalah menggunakan rantaian gigi ikan paus untuk melamar pengantin perempuan. Gigi ikan paus ini dikenali sebagai 'tabua' dan ia akan dipersembahkan kepada bapa bakal pengantin perempuan sewaktu sesi lamaran oleh pengantin lelaki. Hampir semua keluarga di Fiji menyimpan tabua ini bagi kegunaan anak-anak lelaki mereka terutamanya apabila bila tiba masa mereka untuk melamar gadis pilihan mereka sendiri.


Sumber gambar daripada Google Images

Lebih berisi lebih baik - Selalu yang kita dengar bila nak berkahwin nie, semuanya berpakat untuk diet dan mengikat perut agar kelihatan lebih langsing dan jelita semasa hari majlis yang penuh bermakna ini, tapi lain pula cerita dan adat di Mauritius. Pengantin perempuan diarahkan untuk makan sebanyak mungkin bagi menaikkan berat badan sebab mengikut kepercayaan orang-orang di sana, bila pengantin perempuan nie lebih berisi adalah lebih baik dan ia juga melambangkan kesuburan, kekayaan dan kemewahan. Kalau awak nak tahu, lelaki Mauritius memang lebih cenderung memilih kekasih yang mempunyai tubuh badan besar daripada yang langsing kerana bagi mereka wanita berisi nie lebih menawan hati daripada yang jenis langsing.. hihihi.. Macam-macam...

So, inilah adat tradisi perkahwinan yang pelik dan aneh dalam dunia nie.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

11 lovely notes

  1. Hadoi.. pelik-pelik.. yang last tu comel pula.. 🤭

    ReplyDelete
  2. baru tahu tradisi negara lain..ada yg boleh pkai..tapi semuanya macam tak masuk akal..hehe

    ReplyDelete
  3. alamakkkk pelik2 la depa ni hahaha..

    ReplyDelete
  4. macam-macam tradisi kan..nasibla malaysia xde yg pelik2 tradisi nya

    ReplyDelete
  5. mmg pelik2 la tapi tapi tak boleh terima kena makan sisa tetamu dan mak pengantin x boleh hadir. nonsense

    ReplyDelete
  6. pelik tapi benar. memang kita rasa mustahil tapi itulah yang jadi hehe. tak sangka betul. haduh pening kepala

    ReplyDelete
  7. uish first time jumpa ritual gini..macam2 lahai..tapi menarik untuk diketahui..paling suka yang last sekali la...rupa paras tk penting..yang penting gemuk! kekeke

    ReplyDelete
  8. apo , kalau hari first dah kena mandi dengan benda kotor dah lama tibai balik hahaha

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators