10 terapi santai untuk bayi

Tuesday, July 21, 2020



Assalamualaikum wbt..
Sebagai ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahayamata, sudah semestinya kita amat teruja dan seronok untuk bermain dengan anak yang tersayang. Pelbagai aktiviti yang boleh kita buat untuk membuatkan anak kita sentiasa ceria bersama sepanjang hari.. 

Saya ingin berkongsi terapi yang begitu santai untuk anak kita.. Jom kita baca.. (*kredit info ini untuk Norhasliza Yusoff)

Berkomunikasi - walaupun bayi kita masih belum boleh bercakap lagi, ini tak bermakna kira tak boleh berkomunikasi dengannya. Bercakaplah dengan si manja walaupun dia masih kecil malah kita boleh selitkan dengan gelak ketawa kita. Jadikan suasana ketika tue dengan suasana yang ceria, pasti anak kita akan berasa selesa dan seronok melihat mulut kita tak henti bercakap sambil bergelak ketawa bersama-sama.

Gelikan bayi - Tahukah awak yang bayi sebenarnya amat suka apabila badannya disentuh atau dibelai..? Kita boleh gelikan badan si manja dengan menggeletek pada anggota badannya. Sentuhan daripada tangan si ibu dan si bapa akan membuatkan si manja gembira.

Ucapan 'sayang' - Ucapkanlah dengan ucapan 'sayang' pada bayi pada setiap hari. Ianya umpama seperti terapi minda buat si kecil. Lakukan setiap hari, dari si manja bangun dari tidur sehinggalah dia lelapkan mata. Dengan cara sebegini, si manja pasti tak sabar menanti waktu ini untuk kita melakukan perkara yang sama kepadanya.

Sentuhan - Sentuhan adalah magis yang amat tinggi untuk si manja. Sentuhan tangan dari ibu dan bapa terhadap wajah si manja yang comel dan kulitnya yang gebu akan membuatkan dia menjadi selesa dan berasa selamat.  Jangan lupa jugak untuk menatap mata si kecil ini dan senyumlah padanya sambil memuji wajahnya yang comel dan matanya yang cantik. Awak juga boleh dekatkan wajah awak sehingga menyentuh tubuhnya.

Aksi muka lucu - Bagi tempoh tiga bulan yang pertama, ibu adalah insan yang paling rapat dengan bayi. Tambahan pula, ibu menyusukan bayi secara eksklusif, jadi setiap masa bayi akan melihat wajah ibunya. Ketika inilah apa jua reaksi pada wajah ibunya pasti menarik perhatiannya. Waktu bersantai selepas menyusukan bayi, kita boleh buat pelbagai aksi wajah yang lucu untuk menarik perhatiannya seperti bulatkan mulut, buat mata sepet ataupun pegang pipi dan tarik pipi tue.. Mesti anak akan ketawa melihat aksi lucu yang kita buat.

123 cium! - Memberi ciuman kepada bayi begitu menyeronokkan, nak-nak lagi bayi yang baru lahir montel..! Ciuman nie bukan sekadar kat pipi jea, tapi di seluruh badannya. Lagi seronok kita lakukan aktiviti nie selepas bayi kita mandi, mesti wangi kan.. Orang kata bauan bayi adalah bau dari syurga, Wallahualam..

Duduk bersama bayi - Aktiviti  yang senang dilakukan tapi ianya sungguh bermakna buat si manja. Senang saja, dudukkan bayi kita di atas ribaan, kemudian gerakkan badan awak ke kanan dan ke kiri sambil memanggil namanya. Sambil-sambil tue, awak boleh berzikir bersama-sama dengan si manja. Aktiviti ini selain daripada dia berasa selesa, malah ianya boleh membuatkan si manja tertidur kerana ianya begitu menenangkan. 

Ba ba cak! - Aktiviti santai yang disukai oleh si manja. Kedua belah tangan ibu menutupi muka, dan dibuka sambil menyebut perkataan 'ba ba cak!'.. Pasti si anak akan teruja dan ketawa bila ibu melakukan aksi itu. 

Permainan kain lembut - Bayi yang masih kecil memerlukan permainan jenis kain dan lembut, pilihan warna permainan yang terang dengan bunyian yang menarik pasti akan menjadi pilihan si manja. Dah tentu si manja asyik bermain dengan 'kawan barunya'! Permainan seperti bongkah yang berwarna boleh melatih pergerakan tangannya dan demi untuk keselamatan, tangan bayi perlu dibersihkan selepas bermain kerana selalunya si manja suka memasukkan tangan ke dalam mulut. 

Urutan lembut - Lakukan urutan bayi setiap hari. Walaupun hanya sekejap, urutan adalah terapi buat bayi kita. Masa yang paling sesuai untuk melakukan urutan bayi adalah selepas mandi.

Semoga ianya memberi manfaat kepada ibu bapa baru... 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



10 comments

  1. Memang geram dengan bayi. Selalu hendak cium atau cubit pipi bayi.

    ReplyDelete
  2. betul..bayi suka diperlakukan semua perkara diatas :)

    ReplyDelete
  3. Moga suatu hari nanti penulis dapat merasa bersama detik ini. ^^

    Masa bayi la paling syiok nak jaga. Bila dia start aktif.. Adoyai.. Mak is kelu ...

    ReplyDelete
  4. bagus info ni shikin. alahai tetiba rindu baby plak

    ReplyDelete
  5. satu perkongsian yang menarik. terimakasih :) nanti ada rezeki anak, blh belek entry ni semula hee

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ini. Bolehlah buat rujukan untuk nak praktikal nanti

    ReplyDelete
  7. tip yang best....belum ada anak..tapi bole buat pada anak buah..heheheh

    ReplyDelete
  8. i'm not being parents yet , tapi boleh pakai masa jaga anak buah ni

    ReplyDelete
  9. Adoi.. rasa macam nak gomol baby je.. hehehe.. bau baby tu best..
    Baby pun suka bila kita peluk dan usap manja dia..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧