Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Syahidah Fadilah

Thursday, February 21, 2019

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna


Assalamualaikum wbt..
Alamak, lari daripada jadual pada minggu nie, hihihi.. sori.. So, kali nie siapa pulak yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal..


Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Syahidah Fadilah


Blog Kau Ilhamku... Nama di sebalik blog ini adalah Syahidah Fadilah, berumur dalam lingkungan 28 tahun dan berasal daripada Terengganu (orang kampung saya jugak) dan sekarang nie dia tinggal di Melaka.. Mula-mula saya keliru jugak dengan nama Syahidah Fadilah dengan sorang lagi blogger iaitu Syahidah Napisah disebabkan nama mereka hampir sama.. 

Syahidah nie mula berblog sejak tahun 2011 lagi, kiranya otai jugaklah.. Saya kenal dengan Syahidah nie sama seperti rakan-rakan blogger saya yang lain iaitu melalui segmen dan giveaway.. Walaupun dia hanya update blog dia dalam 2 ke 3 entri saja sebulan tapi semuanya bermanfaat untuk pembacanya.. Dia berkongsi pelbagai info dan resipi dan ada jugak dia berkongsi lirik-lirik lagu.. Selain itu, Syahidah juga merupakan seorang yang suka menyokong rakan-rakan bloggernya dengan menyertai pelbagai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh mereka... 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

Pengat Labu Sedap Dan Lazat
Bayar Pinjaman/Loan Kenderaan Melalui Maybank2u
Jenis Lipatan Belakang Kemeja Lelaki Dan Fungsinya
Semakan Baki Hutang  & Tunggakan Pinjaman PTPTN Secara Online

Dan pelbagai lagi entri yang menarik...


www.shikinrazali.comKepada Syahidah, terima kasih akak ucapkan pada awak kerana masih lagi sudi follow akak dan menjadi rakan blogger akak.. Akak doakan agar awak di bawah lindungan Allah selalu dan sentiasa memberikan ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca awak.. Terima kasih kerana selalu bagi sokongan pada akak dan rakan-rakan yang lain.. Akak juga doakan agar awak sentiasa sukses dalam dunia blogging dan jangan berputus asa untuk berkongsi ilmu dengan semua orang.. Semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi awak sekeluarga.. 




www.shikinrazali.com
Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Kau Ilhamku dan salam perkenalan pada semua..


#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



8 comments

  1. Wahh. Tak sangka kena review. Hehe. Tq ye kak shikin. Semoga akak murah rezeki selalu, dipermudahkan segala urusan, diberkati Allah dunia dan akhirat 😘😘😘

    ReplyDelete
  2. rasa macam baru first time dengar nama ni hehe jap nak usha empunya blog :P

    ReplyDelete
  3. Haa~ jap g jalan p kenai orang nih. hehe ^^

    ReplyDelete
  4. Hmm rasa macam tak pernah singgah lagi ke sana.

    ReplyDelete
  5. Lama tak singgah blog beliau.. nak gi melawatlah..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧