Tips pupuk minat baca Al-Quran

11:22 AM

Tips pupuk minat baca Al-Quran

Assalamualaikum wbt..
Sejak kecil, kita sudah dipupuk untuk membaca apa saja bahan bacaan, samada buku, majalah ataupun akhbar.. Jika pada masa lalu, pembacaan adalah tertumpu dalam bentuk buku tapi kini telah berubah seiring dengan peredaran zaman.. Pembacaan kini telah berubah dalam bentuk e-buku samaada melalui skrin komputer ataupun telefon pintar... 

TAPI...

Sifat obses membaca nie tidak dilihat kepada Al-Quran kerana sejak Al-Quran diturunkan sejak 1400 tahun yang lalu, masih ada di kalangan umat Islam yang malas atau tak mahu membaca Al-Quran ini.. Kita kurang mengamalkan untuk membaca sekurang-kurangnya sehelai sehari Al-Quran pada setiap hari, sebaliknya kita hanya menunggu bulan Ramadhan untuk mengamalkan baca Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap kali solat.. Alangkah bagusnya amalan itu diteruskan di bulan-bulan Islam yang lain tanpa menunggu bulan Ramadhan kerana Al-Quran merupakan panduan pada kehidupan kita. Jadi, macamana nak pupuk dalam diri kita untuk terus menerus berminat untuk membaca Al-Quran..? Jom kita amalkan tips ini..

Susun jadual - waktu terbaik yang disarankan adalah sebelum masuk waktu solat atau selepas selesai solat.

Sasar satu muka surat satu hari - Baca Al-Quran sebanyak satu muka surat setiap hari dan apabila semakin lancar serta mahir, bolehlah diamalkan dua muka surat dalam satu hari dan seterusnya.

Membaca Al-Quran berserta dengan terjemahan - Lebih mudah jika kita membaca Al-Quran yang mempunyai terjemahan perkata kerana kita akan lebih memahami isi kandungan kalam Allah.

Letak Al-Quran di tempat yang mudah dilihat dan dicapai - Sekiranya kita berniat untuk mengaji selepas waktu solat, maka letakkanlah Al-Quran ini dekat dengan tempat solat kita bagi memudahkan untuk dicapai dan baca.

Gunakan teknologi kini - Manfaatkan teknologi sebaik-baiknya bukan hanya untuk melayari laman sosial tetapi juga Al-Quran digital tapi perlu berhati-hati dalam memilih aplikasi Al-Quran digital kerana dikhuatiri palsu. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

7 lovely notes

  1. Thanks for sharing kak~ Betul tue.. byakkan membaca Al-Quran .. tu yg penting utk kita umat akhir zaman..

    ReplyDelete
  2. Al-Quran seelok-eloknya dijadikan pegangan :) Tips yang berguna ni kak.

    ReplyDelete
  3. tak feel baca AQ dalam hp lagipun mata dah rabun ni memang kena kurangkan blue lights. Anyway nice tips kak shikin! :D

    ReplyDelete
  4. insya allah shikin. perkosngsian yg bagus

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang baik.. thanks ye

    ReplyDelete
  6. Perkongsiang tips yang bagus.. terima kasih Shikin..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators