Khasiat teh buat lelaki

8:00 AM


Assalamualaikum wbt..
Dah lama rasanya saya tak berkongsi informasi tentang lelaki kan.. Khasiat teh.. Umumnya memang dah ketahui tentang amalan minum teh tanpa gula sepertimana kita minum teh cina.. Kajian menunjukkan teh membantu menurunkan risiko mendapat kanser, serangan jantung, darah tinggi, strok, menurunkan paras kolesterol dan Alzheimer.. Ada beberapa jenis teh yang kurang diketahui mempunyai khasiatnya tersendiri seperti senarai di bawah.. 

Teh Darjeeling - Rasa teh ini bergantung pada musim daun yang dipilih. Teh ini mempunyai pelbagai rasa seperti sedikit astringen pada musim bunga, mempunyai rasa kuat dan rasa buah pada musim panas dan rasa ringan pada musim luruh. Kajian juga mengatakan bahawa teh hitam seperti Darjeeling ini mampu membantu mengurangkan risiko diabetes tahap kedua. 

Teh Pu-erh - Teh penyembuhan zaman purba ini mengalami satu proses penapaian dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan satu rasa yang enak, bersifat malty dan merangsang bakteria yang baik untuk kesihatan. Kajian turut berpendapat teh ini mampu membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang menjadi punca kepada obesiti dan kenaikan gula dalam darah.

Teh Putih - Daun teh putih kurang diproses berbanding teh daun hitam dan hijau. Teh ini mempunyai rasa halus seperti kesegaran aprikot. Malah kajian juga mendapati teh putih mampu membantu mencegah kulit yang berkedut dan menggeleber.

Teh Oolong - Teh ini mengalami proses dioksida atau dikeringkan, dicampurkan teh hijau atau teh hitam untuk menghasilkan rasa yang hebat. Teh Oolong ini boleh dihasilkan daripada rasa ringan kepada rasa banyak susu dan kaya madu. Teh ini mengandungi sebatian yang boleh membantu menukarkan lemak kepada tenaga.

Teh Hibiscus - Atau lebih dikenali sebagai teh Roselle, bunga Roselle ini terkenal dengan rasa buahnya yang masam, berwarna seperti magenta gelap dan kaya dengan sumber  vitamin C. Minuman teh yang berwarna merah jambu ini mampu membantu mengurangkan tekanan darah sistole dan ini telah dibuktikan dalam satu kajian terbitan Journal Of Nutrition. 

Teh Rooibos - Teh ini diperbuat daripada herba yang tumbuh secara eksklusif di Afrika Selatan. Teh ini kaya dengan rasa vanila semula jadi. Menurut kajian dari University Of Stellenbosch, kandungan tisane bebas kafein ini bersifat antioksidan yang mampu membantu merendahkan tahap hormonn stres kortison.


#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

7 lovely notes

  1. first time tahu kewujudan semua jenis teh ni. Ada banyak jenis rupanya, banyak khasiat pulak tu

    ReplyDelete
  2. Oo..banyak jenis juga rupanya teh ni ye. First time dengar ni

    ReplyDelete
  3. Banyaknya jenis teh yg Baru didengari

    ReplyDelete
  4. pelik2 bunyi jenis teh ni. x pernah dgr. hehe

    ReplyDelete
  5. Yakk banyak jenis gak nama teh ya hahaha

    ReplyDelete
  6. Kali pertama tahu ada banyak jenis teh rupanya. Nampau nau tak amik tahu pun sebelum ni.. hehehe..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators