Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Sayidah Napisah

Tuesday, April 10, 2018

https://starlavenderluna.blogspot.com

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana saya masih dapat membuat task nie lagi dan ianya hanyalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita sesama rakan maya.. Mungkin ada di antaranya kita dah kenal dan mungkin ada di antaranya baru nak berkenal-kenal.. 

So, kali nie siapa pulak yang bertuah untuk di review..? Jom kita kenali beliau..


http://www.sayidahnapisah.com/

Blog Sayidah Napisah... Seorang gadis yang diberi nama Sayidah Napisah Mar Ramli, berumur 25 tahun, di bawah zodiak Leo (sama dengan akak lerr), orang Seremban, Negeri Sembilan (uihh mesti Sayidah suka makan pedas nau-nau nie..).. Sayidah nie merupakan seorang editor bebas dalam bidang matematik dan matematik tambahan di bawah naungan Syarikat Oxford Fajar, sambil-sambil tue dia menjadi tenaga pengajar tutor dalam bidang matematik, matematik tambahan, calculus dan statistik. Uihhh bukan calang-calang gadis manis nie tau, awak.. Hihihi saya sendiri pun pening bila tengok nombor-nombor dalam subjek matematik tapi Sayidah nie boleh dikatakan pandai dalam bidang matematik, maklumlah graduan daripada Universiti Putra Malaysia.. So pada adik-adik yang nak tanya pasal subjek matematik, bolehlah tanya kak Napisah nie.. 

Perkenalan antara kami berdua (chewaahh) bermula dengan penyertaan giveaway dan hingga sekarang kami masih berkawan, walaupun hanya di alam maya.. Sayidah memang seorang yang suka berblogwalking dengan blogger yang lain dan memberi komen yang membina semangat pada saya.. Walaupun Sayidah nie seorang wanita yang muda usianya tapi kematangannya membuatkan saya senang dengan dia... 

Saya menjadi silent reader pada blog Sayidah sebab saya suka dengan entri yang dihasilkan, contohnya Sayidah banyak bercerita tentang cara-cara nak buat  SEMAKAN ONLINE DAFTAR PEMILIH SPR & CARA TUKAR KAWASAN MENGUNDI, hihi maklumlah sekarang kan pilihanraya dah dekat.. Awak boleh ketahui cara buat semakan.. Ataupun awak boleh baca entri nie, RESEPI MUDAH DAN SEDAP PUDING ROTI SOS KASTARD. Sayidah memang banyak entri yang memberi manfaat kepada pembacanya dan pageview dia pun dah mencapai 6 JUTA LEBIH pembaca, memang ramai kan..

Pada Sayidah, akak nak ucap terima kasih pada awak kerana sudi singgah di jurnal akak dan awak selalu bagi nota pada jurnal akak.. Akak harap semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya dan harap-harap awak tak jemu untuk singgah lagi ke jurnal akak.. Akak nak mintak maaf sebab jarang komen kat blog awak tapi akak memang selalu silent reader kat blog awak.. Hihi maafkan akak yea.. Insha Allah suatu hari nanti Allah akan pertemukan kita semua.. 
Image result for blogwalking
Jom kita jengah dan singgah ke blog Sayidah Napisah...

#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang





8 comments

  1. Biasa juga singgah blog Sayidah Napisah tu

    ReplyDelete
  2. Sy suka baca blog sayidah b'kenaan dgn tips blogging haha. Sumber inspirasi

    ReplyDelete
  3. singgah gak blog slient reader hihihi

    ReplyDelete
  4. huwaaa kak shikinn terharunyaa. terima kasih banyak-banyak review blog saya dan diri saya sendiri haha. kembang semangkuk jap hikhik. inshaaAllah kak moga ukhuwah yang terjalin di alam maya ni berkekalan dan diberi keberkatan :D amin..

    ReplyDelete
  5. Selalu blogwalkibg blog dia ..entri2 yang ada memang menarik

    ReplyDelete
  6. Memang banyak tips yang rajin KC share di blog beliau..

    ReplyDelete
  7. Hee selalu singgah blog Sayidah. Jadi silent reader beliau hehe.

    ReplyDelete
  8. biasa singgah blog kak sayidah ni..mcm3 info yg ada

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧