Wednesday, April 11, 2018

4 cara menyimpan ikan masin

Related image


Assalamualaikum wbt...
Sapa yang kat sini suka makan ikan masin..? Mesti enak dimakan walau hanya berlaukkan ikan masin, dimakan dengan nasi yang panas, mesti rasa macam makan banyak lauk... Sebenarnya (🙊syhh.. nie rahsia tau) saya tak reti makan ikan masin, hihihi.. Saya dah cuba banyak kali untuk makan tapi masih tak reti lagi untuk makan ikan masin tue.. 

Apapun saya nak berkongsi tips camne nak simpan ikan masin agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik dengan cara yang betul.. Jom..

🐟 Ikan masin yang agak basah dan berlemak seperti ikan selar dan ikan kembung sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk dalam bekas kedap udara dengan suhu 5⁰ celcius hingga 15⁰ celcius.
🐟 Ikan masin yang dibeli di pasar biasanya dalam keadaan setengah kering. Oleh itu sebelum menyimpan ikan masin, jemur dulu ikan kering yang dibeli sebelum menyimpannya di dalam bekas kedap udara serta diletakkan di sudut yang kering dengan suhu bilik.
🐟Hindari menyimpan ikan masin di dalam plastik. Garam yang melumuri ikan jika disimpan dalam plastik hanya akan membuatkan ikan masin menjadi lembap dan basah. Ia menjadi penyebab wujudnya kulat pada ikan masin.
🐟 Bungkus ikan masin dengan kertas putih. Jangan sesekali mengunakan kertas surat khabar. Letakkan dalam bekas kedap udara. Aroma ikan masin yang menyengat dijamin takkan memenuhi ruang dapur kita.

Jadi, dah tau cara-caranya..? Semoga ianya berguna pada kita.. 

9 comments:

  1. Suka makan ikan masin malahan abah akak selalu buat ikan masin....

    ReplyDelete
  2. saya suka makan makanan yg masin termasuklah ikan masin telur masin dan sebagainya..

    https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. sedapnya ikan masin...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    ReplyDelete
  4. Selalu buat ikan kering sendiri terutama bila musim panas.
    Ikan kering bukan ikan masin.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers