5 kesalahan memakai coli

Saturday, February 09, 2019


Assalamualaikum wbt..
Walaupun topik ini mungkin agak malu untuk diperkatakan tapi ianya amat penting untuk pakai pakaian dalam yang betul demi melindungi dan menyokong payudara. Namun begitu, ada jugak di kalangan wanita mahupun anak gadis masih lagi kurang memberi perhatian dengan perkara ini, orang kata asal selesa sudahlah.. So saya nak berkongsi informasi yang berguna untuk semua wanita dan gadis di luar sana..

Memakai cangkuk coli terakhir - Ramai wanita yang memakai cangkuk coli yang terakhir kerana mahukan keselesaan atau mengetatkan coli pada tubuh. Sebenarnya pemakaian coli mempunyai langkah yang khusus, untuk pemakaian coli baru, awak disarankan untuk memulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Jika coli terletak balik pada tubuh tanpa memberi kesan ketat, itu tandanya awak dah jumpa coli yang sesuai.

Tali coli belakang terangkat - Perhatikan bahagian belakang awak, pastikan tali coli tak terangkat kerana jika ianya berlaku, maka awak salah memilih coli. Tali coli yang dipakai sepatutnya  selari dari bahagian depan sehingga ke belakang, barulah ia melekap sempurna pada tubuh.

Memendekkan tali coli - Ramai wanita yang mengetat atau memendekkan tali coli sehingga meninggalkan kesan pada bahagian bahu. Tali yang ketat mencengkam isi di bahagian ini dan membuatkan tubuh berasa sakit. Sepatutnya tali coli yang sepadan takkan meninggalkan bekas  pada tubuh. Jika awak mengetatkan tali coli kerana mahu mengemaskan payudara, itu tandanya mangkuk (cup) tak sesuai dengan saiz payudara.

Terdapat benjolan - Perhatikan secara telus, jika terdapat benjolan terkeluar di bahagian bawah ketiak, sisi dada atau bahagian atas, itu tandanya cup coli tak dapat menampung saiz payudara. Sepatutnya coli yang tepat, ianya tak menyebabkan benjolan terkeluar daripada cup. Awak disaran memilih cup yang besar dan bersesuaian dengan saiz payudara dan pastikan jugak takde benjolan terkeluar walaupun ketika awak angkat tangan.

Mangkuk (cup) tidak melekap - Mangkuk yang sesuai mestilah melekap elok pada payudara dan tubuh. Jika mangkuk terangkat, ini bermakna coli itu tak sesuai dengan awak. Mangkuk coli yang tepat akan melindungi dan menampung payudara agar terletak elok tanpa meninggalkan rasa sakit pada bahagian ini..

Semoga ianya bermanfaat..

#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



8 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧