Seekor anjing yang pandai menipu

Thursday, February 21, 2019


Assalamualaikum wbt..
Kita memang ketahui haiwan mempunyai 1001 ragam, sama seperti ragam manusia.. Tapi awak nak tahu tak, dekat Oklahoma ada seekor anjing yang bernama Princess telah 'ditangkap' oleh tuannya semasa dia berpura-pura menjadi anjing jalanan untuk mendapatkan sebiji burger daripada restoran makanan segera..

Tuan anjing nie bagitahu pada media, anjing dia selalu saja menyelinap keluar daripada rumah pada waktu malam, dan Princess nie memang akan pergi ke restoran makanan segera untuk makan burger... Perlakuan Princess yang berpura-pura menjadi anjing jalanan dan sesat tue telah menimbulkan rasa kasihan daripada pengunjung restoran dan kemudian memberi anjing tue makanan seperti burger. Bila dah selalu sangat anjing nie menyelinap keluar rumah, tuan anjing nie yang bernama Betsy Reyes telah memutuskan untuk menangkap anjing tersebut.. Masa dia nak tangkap anjingnya, dia mendapati anjingnya sedang duduk sambil menunggu untuk diberi makanan di sebuah restoran makanan segera.. Selepas 'menangkap' Princess menipu seorang pelanggan, Reyes menarik anjing itu masuk ke dalam kereta dan bila melihat tuannya datang, anjing itu gembira dengan menggoyangkan ekornya.. Hihihi macam-macam ragam haiwan nie kan..

Semata-mata nak makan burger, sanggup menipu dengan anjing jalanan ataupun berpura-pura sesat.. Nampaknya tuan Princess nie kena masukkan menu makanan harian dia supaya tak menyelinap keluar lagi.. 

Macam kucing saya si Chibiusa, siang-siang tidur aje, tapi bila malam menjelang, dia punyak aktif tue lain macam, dan selalu ganggu saya tidur dengan geselkan kepala dia kat muka saya, kalu tak layan dia akan mula mengigit hujung jari tangan dan kaki saya.. huhuhu.. 

#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



3 comments

  1. Ehhh ada juga ye camni. Macam-macam ! Ingat manusia je rupanya haiwan pun lebih kurang hikhik

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. comel betul perlakuan anjing tu..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧