Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Cikgu Nurul Faiz

Tuesday, February 26, 2019

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, back to schedule again.. hihi.. Minggu nie siapa pulak yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal dengan beliau.. 


Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Cikgu Nurul Faiz


Blog Cikgu Faiz Cute... Nama di sebalik blog ini adalah Nurul Faiz, seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah, berumur dalam lingkungan 30-an, mempunyai 2 orang cahayamata, berasal daripada Bentong dan kini dia tinggal di Puchong. Selain daripada menjadi seorang guru, Cikgu Faiz juga merupakan seorang blogger separuh masa...

Perjalanan Cikgu Faiz dalam dunia blog bermula sejak tahun 2009 lagi dan seingat saya, kami mula menjadi sahabat blog sejak tahun 2016, dan macam biasa kami saling follow antara satu sama lain melalui GA dan segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain. Walaupun Cikgu Faiz sibuk dengan mengalas tanggungjawabnya sebagai seorang guru, tapi dia tak membiarkan blognya begitu saja, dia akan pastikan yang blognya sentiasa aktif walaupun hanya 2 entri dalam sebulan.. Yealah tugas sebagai seorang guru bukannya mudah.. Dalam blog Cikgu Faiz nie, kebanyakan entrinya berkisarkan aktiviti yang dilakukan di sekolah, selain daripada itu, ada jugak dia berkongsi resipi, membuat review filem dan drama, dan ada jugak dia berkongsi nota dan bahan pembelajaran.. So, pada sesiapa yang nak bertanya tentang pendidikan awak kanak-kanak, bolehlah berhubung dengan Cikgu Faiz kerana dia memang mengambil subjek Pendidikan Awal Kanak-Kanak..

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah 

Apakah Itu Disleksia?
Resipi Agar-Agar Milo Oreo
Entri Bergambar : Projek-Projek Dari Bahan Terbuang
Percutian Yang Menjimatkan Dengan Aplikasi Moden

Dan banyak lagi kisah yang menarik di dalam blog dia...


www.shikinrazali.comKepada Cikgu Faiz, terima kasih kerana masih lagi follow jurnal saya dan menjadi rakan blogger saya.. Saya doakan agar cikgu terus maju dalam kerjaya guru yang selalu memberikan ilmu yang bermanfaat kepada anak murid cikgu.. Tugas guru sememangnya amat mulia kerana melalui ilmu lah anak-anak murid membesar dan menjadi insan yang berjaya.. Saya juga doakan agar cikgu terus aktif dalam dunia blog kerana melalui ilmu yang cikgu kongsikan akan memberi manfaat kepada semua pembaca blog cikgu.. Saya doakan kehidupan cikgu sekeluarga dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah selalu.. 



www.shikinrazali.com
Jom kita singgah dan kenal-kenal dengan blog Cikgu Faiz Cute dan salam perkenalan pada semua... 


#shikinrazalidotcom  #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



6 comments

  1. Moga rutin harian cikgu Faiz dipermudahkanNYA..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Terima kasih kerana sudi review blog CF. Terharu sangat rasanya. Terima kasih juga kerana sudi menjadi sahabat di alam maya. Salam perkenalan semua :)

    ReplyDelete
  3. Alamak.. lama Tak singgah blog sikgu Faiz Ni yg nak singgah jap ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧