Petua nenek cara alami

4:30 PM



Assalamualaikum wbt..
Dah lama rasanya saya tak berkongsi petua cara alami, kan.. hihi nie gara-gara tengok drama Petua Nenek punya pasal la nie.. Jom kita baca..



Elak rambut berbuah 
Ambik segenggam daun buluh dan rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk, gunakan air rebusan itu untuk membasuh rambut dan boleh dilakukan dua kali seminggu.


Melentikkan bulu mata
Ambik sedikit air teh yang telah dibancuh dan sapukan pada bulu mata.



Menegangkan kulit muka
Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk kemudian awak lapkan muka dengan tuala yang bersih.




Vitamin semula jadi untuk kulit 
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus vitamin C iaitu zat meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah membantu kulit kita tetap tegang dan lembut.




Rawat bibir pecah akibat kepanasan
Bancuh segelas air kelapa muda bersama sebiji telur ayam kampung dan minum ketika cuaca panas.




Rawat dahi bengkak akibat terhantuk
Ambik beberapa helai daun jarak dan bungkus bersama abu dapur yang sederhana panas. Tekap pada bahagian benjol sehingga hilang panas abu. Jika tak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya.




Tiada lagi kedutan halus
Kajian menunjukkan kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, wanita digalakkan makan makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.



Mengurangkan selesema bayi
Sapukan sedikit minyak kelapa pada batang hidung bayi dan biarkan sehingga kering. Jika tak sembuh, sila dapatkan rawatan selanjutnya.





Legakan pedih perut
Renehkan susu kambing asli (mentah) bersama dengan buah kurma dan boleh dijadikan amalan dalam minuman.


#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

11 lovely notes

  1. Alhamdulillah.banyak petua.Terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Petua lain untuk rawat dahi bengkak, letak kunyit. Kat rumah keluarga kitorang amalkan itu...

    ReplyDelete
  3. Orang2 sekarang dah malas nak amalkan petua2 nenek ni

    ReplyDelete
  4. Kurma dengan madu tu biasa buat.. hmm lamanya tak tengok bunga cempaka

    ReplyDelete
  5. W'salam Shikin..
    Terima kasih atas perkongsian ini.. Kadangkala petua boleh digunakan sementara kita dapatkan rawatan doktor..

    ReplyDelete
  6. Bagus petua2 Ni Ada yg sgt mudah utk di apply

    ReplyDelete
  7. Wahh terbaik petua ni.. Boleh guna nanti

    ReplyDelete
  8. Petua orang tua-tua dulu banyak gunanya.. ;)

    ReplyDelete
  9. Bagus petua2 yang dikongsikan Sgikin nie..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators