Cara buat skrub wajah dengan secara alami

2:02 PM

Cara buat skrub wajah dengan secara alami

Assalamualaikum wbt..
Lama rasanya saya tak berkongsi buat skrub wajah kan.. Okey, kita sedia maklum yang kunyit sememangnya banyak khasiat dan vitaminnya yang tersendiri. Amalan buat skrub daripada kunyit nie memang diamalkan oleh wanita di India untuk menjadikan kulit menjadi mulus dan bebas jeragat.. So hari nie saya nak berkongsi resipi buat skrub wajah dengan menggunakan kunyit..


Skrub kunyit dan lidah buaya
Skrub kunyit dan lidah buaya

Bahan-bahan
½ cawan gel lidah buaya
½ cawan air bersih 
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Penyediaan
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati dan halus. Masukkan ke dalam bekas kiub ais dan bekukan di dalam peti sejuk. Pada waktu pagi, ambil beberapa ketulan ais itu dan gosok perlahan pada seluruh permukaan kulit wajah sehingga ais mencair. Biarkan sehingga wajah separuh kering, kemudian bilas dengan air bersih.



Skrub kunyit dan sengkuang cina
Skrub kunyit dan sengkuang cina

Bahan-Bahan
1 genggam  beras - rendam selama dua jam
1 inci kunyit hidup
1 sudu jus lemon atau limau kasturi
½ cawan air
2 biji sengkuang cina

Cara Penyediaan 
Kesemua bahan dikisar sehingga halus. Kemudian tuang ke dalam bekas bertutup dan biarkan selama satu jam. Buang air di lapisan atas, ambil mendapannnya saja. Sapu di muka sambil gosok-gosok seluruh muka kecuali di bahagian mata. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas sehingga bersih. Bakinya boleh di simpan di dalam peti sejuk. Lakukan skrub ini sebanyak dua kali seminggu untuk kesan maksimum.

Selamat mencuba.. 

#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

6 lovely notes

  1. lama tak try buat scrub dengan bahan bahan kat rumah haha malas betul sekarang, guna yang beli je :p

    ReplyDelete
  2. tips yang bagus. boleh cuba nanti. jemput singgah ke blog saya
    https://nurulnajihah38.blogspot.com/2019/02/when-you-feel-give-up.html

    ReplyDelete
  3. Rabia guna skrub oat je.tu pun jarang pakai jugak

    ReplyDelete
  4. petua yang menarik untuk dicuba.. ;)

    ReplyDelete
  5. Kunyit dengan lidag buaya tu menarik..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators