Kenali lelaki melalui bulan kelahiran

9:30 AM


Assalamualaikum wbt..
Manusia sememangnya mempunyai seribu satu macam personaliti dan karakter, tapi camne nak tahu tentang personaliti lelaki melalui bulan kelahiran..? Walaupun ianya sekadar ramalan tapi tak salah rasanya kalu kita jadikan kita rujukan, mana tau kot-kot betul ke..? kan.. Jom kita selidik..

Sifat lelaki yang lahir pada bulan ini ialah mudah jatuh cinta tapi tak mudah melupakan cintanya apabila dikhianati. Mereka juga seorang yang romantis walaupun kadangkala sukar untuk mengungkapkan kata-kata puitis cinta. Sifat lain ialah si dia seorang yang pemalu dan mudah cemburu dan berhati-hatilah kerana sifat cemburu ini boleh membuatkan hubungan cinta selalu kecundang.

Lelaki yang lahir pada bulan ini memiliki pemikiran yang abstrak, cerdas, panas baran, sering moody dan terlalu sensitif. Tapi mereka mempunyai keberanian yang tinggi dan keras kepala selain tak suka dengan hal-hal yang dianggap tak penting. Mereka punya tekad yang kuat,cenderung dan keinginan yang tinggi.

Lelaki yang lahir pada bulan ini memiliki aura yang menarik simpati wanita. Sifat menonjolnya ialah pemalu, cemburu dan sangat bergantung kepada pasangan.

Lelaki yang lahir pada bulan ini sangat sukar untuk mengetuk pintu hatinya setelah dilukai dan disakiti. Mereka memiliki pandangan bahawa lebih baik memendam perasaan daripada menerima penolakan, jiwanya adalah romantik dan sangat setia pada pasangan.

Lelaki yang lahir pada bulan ini adalah seorang yang sangat menghargai kejujuran. Mereka mudah jatuh cinta dan merupakan pasangan yang menyenangkan dan dalam masa yang sama seorang yang mengongkong pasangannya.

Lelaki yang lahir pada bulan ini merupakan seorang yang sangat pemilih dan memiliki selera yang sangat tinggi terutama daripada segi jenama barangan, merupakan seorang yang jujur, sensitif dan seorang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain. Mereka juag merupakan seorang pendengar yang baik.

Lelaki yang lahir pada bulan ini adalah merupakan seorang yang jujur, sensitif dan mudah memaafkan orang lain. Mereka juga merupakan seorang pendengar yang baik.

Lelaki yang lahir pada bulan ini memiliki karakter seorang pemimpin dan selalu menonjol di hadapan rakan-rakan. Memiliki jiwa yang penuh dengan kasih dan penyayang. Mereka juga dikatakan seorang yang romantis. 

Lelaki yang lahir pada bulan ini adalah bersifat pandai memujuk, berkompromi, tegas, pendiam tapi petah berbicara. Mereka sangat jarang menunjukkan emosinya sehingga cenderung untuk menyembunyikan perasaannya.Mereka dikatakan memiliki daya ingatan yang baik dan juga merupakan seorang pemikir.

Lelaki yang lahir pada bulan ini adalah merupakan seorang yang pandai berkomunikasi. Tutur bahasanya halus dan diselitkan dengan madah pujangga serta seorang yang tak suka berbelit-belit, tak pandai berbohong dan berpura-pura.

Lelaki yang lahir pada bulan ini adalah seorang yang mempunyai pemikiran yang jauh ke hadapan. Mereka memiliki idea luar biasa, pemikiran yang tajam, dan selalu ingin tahu. Pendiriannya kuat dan merupakan seorang pendendam, jarang sekali untuk meluahkan perasaan marah kecuali terpaksa.

Lelaki yang lahir pada bulan ini merupakan seorang yang setia, murah hati, namun kurang sabar dan bersifat terburu-buru. Mereka mudah jatuh cinta dan tergesa-gesa dalam perhubungan selain terlalu bergantung kepada pasangannya.

Hihi, inilah sifat lelaki.. Untuk bacaan ringan tapi jangan percaya sepenuhnya.. 


#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

9 lovely notes

  1. bulan september tu bulan kelahiran suami ana. ada lah sikit ciri2 yang sama walau tak banyak.hehe

    ReplyDelete
  2. macam ada persamaan je..kekehkehkeh

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Haha laju je baca ni. Tak sama langsung la bila dengan Aien. Tapi ngan orang lain nampak mcm ye. haha

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing sis :)

    ika datang singgah sini .https://ikashoid.blogspot.com/2019/02/book-haul-feb-2019.html

    ReplyDelete
  6. yaya check karakter untuk suami dan anak-anak.
    macam sama..hihi..

    ReplyDelete
  7. good sharing shikin bagus juga ni

    ReplyDelete
  8. Tak sama langsung dengan sikap yang sedia ada.. hahaha..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators