Bahaya gangguan hati berlemak

6:03 PM


Assalamualaikum wbt..
Penyakit Hati Berlemak Tanpa Kehadiran Alkohol atau Non-Alcoholic  Fatty Liver Disease (NAFLD) boleh membawa maut sekiranya ianya lambat dikesan. Di Malaysia, dianggarkan sebanyak 17 peratus orang dewasa mengalami penyakit ini dan angka ini dijangka akan meningkat berikutan gaya hidup serta amalan pemakanan tidak sihat. Menurut kata Presiden Yayasan Heper Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata penyakit NAFLD ini membabitkan sebanyak 60 peratus populasi rakyat di negara ini yang mengalami obesiti termasuk mereka yang mengalami kekurangan glukosa. Kesedaran mengenai penyakit NAFLD dan bahayanya penyakit ini masih rendah di kalangan rakyat Malaysia. 

Penyakit NAFLD adalah sejenis gangguan hati kronik utama dan kebanyakannya berlaku di negara perindustrian seperti Amerika Utara, Eropah dan Autralasia. Penyakit NAFLD juga didapati semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan di kawasan Asia Pasifik. Antara faktor yang menjadi penyakit ini adalah akibat pengumpulan lebihan lemak yang bukan disebabkan oleh pengambilan alkohol, tapi disebabkan faktor lain seperti obesiti, gangguan insulin dan diabetes. Ubat-ubatan sitotoksik dan sitostatik seperti ubat kemoterapi, toksin juga menyumbang pada keadaan ini.

Gejala yang menyebabkan penyakit NAFLD ini adalah pesakit akan merasa letih iaitu rasa kurang selesa pada bahagian abdomen di rusuk kanan, pesakit akan mengalami pembesaran hati (hepatomegaly) di mana ujian fungsi hati yang tak normal. Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini dan biasanya pesakit yang mempunyai risiko untuk menghidap hati berlemak seperti obesiti dan diabetes akan dikesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati.

Untuk mencegah penyakit NAFLD adalah makan makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan lemak sihat, kurangkan jumlah kalori harian jika berat badan berlebihan, banyakkan aktiviti senaman dan olahraga, namun jika awak mempunyai berat badan normal, kekalkan diet seimbang. 

Normal untuk hati mengandungi sedikit lemak, namun kita semua boleh masuk ke dalam golongan sebagai pesakit hati berlemak jika jumlah lemak pada hati kita melebihi lima peratus daripada berat keseluruhan organ berkenaan. Berikut adalah peratusan berat badan berlebihan mengikut negara di Asia iaitu :-

Malaysia - 45.3 peratus
Korea Selatan - 33.2 peratus
Pakistan - 30.7 peratus
China - 28.3 peratus

Jadi, jagalah kesihatan kita semua.. 

#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

6 lovely notes

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators