5 cara elak digigit bayi

8:30 PM


Assalamualaikum wbt..
Memang lumrah, bila bayi tumbuh gigi mesti gusinya terasa gatal.. Ini membuatkan dia cenderung untuk memasukkan sesuatu objek ke mulut untuk menggigitnya. Tapi si ibu mesti akan terasa sakit yang amat jika secara tiba-tiba bila sedang menyusu bayi awak menggigit puting susu.. Akibatnya puting si ibu akan melecet dan terasa pedih dan ramai di antara ibu yang tak tahan kesakitan akan mengambil keputusan untuk berhenti menyusukan bayinya.. Alangkah ruginya, saya nak kongsi tips  camne nak bantu si ibu daripada terus menjadi 'mangsa' bayinya sendiri.. Jom..

Tunjukkan reaksi - Bila bayi awak mula menggigit, terus saja awak mengaduh sambil memegang dagunya agar bayi awak melepaskan gigitannya. Setelah dia melepaskan gigitannya, lihat pada mata si anak dan katakan dengan suara lembut tapi tegas supaya tak menggigit lagi. Anak yang sensitif biasanya akan menangis melihat reaksi ibunya seperti itu. Jika anak menangis, pujuklah dengan lembut dan susukan kembali. Jika si anak masih terus menangis, tunjukkan reaksi awal tadi. Dengan membiasakannya, si anak akan tahu jika dia menggigit lagi, ibu akan memberi reaksi yang tak menyenangkan sehinggalah si anak akan berhenti menggigit.

Berhenti seketika - Bila si anak menggigit, hentikan segera proses menyusu untuk seketika. Dengan cara itu, si anak akan belajar bahawa jika dia menggigit, dia takkan mendapat susu yang diinginkannya.

Dakap erat - Jika ibu terasa gigi anak mengigit, dakap anak erat-erat ke payudara. Biasanya anak akan segera membuka mulutnya lebar-lebar dan melepaskan gigitannya kerana mahu segera menarik nafas. Tapi janganlah erat sangat sehingga membuatkan anak ketakutan kerana perkara ini.

Sediakan jari - Jika anak biasa menggigit (mungkin sebelum atau sesudah menyusu) sisipkan jari kelingking ibu di hujung mulutnya. Ini akan membantu si anak untuk membuka mulutnya.

Cari Pengganti - Ketika giginya mulai tumbuh, bayi akan terdorong untuk menggigit atau mengunyah. Apa saja yang masuk ke mulutnya (termasuk puting payudara) akan digigitnya. Jadi, jika si anak berkeinginan untuk menggigit sesuatu, carilah pengganti agar anak tak menggigit puting payudara ibu, contohnya belikan teether untuk si anak..

Semoga ianya bermanfaat.


#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

9 lovely notes

  1. selalu jugak nih jadi mangsa Nayla .. haha

    ReplyDelete
  2. Kenangan yang indah waktu bersama anak-anak ketika mereka masih bayi dan terasa rindu nak ada baby tapi cukuplah yang sedia ada.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. bagi benda lembut utk bayi ni gigit...

    ReplyDelete
  4. Baby kalau dah boleh gigit-gigit memang sakit tapi dia punya comel tetap maintain, terus melting tak jadi nak marah hehehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. selalunya bila dia gatal gusi memang kerjanya nak menggigit je.. nice tips Shikin..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators