Tips untuk memujuk si dia yang merajuk

Sunday, August 19, 2018

Related image


Assalamualaikum wbt,
Bila si dia merajuk, rasa macam ada yang tak kena aje kan.. Dengan suasana senyap sunyi tanpa gelak ketawa dan gurauan daripada si dia membuatkan kita rindukan saat-saat bahagia bersama. Agak-agak kita sanggup tak untuk melihat si dia merajuk panjang dengan kita..? 

Pujuk dengan kata-kata - kata-kata adalah cara memujuk paling mudah dengan menyusun ayat yang baik-baik, maka mudahlah si dia cair. Di zaman yang serba canggih ini, gunalah teks mesej untuk memujuk si dia dengan meminta maaf dan berjanji takkan buat dia marah dan katakan padanya yang awak masih sayangkan dia walau apa yang terjadi. Kata-kata yang manis mungkin boleh membuatkan si dia lembut hati. Untuk suami isteri, kamar tidur adalah tempat yang paling sesuai untuk memujuk dan bercerita apa yang terbuku di hati, saling bermaafan dan sedia untuk mengaku kesalahan masing-masing jika ada kerana di situlah kasih sayang kita akan bertaut erat.. AWAS! pujukan di kamar tidur ini HANYA sesuai untuk suami isteri saja, yang bukan mahram, HARAM tau.. 

Pujuk dengan lagu - Pilihlah lagu yang mengandungi lirik paling sesuai dengan situasi awak. Awak boleh pilih untuk memuat turun lagu tersebut dan hantarkan ke telefon bimbit si dia. Jika si dia lembut hati, pasti ianya akan berubah dan menjadi sejuk.

Pujuk dengan hadiah - Bila dua cara di atas tak menjadi atau si dia langsung tak bagi respons, belilah hadiah sebagai tanda maaf awak pada dia. Belilah hadiah yang boleh membuatkan si dia cair berserta dengan sekeping kad ucapan maaf sebagai tanda awak menghargai dan sayang pada si dia. Cara nak hantar pun boleh buat suprise samada kirimkan pada rakan pejabatnya, ataupun gunakan rider ataupun awak boleh hantarkan sendiri hadiah tue..

Dah ada idea kan camne nak pujuk pasangan..? Yang paling penting, awak perlu ikhlaskan hati dan rendahkan ego untuk meminta maaf dengan pasangan awak, kerana itulah sebaik-baik penawar bagi si dia yang merajuk.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

5 comments

  1. kenapa tak masukkan pujuk dengan makanan? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong Farhanna.. Kalau kak sha, suka lagi pujukan dengan makanan.. Terutama sekali coklat..

      Delete
  2. kene bawa lagu hindustan ni. hehe

    ReplyDelete
  3. Da 15 thn kawin, da x kuasa merajuk dah ha ha ha...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧