Kedai buku layan diri terbesar menjadi tarikan di Shenzhen, China

Tuesday, August 14, 2018

Assalamualaikum wbt..
Kalau kedai dobi ada yang menyediakan perkhidmatan layan diri, kini kedai buku pun dah ada perkhidmatan layan diri. Dengan teknologi pengesahan wajah dan kaedah pembayaran pun mudah alih kini menjadi nyata di Shenzhen Bookmall cawangan Longgangcheng, China apabila dibuka secara rasmi pada 18 Julai yang lalu. 

Mengikut laporan akhbar Southern Metropolis Daily, cawangan ini adalah merupakan kedai buku pintar dan mewah yang pertama di Shenzhen dengan memiliki bangunan setinggi 7 tingkat, keluasan ruang membaca pulak adalah seluas 35,800 meter persegi.. Kedai buku nie menyediakan kaedah pembayaran dengan kaedah elektronik pengemaskini bil automatik (ABU) layan diri. Sistem pintar yang digunakan dalam kedai ini amat canggih, bila nak masuk kedai nie, kita hanya buat imbasan kod QR dan cari buku menerusi teknologi pengenalan pintar berdasarkan kemudahan internet benda (IoT). Kedai ini jugak menyediakan maklumat buku di semua kaunter daftar keluar dan pelanggan boleh membuat pembayaran menerusi aplikasi pembayaran mudah alih seperti Tencent's Wechat dan Alibaba's Alipay. Kedai ini jugak turut menampilkan kotak pengiklanan pintar,, kaunter air pintar, sistem kawalan capaian pengesahan selain paparan komiditi dan sistem pengurusan bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada pembaca.

*Sumber gambar daripada Chinadailyhk*
Dengan keluasan seluas 35,800 meter persegi menjadikan kedai ini adalah terbesar di Shenzhen.. *Sumber gambar daripada Chinadailyhk


*Sumber gambar daripada Chinadailyhk*
Pelanggan mendaftar dengan menggunakan pengimbas kod QR pada sistem layan diri ABU.. *Sumber gambar daripada Chinadailyhk


*Sumber gambar daripada Chinadailyhk*
Kaunter daftar keluar dengan kaedah pembayaran mudah alih.. *Sumber gambar daripada Chinadailyhk



*Sumber gambar daripada Chinadailyhk*
Ruangan membaca untuk pelanggan.. *Sumber gambar daripada Chinadailyhk


*Sumber gambar daripada Chinadailyhk*
Kalau nak masuk ke kedai nie, pelanggan perlu mengimbas pengesahan wajah pada pintu masuk kedai.. *Sumber gambar daripada Chinadailyhk



*Sumber gambar daripada Chinadailyhk*
Perkhidmatan layan diri sistem ABU .. *Sumber gambar daripada Chinadailyhk

Canggih betul teknologi mereka kan.. Agak-agak kat Malaysia nie ada ke yang nak buat inovasi seperti ini..?


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

11 comments

  1. Seronoknya....gedung ilmu..moga2 ada juga di negara kita kan...

    ReplyDelete
  2. wahhhh.. best tempat ni.. mmg canggih.

    ReplyDelete
  3. whoaa byknya buku tentunya heaven bg pencinta buku kan

    ReplyDelete
  4. Menariknyaa. Syoknya kalau ada kat Malaysia jugak

    ReplyDelete
  5. wah bestnya!! ada rezeki nanti boleh pergi sana :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  6. wow canggihnya sistem dia! banyak pulak tu buku disediakan

    ReplyDelete
  7. Aida akan bw anak2 ke library camni, kalau ada. Yg ada berdekatan rumah tapi x comprehensive la shikin. Tak up to date.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧