Monday, August 06, 2018

Saintis jumpa buku beracun

Related image

Assalamualaikum wbt..
Awak tau tak dekat Odense, Denmark, sekumpulan saintis telah menjumpai 3 buah jilid buku yang mengandungi racun pada keseluruhan buku tue. Buku nie dipercayai berasal daripada zaman abad ke-14 dan dipercayai kandungan racun pada buku ini boleh membawa maut. 

Penemuan buku yang dijumpai di sebuah perpustakaan ini dikatakan mempunyai persamaan dengan novel dan filem yang bertajuk 'The Name Of The Rose' yang memaparkan penemuan halaman beracun senaskhah manuskrip yang menyebabkan kematian rahib biara di Itali pada abad ke-14. 

Related image

Menurut analisa sinar x-ray pada buku yang disimpan oleh University Of Southern, Denmark mendedahkan bahawa buku ini mempunyai kandungan arsenik yang terlalu tinggi. Dalam usaha mereka untuk mengenalpasti teks Latin yang digunakan, saintis mendapati mereka tak boleh baca kandungan buku itu disebabkan ada lapisan tebal cat hijau yang mengaburkan huruf. Kajian lapisan pigmen hijau itu menunjukkan ianya adalah sejenis bahan arsenik yang paling bertoksik dalam dunia. Saintis berpendapat mungkin pada zaman itu, penyimpan buku ini sebenarnya nak melindungi buku ini daripada rosak oleh serangga dan vermin. Sekarang nie 3 buah jilid buku beracun telah diletakkan dan disimpan dengan pelabelan label keselamatan dalam kabinet berventilasi dan saintis jugak sedang merancang untuk mendigitalkan kandungan jilid bagi mengurangkan pengendalian buku itu secara fizikal.

Uihh, memang bahaya kan buku beracun nie.. 

6 comments:

  1. seriuslah buku beracun huhu kenapa dia letak ek. sebab nak bunuh anyone yang pegang buku tu ker ek?

    ReplyDelete
  2. Pergh!! TUjuan nak melindungi buku tu dah jadi merbahaya pula pada yang pegang..

    ReplyDelete
  3. wahhhh uniknya cara dia lindungi buku tu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers